Wednesday, October 13, 2010

one more.one more!!~

yo yo je one more kan.hem, sebenarnya one more assignment to be submitted this week. tak sabar nak hantar sabtu ni walaupun hakikatnya tak start pun lagi. Tapi dah siap assignment ni mula semester break. Jadi tak sabar nak bercuti dengan keluarga. Kakak ipar pulak dah habis exam dia dan kalau lulus dah jadi DR Sharifah Shadiyah dan cuti beberapa minggu. Abangku Huzaifah, apa saja untuk isteri dia akan buat. So takde masalah lah cuti2 ni. Student dia semua sporting macam lecturer dia juga. Adikku Khaulah pula tengah cuti semester. Abah, bila2 boleh minta cuti. Umi?lagi syok, bila2 dia nak dia boleh cancel kelas tusyen dia atau minta guru tusyen yang kerja dengan dia ganti. Tapi kalau pergi weekend rasanya tak perlu dia nak mintak orang ganti sebab tak ada kelas tusyen masa hujung minggu. Semoga rancangan kami berjalan dengan lancar lah..aminnn...~~


Lega dah submit assignment tadi..wihuuu!!!!!!!!!!~~~..ehem, alhamdulillah..(^_^)

Tuesday, October 12, 2010

Done one assignment

Rasa lega sedikit bila satu daripada 7 assignment selesai. Antara assignment paling awal yang perlu dihantar dan disebabkan tak banyak yang perlu dilakukan, aku mengambil remeh.Bila dah siap yang satu ni, rasa lega. Sedikit gembira. Minggu ni ada satu sahaja lagi tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar. Yang ini berat sikit berbanding yang lain. Tapi tugasan ni adalah tugasan berkumpulan. Jadi mungkin akan menjadi lebih ringan sedikit andai kerja dibahagi2kan. Esok mungkin kami akan mulakan perbincangan untuk membuat laporan presentation.

Hem, harini terima khabar seorang yang aku anggap kakak melalui sms. Agak gembira walaupun berbalas sms cuma beberapa kali. Kehilangan orang yang disayanginya agak menyedihkan dia. Semoga Allah merahmati roh pakciknya dan ditempatkan disyurga teratas bersama orang2 yang beriman. dan semoga pemergian arwah pakciknya menjadi satu titik tolak penyatuan dan pengukuhan keluarganya aminn..

Setiap yang hidup pasti akan mati.Waktu kita belum tau bila..

Teringat sms terkahirku bertanyakan tentang seseorang tetapi tak berbalas. Mungkin dia sedang sibuk jadi tak terbalas sms ku siang tadi. Tak mengapalah..mungkin dia juga tidak tahu khabar orang itu.Aku patut focus pada tugasan terakhirku untuk minggu ini. Bukan pada perkara lain...minggu depan dah mula cuti semester. Mudah2an rancangan bercuti sekeluarga menjadi. Lepas tu, barulah aku akan activate balik fb. Mungkin masa tu aku dah boleh mengawal aktivii aku di fb. Terlalu banyak bermain. Kawan2 seperjuangan juga mengakui hal yang sama. Mungkin kerana tekanan yang banyak, jadi fb menjadi tempat melepaskan tekanan dan perasaan bagi orang2 yang mcm kami ni.

Tapi aku sangat kagum dengan salah seorang kawan lelaki yang sama2 belajar disini. Dia orang luar tak ingat asal dari mana. Minggu lepas, aku dan beberapa kawan terdengar cerita tentangdia yang sudah menyiapkan 5 tugasan dari 7 tugasan yang diberikan walaupun tarikh hantar lagi 2 bulan. Jadi kami tanya apa yang dilakukan setiap hari yang membolehkan dia menyiapkan semua tugasan dengan sangat cepat. sedangkan masa tu, kami tidak langsung memulakan apa2.

Tips yang diberikan :
1. weekend adalah masa menyiapkan assignment dari jam 6 pagi sampai 12 tengah malam. (seminggu 3 hari tak ada kelas)

2. weekdays hari mengulangkaji sebelum dan selepas kelas. fokus pada pelajaran.
3. Tak perlu FB..(erk....)

ok..yang last part tu, agak terkejut sikit bila dengar. hehe. Tapi sebab kata2 dialah aku nekad nak tutup sementara. Takdelah jadi seperti dia. Tak ada FB langsung. Hidup perlu bersosial sekali skala. Lagipun di FB lah aku berhubung dengan teman2 lama dan teman2 seperjuangan dan teman2 berilmu. Jadi, menutup FB terus dari hidup mungkin tidak wajar bagiku. Tunggulah dalam beberapa hari atau minggu aku akan activate semula.


Tungguuuuuuu................... (^_^)