Sunday, March 11, 2012

It has been a while since then....

yep, mcm tajuk kat atas tu, it has been a while since August sampai skrg. Mcm2 berlaku dlm hidup. Happy, sedih, jtuh berguling2, bangun balik..sume tu sebahagian dr hidup yg Allah bg kat aku. Funney bile bace previous post. "easier said than done"...mmg betul..bile kene bTng hidung sendiri, sakitnya sampai berguling2. Tak pernah jiwa sesakit ni. Allah je tahu betape susahnye aku struggle utk hidupkan hati yg hampir mati akibat tak ikhlas terime ujian Allah bg.

Alhamdulillah, lepas 4 bulan, im fully recovered. Memang tak ramai org perasan yang aku sakit. Sebab ni sakit dalaman. But truely it was reflected through my face and body. Tiap2 hari pasang ngaji start pijak kaki dlm kereta sampai balik rumah, pasang sampai pagi walaupun dah tidur. Bila dah tak tahan nk luahkan perasaan, aku ngadu kat umi n abg aku. Diorg la pendengar setia aku. N setiap kali tu la umi n abg aku ingatkan aku yg ujian aku dapat ni xseberape banding dengan org lain. banyak2 perkara dalam hidup aku alhamdulillah, semua Allah permudahkan dan percepatkan. Sekadar satu perkara ni yg Allah uji aku sungguh2, tiba2 aku jadi manusia tak bersyukur mmg xrelevan la kan.

Ni bukan pertama kali. Pernah jd kat aku mase sekolah dlu. Start from there, aku buang perasaan marah pd diri sendiri jauh2.maafkna diri sendir n maafkan orang lain. Orang cakap,bila kita sayangkan sesuatu, lepaskan. Inshaallah, kalau sesuatu tu utk kita mcm mana pun ia akan jd milik kita dgn cara yg sangat mudah. kalau bukan sekarang mungkin akan dtg. Tp kalau ia bykan utk kita, kejarlah mcm mane pun makin lama ia akan makin jauhdr kita.

Now alhamdulillah i am happy. Dan subhanallah, Allah ,murahkan rezeki, training yg aku kene bond sampai 3 tahun termasuk tempoh training tu, di pendekkan. Skarang da jadi staff since January. Probation 6 bulan n bond sampai bulan december 2013. Oleh sebab dah jadi staff, alhamdulillah naik sikit gaji. Skarang ni aku dah placed kat satu division. tp requirement die kene ade license, so bulan August ni aku kene amik exam 4 paper. Inshaallah, kalau lepas, dapat elaun tambahan. Banyak perkara nk buat bila dapat elaun tambahan nnt. Antaranya nk g umrah. Ingat nnt nk bukak akaun tabung haji utk aku n umi. Tp before that nk selesaikan bayar hutang ptptn dulu. Alhamdulillah hrtu pinjam xbanyak. Boleh bayar lump sum terus inshaallah.

Lepas tu nk selesaikan satu perkare yg d bertahun2 tak selesai sebab mencari orangnye xjumpa2. Dulu ustaz aku pernah mintak tlg jualkan kamus b. Arab kawan dia. Lepas tu da Susah nk jumpa dia lepas habis skolah. Duit jualan tu masih ade kat aku sampai skarang?masalahnye tak tau nk cari die kat mane. Umi pernah terserempak dengan ustaz tu tp lupa nk tanye tinggal kat mane n mintak no phone dia. Sampai sekaran hati tak tenang.kadang terfikir gak nk sedekah je duit tu kat rumah anak yatim ke ape.kurang2 dapat pahala gak yg buat buku tu. Tp kene tanya ustaz dlu dia nk buat camne kan. Haishhh...amanah berat ni.mcm mana la duk sibuk mintak hak kita sedangkan hak org lain kita tak tunaikan? Xpelah, inshaallah jumpa. Tgh try2 cr kat fesbuk gak. Belum jmpa lagi stakat ni.

Baru ni aku daftar takaful ikhlas. Bukan utk aku snanye sume tu, inshaallah kalau umur aku tak panjang, aku dah letak nama umi n abg aku dalam wasiat. Pandai la mereka uruskan duit tu nanti. Kalau umur aku panjang, inshaallah simpanan dlm takaful tu utk pendidikN anak2 aku wlpn tak kawin lg skrg. Sume tu cume perancangan jer. Tak salah merancang masa depan wlpn kita tak pasti ape akan jadi.

Skrg ni pn aku cuba sedaya upaya utk balancekan hidup dunia n akhirat. Walaupun aku tak tau cara yg betul nk balancekan, tp tetap hr jumaat aku mesti hadirkan diri kat majlis ta'lim habib ali zainal abidin. Kadang penat gak pas balik keje. Ngantuk2 dengar ta'lim. Klu xdpt dtg, tgk online pn jdlah. Weekend aku pulak aku isi masa ajar swimming. Dlu ajar sebab minat, sebab leh dpt additional income. Tp skrg aku ubah niat jd sunnah. Dua sunnah, satu mengajar ilmu bermanfaat, dua mengajar swimming yg merupakan sunnah. Kan 3 sukan yg kalau boleh kita mahir iaitu berkuda,berenang dan memanah.Jadi org yg ada kepakaran mesti ajar dan sampaikan apa yg kita tahu. Bila tukar niat, nk ngajar weekend pn hati jd lagi happy sebab niat nk dpt pahala. Rase lg happy skrg nie. :) alhamdulillah.


K la, nk kene get ready for work esok. Nk iron baju, cuci muka, gosok gigi, bace buku, itu dan ini...koman2 kul 12 gak settle ni. Ilalliqa n ma3assalamah.