Tuesday, August 2, 2011

How time flies

It has been a while since i posted the last blog. Its like 3 months kot? Even cerite pegi interivew pn tak habis sambung n i wont bother to continue that story coz im already got the job. Yeap, in KFH. At first, my name was not listed with those who got the job but some who have been short listed rejected th offer, so name saye naik la.it was all last minutes call bla bla n bla...n now, i am already two month in KFH as YLDP Trainee Executive, One year job rotation training and bonded for 3 years including training period. Wei, xbleh lari weii...3 tahun tu better wat keje bagus2 kot2 promoted kan alhamdulillah.

After two months being into the phase of working life, i feel like eveything happened too fast. Sometimes i could not manage to breath, and the new phases of life came. Every month i have to fit myself with new division, new rotation, new people, new table, new PC, new task and new environment. mau tak mabuk, baru nk comfortable dengan current division then masuk division baru. masyaAllah.

Now alhamdulillah im getting used with it. I have to motivate myself, get motivation from people around me and people i love and give positive momentum to people around me too. Im trying too even tho its hard. Coz some of us which is my YLDP team already demotivated to work and so on. What i can say to them is that..whatever work we do will always has its own challenges that we must face.Either you like it or not.. U must purify yourself and change the mind set that you like the job, that is what you want and plan the future with what you have now and live your life.

Ya ya ya..easier said than done but at least it is worth TRYING rather than sitting and envy with other people's success....


And now, i am praying that while facing the challenges in working life, Allah will give me someone who can take care of me, guide me to stay stronger and lead me to the straight path....Oh Allah, may he is the only and last person i will love ever in my life

Saturday, April 2, 2011

My 1st job interview

Bismillah...

Dah lame tak post blog.Di kala hari esok due assignment, leh plak nak post blog kan.asignment nak type sebaris dua tu susah kemain..Whateverr..

Senanye nak cite, hari rabu haritu, tengah cuti MC sebab demam saye dapat call dari Kuwait Finance House (KHMB).sape2 tatau ape tu KFH sile lah google. So i was excited sebab tengah2 study dapat call for interview. Rase mcm harapan dalam hidup tu kembali akhirnya alhamdulillah...So akak HR tu cakap la interview jumaat. One day interview...

Later petang sket, ade member Inceif call..Fatimah name diberi. Dia tanya saye dapat tak. so rupenye die pn dapat.Then later n later dapat tau ade la dala 4 orang dapat.

Tibalah hari jumaat...Salah timing tp still datang on time la..cume sebab salah timing tu jalan kelam kabut sket. ingatkan menara Etiqa tempat KFH tu dekat dlm klcc..rupenye BELAKANG KLCC. bayangkan dah turun dr LRT KLCC tu...g tanye guard mane jalan penang..die suruh jalan kemain jauh. Nampak lagi guard tanye lagi menara etiqa..die suruh jalan lagi jauh. Ade la kene lalu satu terowong ni biasenye dr dalam KLCC tu nk ke KLCC convention centre lalu situ n memang tempat tu jauh.so mcm ragu2 la. sambil jalan tu tegur sorang akak ni tanye

"akak ni ke jalan nk g menara etiqa kat jalan penang?"

then die ckp tatau..waaaaa!!...tapi kan ttbe akak tu ckp...

"depan sket nnt ade guard cube adik tanye die.."

ok dah nampak masa depan sedikit cerah terus jalan laju2 cr guard..

Fuh, nasib baik memang betul jalan yg saye lalu tu. tinggal die suruh terusssssssssss lalu aquaria..terussssssssssssssssssssssssssss............naik eskalator..then terussssssssssssssssssssssssssssssssssss...naik jambatan yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....lepas tu baru jmpa menara etiqa..hehe...

agak2 sampai berpeluh2.. =P

but sampai on time so ok la...kitorg kene duduk dalam satu bilik ni..sorang sorang datang...then rupenye ramai gak dak inceif..then dak2 yang bukan inceif mcm dah gerun..sebab kitorg datang satu geng.hehehe..belagak la jap an...

to be continued....

Friday, March 4, 2011

Jom belajar dari musibah..

Saye suke setiap kali datang hari Jumaat. Sebab TV3 banyak rancangan2 agama yg selalunye isu2 yang diketengahkan mesti rase mcm kena kat diri sendiri. Hari ni ada dua rancangan yang tersemat dalam minda saye. Satu, drama tentang rasukan jin dan syaitan dalam tubuh manusia. Sebab2 jin bersarang dalam tubuh manusia. Tapi cara drama disampaikan tu sgt best. Kalau nk ce cite kat sini tak best.kene tengok sendiri. Lagi satu rancangan ni mcm tazkirah dr ustaz Harun Din tentang Musibah.

Beliau jelaskan tentang Musibah dengan sangat jelas dan bagus membuatkan saye rase bersyukur dengan setiap ape yang berlaku pd diri ni sama ada baik atau buruk. Sebab saye tau semua tu sebab Allah sayangkan saye. Sila Alhamdulillah sekarang cepat! :D

Kebetulan mase search tentang musibah sebab tak berapa ingat point2 penting apa Ustaz Harun Din ckp, saye terjumpa satu blog yang berbincang tentang hal yang same. So saye copy paste sket2 dan selit2 sket ulasan saye...(biasela student suke copy paste.hahaha)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Selalu je kite persoalkan nape Allah uji smpai begini sekali..Allah dah tak sayang saye ke?...Jangan jangan jangan...jangan jadi manusie tak bersyukur ye wahai hadirin2 yang dimuliekan Allah..sebab ape?..
Sebab.....

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, “Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.”

Mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji.

Firman Allah s.w.t.: “Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)

Musibah ni basically adalah sesuatu yan menimpa kita melalui perkara2 yang kite tak suka. Contohnye, kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Biasenye Allah datangkan ujian nk tengok iman kita. Kalau sakit, berapa banyak kite mengeluh kenapa sakit ni datang. Kalau tiba2 ada peperangan, baru tau kita ni tergolong dalam orang2 yg berani ke tak.


Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap“… it’s not what happens to you, but it’s what you do about it.”


kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Tiga jenis musibah yang diterangkan oleh Ustaz Harun Din siang tadi pun ada dalam blog ni.Antaranya :

Kifarah.
Kifarah ni adalah musibah yang kena pada orang baik, tapi terlanjur buat jahat sebab lalai dan tak mampu lawan hawa nafsu. So, Allah kasi musibah ni pada org2 baik ni utk mereka tebus dan hapuskan dosa2 dan salah mereka. So, Nanti kat akhirat inshaALLAH terlepas dari azab sebab Allah dan beri di dunia dengan musibah yang boleh kate lebih ringan dari balasan di akhirat nanti.

Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”. Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)

Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Al A’raf 168

2. Bala.
Bala ni kena kat orang2 jahat yang tengah buat jahat. Allah kasi ni sebagai hukuman kat dunia sebelum dapat hukuman lebih berat kat akhirat. So orang2 ni kena seksa dua kali, kat dunia dan kat akhirat.

Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi:
“maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Al Ankabut: 40

3. Ibtila’

Ibtila' ni kena kat orang2 yang baik, mase tengah buat kebaikan. Ha pelik kan?..tapi mesti ramai yang pernah rasa," nape aku buat baik, tapi orang balas buruk?". "Aku kasi pinjam barang, leh plak dia maki hamun aku. Ape salah aku ni??"
Tapi, yang bestnye, orang2 begini akan dapat pahala berganda2 dan Allah tinggikan darjat disisi Allah. So kalau kite dapat musibah mcm ni, inshaALLAH dapat pahala syahid, sabar, redha dan qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainyee..

Cube fikir, kalau kite buat baik n Allah tak uji kite, mane nak dapat semua pahala tu..mase bile nye nk sabar kalau Allah tak uji?..ha kan?..nampak tak?...nampak tak??..nampak tak????????? best kan Allah? :)

Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran.

Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Musibah yang berlaku ke atas umat Islam di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran.

Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Ye, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah diuji.

Kata bijak pandai: “It is not how low you fall but how high you bounce back!” Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?

Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan.

Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud

Sebahagian dr Artikel adalah dari : Pahrol Mohd Juoi ditambah skit ulasan saye berdasarkan pemahaman dari article tersebut.

Mungkin terlalu panjang article ni tapi harap tak membosankan bile nk bace.. sebab saye tak bosan bace..

source of reference: http://www.one-ummah.net/kuliah/motivasi/555-belajarlah-dari-musibah.html

Salah: Life’s Forgotten Purpose

By: YASMIN MOGAHED
Link: http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/worship/prayer/salah-lifes-forgotten-purpose/

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Man has taken many journeys throughout time. But there is one journey that nobody has ever taken.

Nobody—except one.

On a vehicle no man has ever ridden, through a path no soul has ever seen. To a place no creation has ever before set foot. It was the journey of one man to meet the Divine. It was the journey of Muhammad ﷺ, prophet of God, to the highest heaven.

It was al Israa wal Miraaj (the magnificent journey).

On that journey Allah took his beloved prophet ﷺ to the seventh heaven—a place not even angel Gibreel could enter. In the Prophet’s mission on earth, every instruction, every commandment was sent down through angel Gibreel. But, there was one commandment that was not. There was one commandment so important, that rather than sending angel Gibreel down with it, Allah brought the Prophet ﷺ up to Himself.

That commandment was salah (prayer). When the Prophet ﷺ was first given the command to pray, it was to be fifty times in a day. After asking Allah to make it easier, the commandment was eventually reduced to five times a day, with the reward of the fifty.

Reflecting upon this incident scholars have explained that the process of going from fifty to five was a deliberate one, intended to teach us the true place salah should hold in our lives. Imagine for a moment actually praying fifty times a day. Would we be able to do anything else but pray? No. And that’s the point. What greater way than that to illustrate our life’s true purpose? As if to say, salah is our real life; all the rest that we fill our day with…just motions.

And yet, we live as if it’s exactly the opposite. Salah is something we squeeze into our day, when we find time—if that. Our ‘lives’ don’t revolve around salah. Salah revolves around our ‘lives.’ If we’re in class, salah is an afterthought. If we’re at the mall, the Macy’s sale is more urgent. Something is seriously wrong when we put aside the very purpose of our existence in order to watch a basketball game.

And that is for those who even pray at all. There are those who have not only put aside their life’s purpose, they have abandoned it completely. What we often don’t realize about the abandonment of salah is this: No scholar has ever held the opinion that committing zina (fornication) makes you a disbeliever. No scholar has ever held the opinion that stealing, drinking or taking drugs makes you a disbeliever. No scholar has even claimed that murder makes you a non-Muslim. But, about salah, some scholars have said he who abandons it, is no longer Muslim. This is said based on ahadith such as this one: “The covenant between us and them is prayer, so if anyone abandons it, he has become a disbeliever.” [Ahmad]

Imagine an act so egregious that the Prophet ﷺ would speak about it is such a way. Consider for a moment what satan did wrong. He didn’t refuse to believe in Allah. He refused to make one sajdah. Just one. Imagine all the sajdahs we refuse to make.

Consider the seriousness of such a refusal. And yet, think how lightly we take the matter of salah. Salah is the first thing we will be asked about on the Day of Judgment, and yet it is the last thing that is on our mind. The Prophet ﷺ said: “The first thing which will be judged among a man’s deeds on the Day of Resurrection is the Prayer. If this is in good order then he will succeed and prosper but if it is defective then he will fail and will be a loser.” [Tirmidhi]

On that Day, the people of paradise will ask those who have entered Hell-fire, why they have entered it. And the Qur’an tells us exactly what their first response will be: ”What led you into Hell Fire? They will say: ‘We were not of those who prayed.’” (Qur’an, 74:42-43)

How many of us will be among those who say “we were not of those who prayed, or we were not of those who prayed on time, or we were not of those who made prayer any priority in our lives?” Why is it that if we’re in class or at work or fast asleep at the time of fajr and we need to use the restroom, we make time for that? In fact, the question almost sounds absurd. We don’t even consider it an option not to. And even if we were taking the most important exam of our lives, when we need to go, we will go. Why? Because the potentially mortifying consequences of not going, makes it a non-option.

There are many people who say they don’t have time to pray at work or school, or while they’re out. But how many have ever said they don’t have time to go to the bathroom, so while out, at work or school have opted instead to just wear Depends? How many of us just don’t feel like waking up at Fajr time if we need to use the bathroom, and choose instead to wet our bed? The truth is we’ll get out of bed, or leave class, or stop work, to use the bathroom, but not to pray.

It sounds comical, but the truth is we put the needs of our body above the needs of our soul. We feed our bodies, because if we didn’t, we’d die. But so many of us starve our souls, forgetting that if we are not praying our soul is dead. And ironically, the body that we tend to is only temporary, while the soul that we neglect is eternal.

Originally published by InfocusNews

Be a productive Muslims..

Tuesday, March 1, 2011

True Love

"True love is falling in love with the same person over and over again"

Monday, February 21, 2011

situasi: KMC a.k.a Library INCEIF

Saye > Abg Zam!..salamualaykum, lame tak nampak kat INCEIF?xde amik kelas subjek2 part 2 ke?

Abg Zam > Eh sharifah!..waalaikumsalam, eh i plak yg lame tak nampak..u lah.mane ilang?nyorok ek?...eh, asal muke lain nie? baru baik demam campak ke? (sambil tengok muke saye)

Saye > Ehehe, takde la nyorok ade je kat sini. hah? demam campak?...(sambil pegang muke sendiri)

Abg zam > What happen dengan muka u?..lain sangat2..gelap sket..

Saye > haa?..laa bukan demam campak la..ni jerawat..stress kot last sem. ni pun dah 60% sembuh..waaa nampak cam demam campak ke?

Abg Zam > eh yeke jerawat, i rase hormon la..jerawat takkan sampai mcm ni.kalau stress tu hormon u lah tu..takpela, biase kalau keluar cam gitu sekali keluar habis nnt dah tak keluar dah..

Saye > ..oo hehehe...(T_T) huuuuuuuuu


Kesimpulan saye dapat, wlupun dah pulih sket wajah ni....masih lagi teruk sebab nampak mcm kene demam campak..ohh, sabarlah wahai diriku..

Sunday, February 20, 2011

HIJAB + FASHION

Just browsed through muslimah hijab pages..seems like muslimah nowdays loves what so called "simple", hot and fashionable hijab.Yeap, some of it looks very2 nice and lovely.but hey, BODY HUGGING clothes + hijab/tudung is NOT AT ALL A MUSLIMAH HIJAB.(^_^)..don't make people confuse pretty. Go n read about Hijab first before u make a tutorial for other Muslimah.

Thursday, February 17, 2011

Great Khutbah by Suhaib Webb in New york

Bismillahissami'il alim..

Saye baru abeh tengok video posted by salah sorang classmate saye from indonesia. Dia dapat dari our another friend from US. Khutbah dari Suhaib Webb ni sangat bagus..tak tahu mcm mana nk huraikan sebab setiap isi yang beliau sampaikan selame 35 minit ni sangat bermanfaat.semoga khutbah kat malaysia ni boleh diubah formatnye tidak menjadi terlalu formal dan memboringkan..kalau tak, semue orag tido kot!

"Look back the history and learn from the history especially those event that shake the foundation of our religion and cause them to draw nearer from Allah s.w.t"



"People with no histroy is people with no future"-great Arab poetry

Tapi teringat lecturer saye once said, history tells us that people never learn from history until they face it or experienced the same thing..then they will agree with the history...but still, walaupun history ckp people never learn from history, throughout their life, they will create their own history dan menjadi rujukan utk pelapis2 generasi akan datang... :)

begitulah kehidupan...

Wednesday, February 16, 2011

Tuesday, February 15, 2011

aduiilaa..

Kenape la kene rase perasaan mcm ni balik.penatlah penat...huhuhu

bukannya pasal boleh hadapi atau tak.bukannya tak suka...tp perasaan mcm ni menyebabkan hormon saye tak stabil...ni dari tadi dah rase lemah urat sendi..rase nk muntah2..g kelas pun tak fokus..bergilir2 wajah ahli keluarge terlintas kat kepale ni..

perkare paling saye takut nk hadapi ialah perkara yg berkaitan dengan hati...sebab hati saye belum kuat... :(

ya Allah, tolonglah saye cari jawapan utk semua ini ya Allah...saye cume nak keputusan yang saye buat ni memberi kebaikan pd semua org..Hanye Kau sahaje yang mengetahui ape yg baik dan buruk utkku dan orang2 yg kusayangi.. (T_T)

Ape saje..

Cuti...

Bangun 930am, umi kejut suruh siap2 nak g hospital serdang tengok pakcik kat CCU...jantung dia lemah..brape kali pengsan..alhamdulillah keadaan die dah ok buat masa sekarang... =)

Dari hospital serdang tu, gerak g rumah nenek kat hulu langat nak amik baju2 die bawak balik rumah saye. Since pakcik saye hospitalized, takde sape kat rumah dengan nenek saye, so die tidur kat rumah saye..

sampai je rumah nenek, rehat2 jap then nampak nenek keluarkan barang2 kat peti ais..die ckp benda2 ni karang kalau tak pakai buat masak nnt rosak.so die suruh bawak balik je..tomato, kentang, cili merah..BELACAN!..hehe...then die masuk dapur mcm nak kemas2..

Bile tengok, baru perasan yang sejak nenek datang rumah saye haritu, pakcik saye yg tak sihat tu tak berkemas la rumah sebab dah tak brape kuat nk buat keje2 rumah..so, saye g la kemas2 dapur, basuh pinggan, basuh lantai dapur dsbg...fuh, buat sekadar mampu je lah dah penat kot drive but atleast puas hati la tu yang penting..

So otw balik ke rumah, singgah plak ayamas..sebab umi kate tatau nk masak ape, saye cadangkan balik rumah masak lauk sardin resipi nenek sedare saye "baba wan" saye panggil die..plus ayamas punye ayam percik..then singgah plak kedai perabot, umi nk tengok katil sebab katil kat rumah dah roboh. lame betul dah katil tu..nasib baik die roboh, kalau tak tatau bile umi n abah nk beli baru.hehehehe!

Balik rumah je terus masak..mandi then makan...then...borink tatau nk buat ape...nk kacau org pun xtau nk ckp ape..nyesal plak tegur orang pstu tatau nk ckp ape..tp nk buat camne, kalau sorg je yg tanye..dah takde idea, mati la perbualan..hurmm..borink2, nk study cam dah penat gile babas...nk tidur la kot...

Nyte~~~

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

tajuk pun da wish, so no need to wish again lah kan.. :)

alhamdulillah kat tv2 pun sekarang banyak bagi infor pasal maulidur rasul ni ape pd penonton2 sekalian umat..semoge lain kali kalau ade wartawan tanye ape itu maulidur rasul, takkan ade umat Nabi Muhammad s.a.w yang kate tatau..

Valentine day tau plak bile!!..nak kene sebat sorang2 ni..haish~

saye sendiri banyak lagi belum tau sejarah Rasulullah s.a.w..mase sekolah dlu banyak belajar..tp tak menghayati sebab dlu exam oriented tersangat la sangat...inshaALLAH serbe sedikit la nanti saye akan menggali dan menggali kisah baginda s.a.w....sila jawab salawat ni.

hari saye dah tempah tiket utk saye, umi n adik saye ke surabaya bulan may lepas exam nanti....tak pernah2 nak pergi wedding sejauh ini. Classmate saye akan berkahwin lepas habis belajar ni.bukan sorang, tapi 3 orang inshaALLAH. tapi yang dah book tiket nk pergi ni ke wedding sorang je lah..lagi sorang bulan June kat surabaya jugak..mungkin tak pergi sebab takde promotion tiket utk tempoh tu.. (T_T)

Takpe, bulan may ni leh je lawat dan beri hadiah siap2 kat dia inshaALLAH.. :D

lagi sorang plak tak fixed date lagi tp die ckp inshaALLAH lepas bulan May..teka dekat mane??

YEMEN!!...my dream place to go.memang nk pergi tahun ni.so saye ingat nak pergi lepas exam tp considering dia nak kawin so alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan..cehs menyampah plak pantun2 tibe2 nie..she said she will tell me once the date fixed.. ok..yearly plan for vacation semangat habis..exam pun tak lepas lagi nyah~

practical places dah save dalam bookmark.mcm nak hantar resume kat semua islamic bank jer. resume dah siap.tinggal nak tunggu cover letter dr INCEIF.baru la best sket hantar..


Sempene Maulidur Rasul ni, saye nk share satu video tentang Nabi kita yang Mulia, Rasulullah s.a.w...semoga kite sume akan bertemu baginda s.a.w di Yaumul Akhirah inshaALLAH...


Saturday, February 12, 2011

Capek deh

Haih, ni la kerje yang paling student banyak mengeluh buat..

ASSIGNMENT.. hehehe

mengeluh mcm mana pun buat jela jugak..banyak membaca banyak ilmu dapat..tak kurang ape pun..kalau nk ckp pasal penat, takde benda yg kite buat kat dunia ni yg tak penat kecuali tidur. Nak rehat pergi masuk syurga la nanti..kat dunia ni kene banyakkan amalan nk masuk syurga..tak ckup amalan masuk neraka..tak rehat jugak kan..ngeh3...

haih tergendala kejap tulis blog ni..tengah2 type rase nk g toilet, flush plak rosak..ape lagi kene repair la..common sense, menggunakan ilmu kemahiran hidup mase sekolah dlu..panjat kosi tengok ape masalah flush tu.hebat gak saye...huahauhuahauhuahau..bangga diri namanya ni...sambil2 menaip neh saye read trough newsfeed kat facebook. ramai plak post pasal valentine day.

cakap pasal valentine day ni.what so special about it yg orang nk sambut dan memperingati sangat. even tho the whole world celebrate it, doesnt mean that kita pun kene sambut. we have our special day kot.takkan valentine day je baru nk sambut. Plus, ada history disebalik valentine day tu yang buatkan umat islam takle sambut...

correct me if im wrong, tapi bagi saye yang menyebabkan pengharaman valentine's day ni adalah disebabkan akibat sambutan itu pada umat Islam especially the malay Muslims yang sangat mudah terpengaruh dengan budaya orang barat. For them, valentine's day is the day for u to lose ur virgin untuk buktikan cinta. kesannya? zina berleluasa, mengandung anak luar nikah dan BUANG ANAK..sape yang salah sebenarnye dan kenape baby plak jadi mangse. Sebabkan berleluasa keburukan valentine's day, pengharaman dilakukan.


i am very sure that a wise muslim man and women can think by their own..buat apa hari kekasih ni semua sedangkan kita leh sambut hari2 kekasih dengan pasangan halal kita setiap hari?..hari kekasih ni semua untuk orang2 yg selalu lupe pasangan dia punya hari istimewa je kot..hua33..nak sambut satu sambutan beramai2 ape special sangat pun?..make ur own special day for ur own family kan baru special and unique..lagipun Rasulullah s.a.w melarang kita mengikut cara yahudi dan nasrani atau kita lebih kurang sama mcm diorang je kalau kite ikut..

akhir kate, kalau nampak orang buat maksiat kat mane2 pun walaupun bukan hari valentine's day..kite kene halang..

oh ade satu very interesting videos untuk orang2 yg dah terfikir nk buat maksiat neh..bukan on valentine's day saje. video ni boleh diguna pakai untuk sepanjang waktu..silalah tonton...





apa2 pun, correct me if im wrong tentang komen saye berkenaan valentine's day..i'm just human like others. =)

blog blog blog...

Leh tak geram dengan diri sendiri..hehe

Actually yang menaikkan semangat nk menulis blog tibe2 ni sebab bace banyak blog orang lately. Best! best sangat..tak semestinye bace blog orang tu makenye sibuk nak tau hal hidup orang. Memang la ade orang mcm tu. Tapi, tak semua. Ape saye dapat bace blog2 orang ni sebenarnye banyak ilmu kot. Even diorang cite pasal hal hidup mereka jer. Tapi sangat bermanfaat utk saye.

Tapi kebanyakannye saye follow blog orang2 dah kawin dan beranak pinak. Sebab mereka ni menulis dari hati. Luahan seorang isteri dan ibu pasal hidup diorang. Kadang-kadang rase mcm dari pergi kursus kawin, baik bace blog2 mereka ni lagi banyak ilmu dapat dari pergi kursus kawin. bace blog, then buat la exam ke, pastu kalau lulus dapat sijil kawin..hua2..macam best gitu..

Bukanle nak kate kursus kawin tak bagus. Tapi ape yg saye dapat masa temankan kawan saye pergi dlu mcm..sooo basic things yang dah belajar kat skola dlu. Dan kalau ade participants yang tak belajar pasal semua tu pun rase tak masuk ke hati jugak care penyampaian ustaz2 tu. Yang kelakarnye, kursus cakap pasal adab2 pasangan bertunang ni..takle pegang tangan la, naik motor same2 la itu ini..then lepas kursus tu , masing2 yg datang dengan tunang masing2 balik pegang tangan, pastu naik motor peluk kaw2 nye memang angin takle lalu lah nak kate..ok2..bukan semua tempat kursus kawin macam tu. Mungkin tempat saye je kot yang tak berape berisi kursusnye...(silap2 kang kena bambu plak kalau kata semua kursus kawin tak beri kursus yang sesuai.=p)

rase mcm dah out of topic da neh.hehe..berbalik pasal topic blog tu, act dulu saye memang ade blog, tapi kan tibe2 rase macam nak tutup blog tu sebab kebanyakannye luahan perasaan tak puas hati kat orang. Lepas tu, orang berkenaan baca kemudian saye kene sound balik walaupun saye tak sebut pun name orang2 berkenaan. sniff2..then tak sambung2 dah..

Tahun lepas saye buat blog ni. privately la bajet nk buat mcm diary sebab rase takde tempat nk luahkan perasaan yang berbuku roti dalam hati ni. Then lame2 rase mcm boring plak luahkan kat blog sebab blog takle pujuk saye balik bile sedih..ngeh3.. saye delete semue tu n biar blog2 yang sesuai utk tatapan umum je kat sini. Last year, adalah tahun kusam saye sebab saye banyak sedih n nangis n simpan perasaan sorang2 sampaikan saye yg agak kelakar bak kate orang jadi tak kelakar dan serius serta berkerut2..

Even nk type blog pun rase mcm tatau nak type ape sebab terlalu serius sangat. Ini pun cube balik nak jadi mcm dlu..tulis ape yang rase nak tulis dan share dalam blog. Tak kesahlah orang bace ke tak..tapi sonok gak merepek2 mcm gini. I might not share everything, but at least something la kan..Jeles plak tengok blogger2 share banyak benda kat blof while saye tatau nk share ape??..hua3..

saje menambah post kat blog ni sebab rase mcm kosong je banding dengan bloggers lain...(macam orang nak bace je blog aku neh.hahahaha)....

Friday, February 11, 2011

Ibarat Kawah di Bulan

salam n hellos..

sejak beberape lame post saye agak serius, mari harini kite berbicare perkare yg tak berape serius. ok, sejak beberape minggu saye asik mencari tips2 tentang kecantikan wajah di website. haa dah mule la tu nak kate saye ni vein n sibuk jage wajah..haa tak baik fikir macam2.

okla, sebenarnye sejak beberape bulan.to be specific dalam 2-3 bulan ni muke saye makin teruk. mungkin sebab stress study last semester mcm hormon tak brape stabil due to certain things especially studies la the main thing kan. then bile habis exam bulan doblas haritu, semua stress yg tersimpan dalam badan ni terkeluar melalui jerawat dan wajah kusam saye yang makin kusam. serius sangat teruk. sangat sangat sangat teruk..sampai terpakse pakai bedak tebal sket..yang kelakar pergi wedding ada kawan skolah tegur, "wei khansa, makin melawa ko skarang eh"..

ok, dalam hati tu dah berkate2 .."kau tatau sebalik wajahku ni bagaimane"..kawan2 inceif tau la kot pasal g kelas just pakai bedak nipis jer..so mase baru naik cuti haritu diorang tanye ape jadi dengan muke saye ni. latest diorang cakp dah kurang dah.so anggaran dalam 50% recovery la..walaupun masih dikategorikan dalam kumpulan wajah teruk jugak.

The funny thing was, at start i went to klinik pakar dr md noh kat KL.dekat dengan tempat saye study tu.seriously he's a good doct la. medicine die kasi tu sangat berkesan but kene pakai dalam 8 bulan in which every month cam kene spent ratus2 gak for consultation n ubat dia.hence, saye cume pakai for one month and then stop. the reason was, he mentioned that its natural for adult at my age to have hormone problems especially jerawat2 ni.NORMAL.so, my case, jerawat yang leh baik if i really take a good care of my face and reduce my stress in any ways..so, just kene sabar dan guna product yang betul2 berkesan la..

ok, before saye kene wajah yang teruk sangat2 nie, saye pakai NIVEA.its a goo product honestly. BUT since muke saye ni tengah problem jerawat yg sgt parah, i dont think its suitable to use NIVEA sebab its soft to skin. so i stopped after i met dr mohd noh tu. then lepas stop pakai ubat dia kasi after one month tu...dengar cakap umi plak..traditional+modern.hahaha...ok, ape yg saye buat?

1. blend kacang hijau sampai halusssssss teramat2 halus, then i made it as a scrub. saye pakai mase bangun tido n malam nk tido

2.lepas pakai scrub kacang hijau tu, sapu ubat yg memang dr sekolah pakai dan ia memang berkesan dan sangat bagus meng'cover' jerawat anda sebelum mengenakan make up. name die OXY COVER.boleh dapat kat mane2 pharmacy.

so, pakai la benda tu dalam nak dekat one months. and alhamdulillah it works.walaupun slow, but the important thing is rasa puas hati la dah kering jerawat2 tu.just kat dahi mcm lambat sikit sebab sangat banyak ok!..penuh dahi tu kalau semut lalu pun rase mcm kat kawasan gunung ganang mane tah die sesat. ok forget about it sebab dah kurang..

During the "scrubbing" period, my granma from my dad's side stay with us. So she saw my face and how bad it was during that time.so she took a bottle of air mineral dan baca yasin. she gave me and asked me to wash my face with the water dan baca satu ayat dr surah yusuf tu. Sebab saye tak brape ingat ayat tu, saye ganti dengan selawat je.

Then, mase jalan2kat carrefour, saye snggah pharmacy dan nampak product OXY facial wash and water powder for acne. So in balance with ubat yang saye pakai malam2 tu saye beli la supaye mempercepatkan pengecutan gunung ganang kat muke ni. so it works quit fast! i mean, faster like 5%..keh2..

Alkisah, mase raye cine baru ni balik kuantan. Ketemu ku dengan pakcik ku yang sangat mengambil berat wajah anak2 sedara dia. Lalu beliau membuatkan saye natural mask. PULAK!!..pening kulit saye..hahaha..but fine, for the sake of my uncle..saye pakai gak die suruh try kat dahi dlu for one nigt. its lemon + honey dalam peti sejuk. Malam sebelum tidur saye pakai buat mask. COOL! esok kecut jerawat2 saye. 2nd daye kat kuantan cam penat terus tido tak pakai mask tu. 3rd day pakai, kecut lagi. Then balik KL semula.balik rumah buat sendiri la lemon + madu tu. Pagi scrub muka dengan kacang hijau, petang balik kelas cuci muka n pakai mask beberape jam..malam sebelum tido scrub lagi + OXY cream..(jahanam muke aku.. =p)

Perbuatan tersebut berlanjutan la seminggu. Alhamdulillah, dah semakin ok. Tapi abah tak puas hati sebab de kalau boleh nk suruh sapu ubat harini, harini gak muke licin ibarat bidadari syurga. akibatnye, die balik kerja td die ckp kawan dia suggest pakai product aloe vera. Suddenly abg plak masuk cakap pasal makcik saye sebelah umi yg kulitnye bertambah menawan berbanding dlu. serius dlu kulit muka dia agak dasyat la jugak dari saye, tapi baru ni jmpa dia kulit sangat cun kot. hahahaha..guess what? abah g call makcik saye tanye ape die pakai.So die sebut la satu product yg tak pernah saye dengar.katenye mak dia yg kasi. so i checked on website. oh luar negara nye product. and banyak bloggers post pasal product ni lepas pakai. Seperti keberkesanan yg sangat tinggi. Jadi abah terus call orang tu tempah.esok die akan hantar la product tu. ok nak atau tak, i will try for the last time product LAIN lagi and checked jahanam ke makin elok muke saye ni.hehehe. if not, saye akan kembali memakai OXY la memang product tu je yg paling lame saye penah pakai.

So, name product tu saye takle bgtau skarang, nanti saye akan amik gambar muke saye yg skarang ni yg dah 50% selamat alhamdulillah. then amik gambar progress muke saye..kalau berkesan product tu inshaALLAH saye akan bgtau kat blog ni dan rekemen kawan2 yg ade masalah jerawat utk pakai..tungguuu.........

Tuesday, February 1, 2011

[Egypt]Ujian bagi hamba yang terpilih

Protest atau rusuhan di egypt sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia di negara ini apatah diprcayai lebih kurang 11 000 rakyat Malaysia berada di Egypt sama ada bekerja, atau menyambung pelajaran di sana. Amaran jingga yang diberikan menandakan betapa bahayanya keadaan di sesetangah kawan di egypt. saye sendiri tak tahu kawasan mane paling bahaye setakat ni sebab banyak sangat angin sana sini smpai tak tahu mane satu betul dan salah. Tp yang membuatkan saye rasa bersyukur sebab bebebrapa kumpulan pelajar dan rakyat Malaysia telah berjaya keluar dr Egypt dengan kapal terbang manakala yang lain sedang mananti bantuan dr Malaysia. Dengar kate, Malaysia akan menghantar bantuan melalui jalan darat dan udara. InshaALLAH semua akan selamat.

ye, memang benar perkara tersebut kalau berlaku pada sape2 pun akan menjadi satu pengalaman yang menakutkan buat mereka. Tetapi itulah kenangan dan pelajaran paling berharga dalam perjalanan setiap orang. Rakyat Malaysia yang berada disana diuji dengan kesusahan mendapatkan bekalan makanan, terputus hubungan dengan dunia luar dan berada dalam ketakutan sepanjang masa. Ujian2 sebegini tidak akan dapat di Malaysia, sebuah negara yang aman jika dibandingkan dengan negara2 lain. Beruntung mereka menjadi hamba Allah yang terpilih merasai semua itu. Adapun semua ujian ini akan mendekatkan diri mereka dengan Allah..menguatkan hati mereka dan menjadikan mereka manusia2 yang paling bersyukur setiap kali ujian lain mendatang. Ingatlah, hanye orang terpilih akan merasai ujian2 Allah.tahap ujian itu tak boleh dibandingkan antara sesiape sebab Allah memberikan berdasarkan kemampuan setiap orang.

Nampak hikmahnya?..bukan sekadar rakyat malaysia di egypt teruji malah rakyat di malaysia juga. Keluarga, pihak berwajib dan bertanggungjawab terhadap rakyat malaysia di luar negara, dan orang lain. adakah dikala ini semua bersatu atau menuding sesama sendiri tanpa melakukan apa2?

well, cukupla berceramah sbb saye tak berapa arif tentang perkara2 sebegini. Cuma, bagi yang bersedih dan kerisauan mengenai orang yang tersayang iaitu ahli keluarga masing2 yg berada disana, bertahanlah. Peganglah pada janji Allah bahawa Allah itu Maha Adil. Allah Maha Melindungi. Semoga mereka semua berada di bawah lindungan Allah. Kun Fayakun; jadilah, maka jadilah...seandainya Allah menghendaki sesuatu, pasti ada hikmah disebalik nya..


Ya ALLAH, lindungilah saudara2 muslim ku di seluruh dunia ya ALLAH. di tengah kekalutan, kebanyakan negara yang kucar kacir akibat kepimpinan yang tidak adil..kau tunjukkanlah kekuasaanMu. Semoga rusuhan berakhir dengan kejatuhan kerajaan2 yang zalim ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang berlaku dulu, sekarang dan masa hadapan. ameenn"