Salamualaikum...
Disini saye nk share satu perkataan yang sangat mudah nk dilafazkan tp sangat susah orang nak buat..
kebanyakan kita tak sedar bila kita buat sesuatu yang memerlukan kita melafazkan perkataan itu..
mudah sangat nak sebut perkataan tu..tapi kerana satu perasaan menguasai diri..iaitu 'ego' dan 'malu'..
maka perkataan itu jadi susah untuk dilafazkan oleh sang pelaku nya..
tipulah kalau saye sendiri tak pernah merasa perasaan itu..merasa diri tak bersalah..
merasa diri tak perlu melafazkan perkataan itu pada orang lain atas tindakan saya sendiri..
tapi saye sentiasa letak pada diri saye..siapapun yang salah..saye harus memulakan..
apatah lagi kalau saye sendiri yang salah????..WAJIB saye yang memulakan untuk melafazkan perkataan tersebut...
kenape saye cakap siapapun yang salah saye yang harus memulakan melafazkan perkataan tersebut?..
sebab BERDOSA BESAR bagi orang yang tidak bertegur dengan sahabat atau ahli keluarga lebih dari 3 hari kerana perselisihan..
andai satu pihak dah meminta maaf ..kenapa kita tak boleh melakukan hal yang sama dan menjernihkan keadaan?..
kerana EGO atau MALU kerana terlanjur perbuatan?....
hanya perkataan MAAF...satu perkataan yang mudah di tulis dan dilafaz tapi mampu memperbaiki hubungan..
menambah kasih sayang...dan menenangkan jiwa orang yang dilukai hatinya...
susah kah memohon maaf??..sukakah kita membiarkan hati orang yang menyanyangi kita setulus hati dilukai...bersedih hati??
andai kita sentiasa memikirkan perasaan orang lain...pastinya kita tidak akan membiarkan perkara berlarutan hanya kerana tidak mahu
menyebut MAAF....
ingatlah..perkara yan paling ditekankan oleh Allah dan Rasulullah adalah menjaga lidah..kerana lidah itu setajam pisau...
lebih tajam dari segala jenis pisau yang ada di muka bumi ini...
kerana LIDAH ITU MAMPU MELUKAKAN HATI SESEORANG TANPA MENYENTUHNYA...dan ia akan meninggalkan kesan terdalam.
lebih dalam dari luka ditusuk pisau...kesan itu tidak akan hilang dari ingatan dan hati..
dan kerana lidah jugalah...kita mampu terjerumus ke dalam neraka kerana salah mengawalnya...
atau ke syurga kerana mampu menjaga dan mengawalnya...
di bawah ni ada saye share satu cerita ringkas saye dapat dr satu blog...
Bacalah dan fikirkan...pernahkah kita melukai hati seseorang yang kita sayang dan masih belum meminta maaf???
jika ya...mohonlah maaf kerana kita takkan pernah tahu bila ajal akan menjemput kita....
semoga kita tidak pergi sebelum dimaafkan oleh orang2 yang terluka hatinya kerana lidah dan perbuatan kita...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada jaman dahulu kala diceritakan bahwa ada seorang penebang pohon yang bersahabat karib dengan seekor singa.Setiap siang hari, Si penebang pohon makan siang dan duduk-duduk di pinggir hutan di tepi sebuah selokan.Saat itulah, seekor singa yang menjadi temannya keluar dari hutan dan berbaring disampingnya untuk berbincang dari hati ke hati. Cie…ile… Suatu ketika, si penebang pohon berkata kepada singa itu, ” Sahabatku tolong kamu agak menjauh. Mulutmu bau sekali sampai aku mau muntah & tidak bisa menelan makanan ini”. Sang raja hutan sangat marah, bangkit & dengan ganas menyerang penebang pohon yang kurang ajar itu.Sehingga ia hampir mati. Tapi anehnya, Si penebang pohon dengan luka-luka disekujur tubuhnya itu masih bisa pulang ke kampung halamannya. Sekian bulan berikutnya, Si penebang pohon sembuh, dan kembali bekerja menebang pohon di hutan seperti biasanya. Ketika waktu makan siang tiba, dia pergi ke tempat yang biasanya. Tak lama kemudian, sang singa berjalan gontai keluar dari hutan. Si penebang pohon berkata, ” Aku senang sekali bisa bertemu lagi denganmu. Aku merindukanmu, selama berbulan-bulan, selama aku tak bekerja. Lihatlah, tak ada luka ditubuhku, seluruh lukaku sudah sembuh”. Sang singa menimpali dengan perasaan sedih, ” Tapi luka yang ku derita akibat lidahmu yang tajam masih mengucurkan darah. Kata – kata kasarmu masih terasa menyakitkan”.
Sekarang anda pasti sudah tahu. “Lidah itu lebih tajam dari pedang, bahkan pedang tertajam di dunia sekalipun karena lidah dapat melukai hati tanpa menyentuhnya…”
Thursday, October 21, 2010
Wednesday, October 13, 2010
one more.one more!!~
yo yo je one more kan.hem, sebenarnya one more assignment to be submitted this week. tak sabar nak hantar sabtu ni walaupun hakikatnya tak start pun lagi. Tapi dah siap assignment ni mula semester break. Jadi tak sabar nak bercuti dengan keluarga. Kakak ipar pulak dah habis exam dia dan kalau lulus dah jadi DR Sharifah Shadiyah dan cuti beberapa minggu. Abangku Huzaifah, apa saja untuk isteri dia akan buat. So takde masalah lah cuti2 ni. Student dia semua sporting macam lecturer dia juga. Adikku Khaulah pula tengah cuti semester. Abah, bila2 boleh minta cuti. Umi?lagi syok, bila2 dia nak dia boleh cancel kelas tusyen dia atau minta guru tusyen yang kerja dengan dia ganti. Tapi kalau pergi weekend rasanya tak perlu dia nak mintak orang ganti sebab tak ada kelas tusyen masa hujung minggu. Semoga rancangan kami berjalan dengan lancar lah..aminnn...~~
Lega dah submit assignment tadi..wihuuu!!!!!!!!!!~~~..ehem, alhamdulillah..(^_^)

Tuesday, October 12, 2010
Done one assignment
Rasa lega sedikit bila satu daripada 7 assignment selesai. Antara assignment paling awal yang perlu dihantar dan disebabkan tak banyak yang perlu dilakukan, aku mengambil remeh.Bila dah siap yang satu ni, rasa lega. Sedikit gembira. Minggu ni ada satu sahaja lagi tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar. Yang ini berat sikit berbanding yang lain. Tapi tugasan ni adalah tugasan berkumpulan. Jadi mungkin akan menjadi lebih ringan sedikit andai kerja dibahagi2kan. Esok mungkin kami akan mulakan perbincangan untuk membuat laporan presentation.
Hem, harini terima khabar seorang yang aku anggap kakak melalui sms. Agak gembira walaupun berbalas sms cuma beberapa kali. Kehilangan orang yang disayanginya agak menyedihkan dia. Semoga Allah merahmati roh pakciknya dan ditempatkan disyurga teratas bersama orang2 yang beriman. dan semoga pemergian arwah pakciknya menjadi satu titik tolak penyatuan dan pengukuhan keluarganya aminn..
Setiap yang hidup pasti akan mati.Waktu kita belum tau bila..
Teringat sms terkahirku bertanyakan tentang seseorang tetapi tak berbalas. Mungkin dia sedang sibuk jadi tak terbalas sms ku siang tadi. Tak mengapalah..mungkin dia juga tidak tahu khabar orang itu.Aku patut focus pada tugasan terakhirku untuk minggu ini. Bukan pada perkara lain...minggu depan dah mula cuti semester. Mudah2an rancangan bercuti sekeluarga menjadi. Lepas tu, barulah aku akan activate balik fb. Mungkin masa tu aku dah boleh mengawal aktivii aku di fb. Terlalu banyak bermain. Kawan2 seperjuangan juga mengakui hal yang sama. Mungkin kerana tekanan yang banyak, jadi fb menjadi tempat melepaskan tekanan dan perasaan bagi orang2 yang mcm kami ni.
Tapi aku sangat kagum dengan salah seorang kawan lelaki yang sama2 belajar disini. Dia orang luar tak ingat asal dari mana. Minggu lepas, aku dan beberapa kawan terdengar cerita tentangdia yang sudah menyiapkan 5 tugasan dari 7 tugasan yang diberikan walaupun tarikh hantar lagi 2 bulan. Jadi kami tanya apa yang dilakukan setiap hari yang membolehkan dia menyiapkan semua tugasan dengan sangat cepat. sedangkan masa tu, kami tidak langsung memulakan apa2.
Tips yang diberikan :
1. weekend adalah masa menyiapkan assignment dari jam 6 pagi sampai 12 tengah malam. (seminggu 3 hari tak ada kelas)
2. weekdays hari mengulangkaji sebelum dan selepas kelas. fokus pada pelajaran.
3. Tak perlu FB..(erk....)
ok..yang last part tu, agak terkejut sikit bila dengar. hehe. Tapi sebab kata2 dialah aku nekad nak tutup sementara. Takdelah jadi seperti dia. Tak ada FB langsung. Hidup perlu bersosial sekali skala. Lagipun di FB lah aku berhubung dengan teman2 lama dan teman2 seperjuangan dan teman2 berilmu. Jadi, menutup FB terus dari hidup mungkin tidak wajar bagiku. Tunggulah dalam beberapa hari atau minggu aku akan activate semula.
Tungguuuuuuu................... (^_^)

Saturday, October 9, 2010
Menunjukkan sifat terpuji kepada semua orang termasuk yang bukan Islam
Hijrah Maher Zain
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2010/10/09
Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan
SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.
Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri.
"Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.
"Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher ketika ditemui pada majlis pelancaran album perdananya, Thank You Allah, di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Pada majlis itu, Maher turut menerima anugerah Platinum apabila album yang mula berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu itu berjaya dijual sebanyak 30,000 unit. Satu angka yang cukup hebat untuk penyanyi baru sepertinya.
Penghijrahannya itu dilakukan dengan rela hati, tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Cerita penyanyi Insha Allah ini, sampai satu tahap, ada getar di hati menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah.
"Ada ketika saya sendiri sampai tahap bertegang urat dengan kawan-kawan dan mempertikaikan apa yang kami sudah lakukan sebelum ini. Dari situ, saya secara berdikit-dikit meninggalkan semua tabiat buruk. Perkenalan dengan komposer terkenal Red One menjadi titik tolak saya mengembangkan bakat sebagai seorang penulis lagu.
"Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” tutur pemuda berusia 28 tahun ini.
Apabila dia menghasilkan album sulungnya, apa yang berlegar di fikiran adalah sekadar berkongsi bakat serta menyalurkan amanat berguna untuk semua penggemar muziknya. Namun tidak pula dia menyangka sambutan luar dugaan yang terbentang di depan mata.
"Saya tak tahu nak kata apa. Apabila album ini berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara, itu sudah cukup menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka suka dengan apa yang saya hasilkan. Dan lebih mengujakan, golongan bukan Islam juga menyukai album ini,” cerita Maher lagi.
Ditanya apakah pandangannya terhadap sikap sesetengah pihak yang begitu fobia dengan Islam serta sering melabelkan agama suci ini dengan perkara tidak baik, Maher berkata, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menunjukkan sifat terpuji seperti yang dikehendaki Islam supaya mereka di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan musuh agama.
Cinta sumber inspirasi
LAGU nyanyiannya penuh dengan rasa cinta. Walaupun secara zahirnya album ini jelas menyatakan perasaan cintanya terhadap Allah, namun jelas pemuda yang berasal dari Lubnan ini, mesejnya lebih dari apa yang tersurat.
"Memang kebanyakan lagu saya memperlihatkan rasa cinta pada Allah, tetapi pada masa sama, lagu ini juga boleh ditujukan kepada ibu dan bapa, isteri, anak dan ibu serta kekasih. Terpulang pada pendengar untuk menterjemahkannya. Namun apa yang saya boleh katakan, semua lagu yang dihasilkan mengambil frasa cinta sebagai sumber inspirasi.
"Apabila dalam hati kita penuh dengan perasaan cinta, maka semuanya akan menjadi mudah,” ujar Maher yang turut popular dengan lagu cinta berhantu berjudul For the Rest of My Life.
Biarpun bersikap terbuka dan ramah kala temubual ini dilangsungkan, Maher bagaimanapun agak berahsia orangnya.
"Terus terang, saya memang tidak selesa apabila ditanyakan soal peribadi. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Jika tidak, biarlah pertanyaan lebih tertumpu pada kerjaya saya saja," tegasnya yang hadir ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert solo Save the Soul di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober ini.

Apa yang telah berlaku dengan hidupku??
Setelah sebulan syawal habis, kelas bermula, dan konvokesyen berakhir, waktu untuk aku melangkah dan membuka lembaran baru dalam hidupku..semakin panjang langkahku, semakin aku hampir dengan dunia realiti yang penuh dengan dugaan dan penuh pancaroba.segala persoalan2ku sejak dibangku sekolah hampir terjawab semuanya.Benar kata orang2 yang sudah berpengalaman, hidup tidak semudah yang kita sangka. Tidak selancar yang kita mahukan. Hanya yang mampu bersabar akan bertahan mengharungi kehidupan ini.
Saat ini aku sedar, aku tidak boleh seperti dulu. Sampai bila masih mahu melakukan sesuatu dengan 'tenang' dan usaha yang ala kadar?. Saat ini juga aku sedar bahawa suatu masa nanti barulah aku boleh mengatakan itu waktu aku berehat..iaitu di kehidupan yang lain.Andai aku dihadiahkan syurga, itulah waktunya aku berehat. Tapi bukan sekarang. Tidak sekarang.."Bekerjalah ibarat kamu akan hidup selamanya, dan beribadahlah ibarat kamu akan mati keesokan harinya"..Dunia bukan tempat untukku istirehat dan menikmati keindahan dunia yang diperkatakan orang. Kenikmatan dunia ini hanyalah ujian buatku. Sehebat manapun kata2ku ini, aku sedar kadangkalah aku lemah dan lelah. Hampir putus asa dengan setiap langkahku.
Entah dari mana aku peroleh rasa putus asa ini sedangkan aku bukan sebegitu. Entah kemana hilang semangatku. Sehingga semalam aku merasakan aku harus melakukan sesuatu. Hari ini, aku sedar aku telah menyia2kan sebulanku dengan entah apa. Titik kesedaranku datang apabila pagi tadi, aku melakukan kesilapan kedua di dalam "group presentation" ku. Kesilapan yang takpernah ku lakukan semasa aku bergelar pelajar sarjana. Dua kali aku dan kumpulanku ditugaskan membuat "tutorial presentation" dan kedua2 kali itulah aku telah merosakkan segalanya. Terasa bodoh dihadapan kelas.Dihadapan teman2ku. Dihadapan pensyarah yang juga pensyarah UIAM. Pasti dia kecewa denganku. Didikan di UIAM yang kuterima dengan baik, tetapi bukan itu yang ku tayangkan dihadapan teman2 seperjuangan Chartered Islamic Finance Professional. Hari ini adalah hari yang paling mengecewakanku..paling mengecewakan dan memalukan..rasa ingin rebah dihadapan semua orang.apa yang telah aku lakukan dengan hidupku???
Tindakan pertama telah kumulakan semalam. "deactivate FB".Kerana pelajaran dan tidak mahu membuat sesuatu yang melemahkanku, aku nekad untuk menutup sementara FB ku sehingga aku selesai semua kerjaku.Sehingga aku merasa kuat. Biarlah keluarga dan sahabat seperjuangan yang mengambil berat tentangku menjadi teman dan pemulih semangat selain doa. Akan ku kembali setelah semangat ku pulih....
Kerana aku ingin berjaya dan semuanya harus bermula dengan diriku sendiri....Ya ALLAH, peliharah hatiku..tetapkan hati ku dan beri kekuatan padaku...

Sunday, August 29, 2010
10 malam terakhir ramadhan
Lama tak post blog. Sedar2 dah nak sampai ke penghujung ramadhan. 10 malam terakhir. Masa ni lah, saye diberi cuti tidak dapat menunaikan puasa. pada awalnya agak kecewa memikirkan target yang belum kesampaian nak khatamkan Alquran sebelum habis ramadhan. Tapi bila terfikir balik, tak boleh baca dan sentuh quran, saye masih boleh mendengar dan mengikut bacaan di dalam hati dari website Al-Quran explorer.
Jadi saye baru nak gunakan masa ni untuk menyambung mana yang tertinggal. Alhamdulillah tak banyak, sikit pun jadilah pergerakan bacaan. Banyak ganjaran bagi orang yang buat website ni.
" ya Allah permudahkanlah insan yang membuat kebaikan dijalanmu, yang memberi kemudahan kepada umat islam yang lain untuk memabaca qalammu itu dengan memudahkan jalannya di titian sirat nanti ya ALLAH.berikanlah dia tempat terbaik di syurga mu, aminnn"
Bagi yang nak tau link Quran explorer ni..copy dan paste link ni kat atas..:) http://www.quranexplorer.com/quran/
Nak jadikan cerita, harini saye mengantuk awal sikit dari hari2 biasa. Sekejap je terlelap, kemudian terjaga. tangan kanan saye teramat sangat kebas. Sampaikan tak dapat tidur. Saye bangun dan pergi ke dapur untuk minum segelas air. Kemudian on kan laptop. Saye pasang lah Quran explorer tu mendengarkan sambungan bacaan. Sampai habis surah yasin, badan terasa lebih ringan dan mengantuk.
Terfikir nak post sesuatu di blog. So, dah habis post, skarang nak sambung tidur. Moga, Allah berikan saye tidur yang lena tanpa mimpi2 buruk seperti yg berlaku kelmarin.Nauzubillah...

Saturday, August 14, 2010
Ramadhan
Sedar tak sedar dah masuk hari ke-4 puasa. Baru saya teringat nak post sesuatu kat blog saye.Bulan ramadhan tahun ni semangat saye lebih sket dr dlu..nak brubah jadi lebih baik.Semoga Allah beri kekuatan hati dan iman untuk saye terus istiqamah buat semua ni..btw, di Fb banyak orang share perkara2 yang berfaedah utk dilihat dan didengar sepanjang bulan ramadhan ni..Saye akan share satu link http://www.thequranradio.com/ yang memperdengarkan seluruh dunia bacaan ayat2 al-quran selama 24jam tanpa berhenti dari Syeikh Misyari Rasyed Alafasy. Di bawah player tu ada 2 box.Satu kotak dia tulis "keep the video alive". satu lagi "want Quran translation". yang second box tu kalau anda nak dengar bacaan al-quran sambil membaca translation, boleh click kat box tu..
Kepada pembuat website ni, Inilah yang dikatakan pahala yang berterusan yang dibawa ke kubur bila kita dipanggil menghadap Allah nanti..dan ini lah yang akan membelamu di dunia sana..Tahniah kerana membuat website ini..:)

Subscribe to:
Posts (Atom)