Thursday, October 21, 2010

Kata Setajam pisau..

Salamualaikum...

Disini saye nk share satu perkataan yang sangat mudah nk dilafazkan tp sangat susah orang nak buat..

kebanyakan kita tak sedar bila kita buat sesuatu yang memerlukan kita melafazkan perkataan itu..

mudah sangat nak sebut perkataan tu..tapi kerana satu perasaan menguasai diri..iaitu 'ego' dan 'malu'..

maka perkataan itu jadi susah untuk dilafazkan oleh sang pelaku nya..

tipulah kalau saye sendiri tak pernah merasa perasaan itu..merasa diri tak bersalah..

merasa diri tak perlu melafazkan perkataan itu pada orang lain atas tindakan saya sendiri..

tapi saye sentiasa letak pada diri saye..siapapun yang salah..saye harus memulakan..

apatah lagi kalau saye sendiri yang salah????..WAJIB saye yang memulakan untuk melafazkan perkataan tersebut...

kenape saye cakap siapapun yang salah saye yang harus memulakan melafazkan perkataan tersebut?..

sebab BERDOSA BESAR bagi orang yang tidak bertegur dengan sahabat atau ahli keluarga lebih dari 3 hari kerana perselisihan..

andai satu pihak dah meminta maaf ..kenapa kita tak boleh melakukan hal yang sama dan menjernihkan keadaan?..

kerana EGO atau MALU kerana terlanjur perbuatan?....

hanya perkataan MAAF...satu perkataan yang mudah di tulis dan dilafaz tapi mampu memperbaiki hubungan..

menambah kasih sayang...dan menenangkan jiwa orang yang dilukai hatinya...

susah kah memohon maaf??..sukakah kita membiarkan hati orang yang menyanyangi kita setulus hati dilukai...bersedih hati??

andai kita sentiasa memikirkan perasaan orang lain...pastinya kita tidak akan membiarkan perkara berlarutan hanya kerana tidak mahu

menyebut MAAF....

ingatlah..perkara yan paling ditekankan oleh Allah dan Rasulullah adalah menjaga lidah..kerana lidah itu setajam pisau...

lebih tajam dari segala jenis pisau yang ada di muka bumi ini...

kerana LIDAH ITU MAMPU MELUKAKAN HATI SESEORANG TANPA MENYENTUHNYA...dan ia akan meninggalkan kesan terdalam.

lebih dalam dari luka ditusuk pisau...kesan itu tidak akan hilang dari ingatan dan hati..

dan kerana lidah jugalah...kita mampu terjerumus ke dalam neraka kerana salah mengawalnya...

atau ke syurga kerana mampu menjaga dan mengawalnya...

di bawah ni ada saye share satu cerita ringkas saye dapat dr satu blog...

Bacalah dan fikirkan...pernahkah kita melukai hati seseorang yang kita sayang dan masih belum meminta maaf???

jika ya...mohonlah maaf kerana kita takkan pernah tahu bila ajal akan menjemput kita....

semoga kita tidak pergi sebelum dimaafkan oleh orang2 yang terluka hatinya kerana lidah dan perbuatan kita...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada jaman dahulu kala diceritakan bahwa ada seorang penebang pohon yang bersahabat karib dengan seekor singa.Setiap siang hari, Si penebang pohon makan siang dan duduk-duduk di pinggir hutan di tepi sebuah selokan.Saat itulah, seekor singa yang menjadi temannya keluar dari hutan dan berbaring disampingnya untuk berbincang dari hati ke hati. Cie…ile… Suatu ketika, si penebang pohon berkata kepada singa itu, ” Sahabatku tolong kamu agak menjauh. Mulutmu bau sekali sampai aku mau muntah & tidak bisa menelan makanan ini”. Sang raja hutan sangat marah, bangkit & dengan ganas menyerang penebang pohon yang kurang ajar itu.Sehingga ia hampir mati. Tapi anehnya, Si penebang pohon dengan luka-luka disekujur tubuhnya itu masih bisa pulang ke kampung halamannya. Sekian bulan berikutnya, Si penebang pohon sembuh, dan kembali bekerja menebang pohon di hutan seperti biasanya. Ketika waktu makan siang tiba, dia pergi ke tempat yang biasanya. Tak lama kemudian, sang singa berjalan gontai keluar dari hutan. Si penebang pohon berkata, ” Aku senang sekali bisa bertemu lagi denganmu. Aku merindukanmu, selama berbulan-bulan, selama aku tak bekerja. Lihatlah, tak ada luka ditubuhku, seluruh lukaku sudah sembuh”. Sang singa menimpali dengan perasaan sedih, ” Tapi luka yang ku derita akibat lidahmu yang tajam masih mengucurkan darah. Kata – kata kasarmu masih terasa menyakitkan”.
Sekarang anda pasti sudah tahu. “Lidah itu lebih tajam dari pedang, bahkan pedang tertajam di dunia sekalipun karena lidah dapat melukai hati tanpa menyentuhnya…”

Wednesday, October 13, 2010

one more.one more!!~

yo yo je one more kan.hem, sebenarnya one more assignment to be submitted this week. tak sabar nak hantar sabtu ni walaupun hakikatnya tak start pun lagi. Tapi dah siap assignment ni mula semester break. Jadi tak sabar nak bercuti dengan keluarga. Kakak ipar pulak dah habis exam dia dan kalau lulus dah jadi DR Sharifah Shadiyah dan cuti beberapa minggu. Abangku Huzaifah, apa saja untuk isteri dia akan buat. So takde masalah lah cuti2 ni. Student dia semua sporting macam lecturer dia juga. Adikku Khaulah pula tengah cuti semester. Abah, bila2 boleh minta cuti. Umi?lagi syok, bila2 dia nak dia boleh cancel kelas tusyen dia atau minta guru tusyen yang kerja dengan dia ganti. Tapi kalau pergi weekend rasanya tak perlu dia nak mintak orang ganti sebab tak ada kelas tusyen masa hujung minggu. Semoga rancangan kami berjalan dengan lancar lah..aminnn...~~


Lega dah submit assignment tadi..wihuuu!!!!!!!!!!~~~..ehem, alhamdulillah..(^_^)

Tuesday, October 12, 2010

Done one assignment

Rasa lega sedikit bila satu daripada 7 assignment selesai. Antara assignment paling awal yang perlu dihantar dan disebabkan tak banyak yang perlu dilakukan, aku mengambil remeh.Bila dah siap yang satu ni, rasa lega. Sedikit gembira. Minggu ni ada satu sahaja lagi tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar. Yang ini berat sikit berbanding yang lain. Tapi tugasan ni adalah tugasan berkumpulan. Jadi mungkin akan menjadi lebih ringan sedikit andai kerja dibahagi2kan. Esok mungkin kami akan mulakan perbincangan untuk membuat laporan presentation.

Hem, harini terima khabar seorang yang aku anggap kakak melalui sms. Agak gembira walaupun berbalas sms cuma beberapa kali. Kehilangan orang yang disayanginya agak menyedihkan dia. Semoga Allah merahmati roh pakciknya dan ditempatkan disyurga teratas bersama orang2 yang beriman. dan semoga pemergian arwah pakciknya menjadi satu titik tolak penyatuan dan pengukuhan keluarganya aminn..

Setiap yang hidup pasti akan mati.Waktu kita belum tau bila..

Teringat sms terkahirku bertanyakan tentang seseorang tetapi tak berbalas. Mungkin dia sedang sibuk jadi tak terbalas sms ku siang tadi. Tak mengapalah..mungkin dia juga tidak tahu khabar orang itu.Aku patut focus pada tugasan terakhirku untuk minggu ini. Bukan pada perkara lain...minggu depan dah mula cuti semester. Mudah2an rancangan bercuti sekeluarga menjadi. Lepas tu, barulah aku akan activate balik fb. Mungkin masa tu aku dah boleh mengawal aktivii aku di fb. Terlalu banyak bermain. Kawan2 seperjuangan juga mengakui hal yang sama. Mungkin kerana tekanan yang banyak, jadi fb menjadi tempat melepaskan tekanan dan perasaan bagi orang2 yang mcm kami ni.

Tapi aku sangat kagum dengan salah seorang kawan lelaki yang sama2 belajar disini. Dia orang luar tak ingat asal dari mana. Minggu lepas, aku dan beberapa kawan terdengar cerita tentangdia yang sudah menyiapkan 5 tugasan dari 7 tugasan yang diberikan walaupun tarikh hantar lagi 2 bulan. Jadi kami tanya apa yang dilakukan setiap hari yang membolehkan dia menyiapkan semua tugasan dengan sangat cepat. sedangkan masa tu, kami tidak langsung memulakan apa2.

Tips yang diberikan :
1. weekend adalah masa menyiapkan assignment dari jam 6 pagi sampai 12 tengah malam. (seminggu 3 hari tak ada kelas)

2. weekdays hari mengulangkaji sebelum dan selepas kelas. fokus pada pelajaran.
3. Tak perlu FB..(erk....)

ok..yang last part tu, agak terkejut sikit bila dengar. hehe. Tapi sebab kata2 dialah aku nekad nak tutup sementara. Takdelah jadi seperti dia. Tak ada FB langsung. Hidup perlu bersosial sekali skala. Lagipun di FB lah aku berhubung dengan teman2 lama dan teman2 seperjuangan dan teman2 berilmu. Jadi, menutup FB terus dari hidup mungkin tidak wajar bagiku. Tunggulah dalam beberapa hari atau minggu aku akan activate semula.


Tungguuuuuuu................... (^_^)

Saturday, October 9, 2010

Menunjukkan sifat terpuji kepada semua orang termasuk yang bukan Islam

Hijrah Maher Zain
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2010/10/09


Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan

SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.

Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri.
"Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.

"Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher ketika ditemui pada majlis pelancaran album perdananya, Thank You Allah, di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Pada majlis itu, Maher turut menerima anugerah Platinum apabila album yang mula berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu itu berjaya dijual sebanyak 30,000 unit. Satu angka yang cukup hebat untuk penyanyi baru sepertinya.

Penghijrahannya itu dilakukan dengan rela hati, tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Cerita penyanyi Insha Allah ini, sampai satu tahap, ada getar di hati menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah.
"Ada ketika saya sendiri sampai tahap bertegang urat dengan kawan-kawan dan mempertikaikan apa yang kami sudah lakukan sebelum ini. Dari situ, saya secara berdikit-dikit meninggalkan semua tabiat buruk. Perkenalan dengan komposer terkenal Red One menjadi titik tolak saya mengembangkan bakat sebagai seorang penulis lagu.

"Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” tutur pemuda berusia 28 tahun ini.

Apabila dia menghasilkan album sulungnya, apa yang berlegar di fikiran adalah sekadar berkongsi bakat serta menyalurkan amanat berguna untuk semua penggemar muziknya. Namun tidak pula dia menyangka sambutan luar dugaan yang terbentang di depan mata.

"Saya tak tahu nak kata apa. Apabila album ini berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara, itu sudah cukup menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka suka dengan apa yang saya hasilkan. Dan lebih mengujakan, golongan bukan Islam juga menyukai album ini,” cerita Maher lagi.

Ditanya apakah pandangannya terhadap sikap sesetengah pihak yang begitu fobia dengan Islam serta sering melabelkan agama suci ini dengan perkara tidak baik, Maher berkata, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menunjukkan sifat terpuji seperti yang dikehendaki Islam supaya mereka di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan musuh agama.

Cinta sumber inspirasi

LAGU nyanyiannya penuh dengan rasa cinta. Walaupun secara zahirnya album ini jelas menyatakan perasaan cintanya terhadap Allah, namun jelas pemuda yang berasal dari Lubnan ini, mesejnya lebih dari apa yang tersurat.

"Memang kebanyakan lagu saya memperlihatkan rasa cinta pada Allah, tetapi pada masa sama, lagu ini juga boleh ditujukan kepada ibu dan bapa, isteri, anak dan ibu serta kekasih. Terpulang pada pendengar untuk menterjemahkannya. Namun apa yang saya boleh katakan, semua lagu yang dihasilkan mengambil frasa cinta sebagai sumber inspirasi.

"Apabila dalam hati kita penuh dengan perasaan cinta, maka semuanya akan menjadi mudah,” ujar Maher yang turut popular dengan lagu cinta berhantu berjudul For the Rest of My Life.

Biarpun bersikap terbuka dan ramah kala temubual ini dilangsungkan, Maher bagaimanapun agak berahsia orangnya.

"Terus terang, saya memang tidak selesa apabila ditanyakan soal peribadi. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Jika tidak, biarlah pertanyaan lebih tertumpu pada kerjaya saya saja," tegasnya yang hadir ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert solo Save the Soul di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober ini.

Apa yang telah berlaku dengan hidupku??

Setelah sebulan syawal habis, kelas bermula, dan konvokesyen berakhir, waktu untuk aku melangkah dan membuka lembaran baru dalam hidupku..semakin panjang langkahku, semakin aku hampir dengan dunia realiti yang penuh dengan dugaan dan penuh pancaroba.segala persoalan2ku sejak dibangku sekolah hampir terjawab semuanya.Benar kata orang2 yang sudah berpengalaman, hidup tidak semudah yang kita sangka. Tidak selancar yang kita mahukan. Hanya yang mampu bersabar akan bertahan mengharungi kehidupan ini.

Saat ini aku sedar, aku tidak boleh seperti dulu. Sampai bila masih mahu melakukan sesuatu dengan 'tenang' dan usaha yang ala kadar?. Saat ini juga aku sedar bahawa suatu masa nanti barulah aku boleh mengatakan itu waktu aku berehat..iaitu di kehidupan yang lain.Andai aku dihadiahkan syurga, itulah waktunya aku berehat. Tapi bukan sekarang. Tidak sekarang.."Bekerjalah ibarat kamu akan hidup selamanya, dan beribadahlah ibarat kamu akan mati keesokan harinya"..Dunia bukan tempat untukku istirehat dan menikmati keindahan dunia yang diperkatakan orang. Kenikmatan dunia ini hanyalah ujian buatku. Sehebat manapun kata2ku ini, aku sedar kadangkalah aku lemah dan lelah. Hampir putus asa dengan setiap langkahku.

Entah dari mana aku peroleh rasa putus asa ini sedangkan aku bukan sebegitu. Entah kemana hilang semangatku. Sehingga semalam aku merasakan aku harus melakukan sesuatu. Hari ini, aku sedar aku telah menyia2kan sebulanku dengan entah apa. Titik kesedaranku datang apabila pagi tadi, aku melakukan kesilapan kedua di dalam "group presentation" ku. Kesilapan yang takpernah ku lakukan semasa aku bergelar pelajar sarjana. Dua kali aku dan kumpulanku ditugaskan membuat "tutorial presentation" dan kedua2 kali itulah aku telah merosakkan segalanya. Terasa bodoh dihadapan kelas.Dihadapan teman2ku. Dihadapan pensyarah yang juga pensyarah UIAM. Pasti dia kecewa denganku. Didikan di UIAM yang kuterima dengan baik, tetapi bukan itu yang ku tayangkan dihadapan teman2 seperjuangan Chartered Islamic Finance Professional. Hari ini adalah hari yang paling mengecewakanku..paling mengecewakan dan memalukan..rasa ingin rebah dihadapan semua orang.apa yang telah aku lakukan dengan hidupku???

Tindakan pertama telah kumulakan semalam. "deactivate FB".Kerana pelajaran dan tidak mahu membuat sesuatu yang melemahkanku, aku nekad untuk menutup sementara FB ku sehingga aku selesai semua kerjaku.Sehingga aku merasa kuat. Biarlah keluarga dan sahabat seperjuangan yang mengambil berat tentangku menjadi teman dan pemulih semangat selain doa. Akan ku kembali setelah semangat ku pulih....


Kerana aku ingin berjaya dan semuanya harus bermula dengan diriku sendiri....Ya ALLAH, peliharah hatiku..tetapkan hati ku dan beri kekuatan padaku...

Sunday, August 29, 2010

10 malam terakhir ramadhan

Lama tak post blog. Sedar2 dah nak sampai ke penghujung ramadhan. 10 malam terakhir. Masa ni lah, saye diberi cuti tidak dapat menunaikan puasa. pada awalnya agak kecewa memikirkan target yang belum kesampaian nak khatamkan Alquran sebelum habis ramadhan. Tapi bila terfikir balik, tak boleh baca dan sentuh quran, saye masih boleh mendengar dan mengikut bacaan di dalam hati dari website Al-Quran explorer.

Jadi saye baru nak gunakan masa ni untuk menyambung mana yang tertinggal. Alhamdulillah tak banyak, sikit pun jadilah pergerakan bacaan. Banyak ganjaran bagi orang yang buat website ni.

" ya Allah permudahkanlah insan yang membuat kebaikan dijalanmu, yang memberi kemudahan kepada umat islam yang lain untuk memabaca qalammu itu dengan memudahkan jalannya di titian sirat nanti ya ALLAH.berikanlah dia tempat terbaik di syurga mu, aminnn"

Bagi yang nak tau link Quran explorer ni..copy dan paste link ni kat atas..:) http://www.quranexplorer.com/quran/

Nak jadikan cerita, harini saye mengantuk awal sikit dari hari2 biasa. Sekejap je terlelap, kemudian terjaga. tangan kanan saye teramat sangat kebas. Sampaikan tak dapat tidur. Saye bangun dan pergi ke dapur untuk minum segelas air. Kemudian on kan laptop. Saye pasang lah Quran explorer tu mendengarkan sambungan bacaan. Sampai habis surah yasin, badan terasa lebih ringan dan mengantuk.

Terfikir nak post sesuatu di blog. So, dah habis post, skarang nak sambung tidur. Moga, Allah berikan saye tidur yang lena tanpa mimpi2 buruk seperti yg berlaku kelmarin.Nauzubillah...

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-4 puasa. Baru saya teringat nak post sesuatu kat blog saye.Bulan ramadhan tahun ni semangat saye lebih sket dr dlu..nak brubah jadi lebih baik.Semoga Allah beri kekuatan hati dan iman untuk saye terus istiqamah buat semua ni..btw, di Fb banyak orang share perkara2 yang berfaedah utk dilihat dan didengar sepanjang bulan ramadhan ni..Saye akan share satu link http://www.thequranradio.com/ yang memperdengarkan seluruh dunia bacaan ayat2 al-quran selama 24jam tanpa berhenti dari Syeikh Misyari Rasyed Alafasy. Di bawah player tu ada 2 box.Satu kotak dia tulis "keep the video alive". satu lagi "want Quran translation". yang second box tu kalau anda nak dengar bacaan al-quran sambil membaca translation, boleh click kat box tu..

Kepada pembuat website ni, Inilah yang dikatakan pahala yang berterusan yang dibawa ke kubur bila kita dipanggil menghadap Allah nanti..dan ini lah yang akan membelamu di dunia sana..Tahniah kerana membuat website ini..:)

Wednesday, July 28, 2010

Tamat satu semester

Alhamdulillah, Jam 5;15pm hari Rabu, 28 July 2010 tamatlah satu semester saye kat INCEIF ni. Baru 2subjek dah mcm2 penyakit datang menyerang..agak2 dalam 6 subjek semester depan apa lagi lah jadi.hehe..

Btw,Lepas exam tadi sama2 kami tunaikan solat asar lepas tu saye n 3 orang student indonesia dan sorang student dr kazakhstan menuju ke KLCC utk menonton wayang.CIte apa?..despicable me..hehe.sangat best..yang comelnya ada watak kartun2 yang gelak comel..the bila habis je movie tu terdengar satu budak dalam wayang gelak sebijik mcm kartun tu.hehe..comel..

Hurm, masa sampai klcc tu kitorg g makan dlu sbb lapar sangat fokus exam smpai tak ckup makan kami semua.kesiankan.hehehe..then kebetulan ramai plak budak2 inceif pergi layan movie tadi, so ada satu group lelaki yang bertembung ngn kitorg kat foodcourt tu kata nk pergi tgk tiket.so pesan la kat mereka tgkkan movie yang kitorg nak tengok tu kul brapa. Then salah sorang indonesian guy named Adji call kawan saya Shinta.Indonesian jugak. Cakap punya cakap hen Shinta ni katalah tiket kul 830. So saye kata ok kejap lagi leh beli sbb dapat awal leh balik awal. Sebab saya makan lambat sangat saye suruh Sylva(Indo), wanti(indo) dan ayga(kazakh) pergi beli. Bila dah belitu mereka turun tanya.."tiket jam 930, ngak apa2 kan khansa?"..sambil tunjuk tiket yang dah dibeli.wahahaha..dah beli baru tanya tak ape ke..Jadi jawapannya of course la "takpe...(T_T)"....anyway saye tak kisah sangat pun sebab jarang teramat sangat saye nonton wayang or keluar malam dengan kawan. So sekali sekala saye ok. Abeh umi plak asik msg2 tanya bila habis.hehehe.dia risau anak dara dia keluar malam2 balik lewat..Then buat relax je la kata habis jam 11pm. Sampai rumah jam 12am sebab bayar parking, cari kereta, hantar kawan2 balik..

So, skarang nak tidur dan esok planning untuk ke singapura!!...er, Jumaat ni pergi JB dlu cari tempat nginap.Kemudian jalan2 danga bay dlu.Kemudian esoknya baru pergi singapura. Apa lagi, bawa kawan2 indonesia lah..hehehe..mereka sangat suka berjalan..bagus bangett!! :))

Monday, July 19, 2010

Telepati

Eh dah nak seminggu dah tak tulis blog.hehe. Hari ni hampir satu hari kat INCEIF. Habis kelas, budak2 kelas ajak discussion. Then lepas zuhur, kat libry nampak satu group tengah bincang2.makin lama makin ramai. Rupa-rupanya semua tengah bahagi kerja. Ada soalan yang hampir2 dengan soalan final exam nanti yang lecturer kasi. 20 soalan. Jadi semua bahagi sorang buat satu dalam bentuk essay, kumpulkan dan bincang esok. Banyak plak kena buat.Hehe, takpela at least sambil buat tu membaca..

Tadi, sampai rumah je terus mandi. Pastu masa tengah mandi tu dengar mcm umi panggil..."khansa....!!..khansa....!!..."...pastu mcm terfikir kejap apasal umi panggil2..sekali teringat tadi masuk rumah saya kunci pintu pagar. "entah2,umi tak leh masuk kot"..terus keluar pergi bukak pagar, tapi tengok kat luar umi tak ada plak. Hairan..mungkin umi pergi kat blakang kot panggil saye.Tapi tak ada plak..then takpelah..sambung mandi balik..then bila umi balik rumah tanya umi tadi ada panggil saye ke..then umi kata tak ada..dia balik rumah memang pagar dah terbukak..hem memang kuat deria saye ni kan..umi tak sampai rumah lagi saye dah leh rasa yang umi akan masuk dan panggil dr luar sebab pintu terkunci..kalau teringat yang saya kunci pintu tu, lain cerita..Tapi terdengar2 umi panggil tu yang unik.hehehe..hebatkan kami punya telepati..selalu je leh rasa.. :))

Oh lepas solat ni kena terus study.Ada kerja kena buat utk esok..whoop22..

Wednesday, July 14, 2010

Buang Masa

Hari ini hari yang penuh dengan pembaziran masa. Satu hari mengadap Tv and update layout blog ni.Haih, apa nak jadi ni cik Khansa'!!!...Tomorrow should start something for studies.Lagi 2minggu je then cuti sebulan. Then sebulan tu suka hatilah nak buat apa pun..2minggu ni tolonglaa jangan buang masa. Bukan degree dah ni sayang..Master-level!!...Grow up gurl!!!~~

Tukar Template

Tadaaaa!!..lawa tak lawa blog saye kali ni??..hehe..tak kisahlah orang nk kata tak lawa ke apa ke.janji saye puas hati (cewah mcm usaha dia je semua ni)..sebenarnya kat internet ada template for blogger. Jadi, siapa yang nak blog cantik2 tp tak reti edit, dia dah siapkan package dia. Bagi yang baru2 nak berjinak dengan blog(anda tahu siapa anda..hehe), nanti saya ada masa saya buat tutorial mcm mana nk masukkan template ke dalam blog ni. Kalau saya malas buat tutorial, saya akan buatkan terus melalui account blog akak ye.hehehe...

Tuesday, July 13, 2010

The highest benevolent of act



Ya Allah, betapa tingginya akhlak Habib Umar Bin Hafidz disaat belia dibenci oleh sesorang, beliau masih mencium tangan lelaki tersebut hingga menyebabkan lelaki itu menangis. Apakah kita mampu menjadi seperti beliau?..yang mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. dalam setiap perlakuannya. Teringat satu video yang saye tengok semalam tentang hal yang sama..saye quotekan satu ayat dari video tersebut :

"It easy to be kind to those who are doing good to us, but being kind to those who are doing bad to us are indeed the highest benevolent of action."

Betul, bila kita buat baik dengan orang yang buat baik dengan kita..sangat mudah..Tapi bagaimana pula dengan orang yang dah berlaku tidak baik pada kita?..Paling tidak, sama ada kita menyimpan dendam, kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam diri atau paling teruk kita membalas perbuatan tidak baik itu kepada orang tersebut...

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu dari menyimpan hasat dengki kemarahan dan dendam terhadap orang lain. Kekalkanlah sifat husnu zon dalam diriku. Kekalkanlah sifat2 fitrahku di dalam diriku. Sesungguhnya menyimpan perasaan yang tidak baik walaupun sangka buruk adalah sesuatu yang sangat membuatku rasa tidak selesa..Peliharalah hamba-Mu ini ya ALLAH..peliharalah Umat Islam seluruhnya ya ALLAH...

aminnn~~

Exam n Ramadhan

Exam lagi another 2 weeks. saye dan budak2 kelas tatau nak study apa.masalahnya buku manual yang kita pakai tu, adalah compilation of journal and papers. So, bukan semua yang dalam tu masuk dalam exam. dan nak tunggu tips from lecturer hujung minggu ni. Jadi kami semua yang dah siap assignment ni dah tatau nk baca apa.articles and books banyak dah baca.tp tak tahu mana yang masuk exam..nk concentrate mana pun tak tahu. Dah lah nanti exam dekat UKM bangi. 1jam dari rumah!!..sabar jelah.

Lupekan pasal exam sekejap dan kita fokus pada apa yang akan berlaku lepas exam..Its Ramadhan!!..dan selama 5tahun ni 1st time satu bulan ramadhan duduk di rumah. Takde aktiviti belajar. Masa kat uia dlu 3rd year & 4th year, duduk rumah tp ulang alik ke kelas. Kali ni cuti sebulan ramadhan dan raya.fuhh..layannn~~ Harapnya tahun ni dapat pergi iktikaf kat masjid. Dah bertahun2 tak pergi. Sebab tak ada teman. Nak pergi tidur masjid dengan kawan2 perempuan je tak berani nk drive.sebab tempat yang best utk iktikaf adalah dekat masjid shah alam atau masjid putrajaya atau masjid besi. Kebetulan hrtu abg saye ada cakap nak ajak kakak ipar g iktikaf. Terus je ckp nk ikut. Rindu nk beribadah dalam masjid..Boleh ajak umi pergi skali.Kalau pergi masa weekdays umi sah tak nak ikut sbb abah kerja. Takpe pergi masa weekend je pun best. ajak abah n bawak khaulah..

Masa weekdays yang cuti tu....Boleh la saye asah balik skill memasak saye..dalam setahun, sebulan bulan ramadhan je lah saye rajin masak. Sebabnya bulan2 lain ada pembantu yang masa. Dia datang half day je sampai tengahari siap2 masak skali utk malam terus. Jadi saye balik kelas tengahari tu tinggal makan je. Masa bulan ramadhan, maid saya kerja mcm biasa, cuma tak masak lah. Jadi masa berbuka saya dan umi yang masak. Masa bulan puasa ni la segala menu special keluarga kami keluar..Macam-macam menu dah saya fikir nak masak.lagipun saya berdua je dengan umi. Abah sejak kena buat kerja2 admin selain mengajar ni abah selalu busy dan balik lewat. Jadi weekdays kami berbuka berdua je. Tapi mcm tahun lepas, ada2 masa saya ajak bekas2 roommate hostel saya datang buka kat rumah. Mereka semua abah dan umi dah kenal. Jadi mereka datang berbuka..lepas tu mimpi2 makanan kat sini.hehehehe...jgn main2, khansa walaupun setahun sebulan je masak...tapi sekali masak...penangan sampai bawak ke mimpi..hehehe...

k lah, masa utk fikir nak study apa utk final exam ni..hantam sajalahhh~~~

Monday, July 12, 2010

Ibarat sebuah rumah

Tak tahu kenapa dah lewat2 mcm ni boleh tergerak nak blogging. Ada sesuatu yang terlintas difikran masa tgh siap2 nak tidur. sambil gosok gigi terfikir kalau2 diri ini boleh diibaratkan seperti sebuah rumah papan mcm rumah saya tu..

Satu situasi pasal rumah papan..
Rumah papan yang baru dibina akan kelihatan unik, kemas dan elok. dengan kayu2 yang digunakan sangat berkualiti. Namun bila hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..kecantikan rumah tu makin pudar walaupun kalau di lihat dari fikiran yang kreatif, ia akan menampakkan rumah tu lebih unik dan nostalgik. Tapi bagi penginap rumah tersebut, dia akan nampak kekurangan terhadap rumah tu. Contohnya, ada bahagian yang dah berlubang dimakan anai2..atau jika kayu tersebut kuat mcm kayu kat rumah saya..mungkin gabungan antara kayu2 tersebut dah mula regang mungkin akibat dr pergerakan tanah yang memegang tiang2 rumah ni. Tapi semua tu boleh dibaiki. Kalau lubang2 biasa, boleh pakai satu barang yang mcm plaster. Nama dia filler. Kalau antara kayu2 tersebut dah bergerak dan menjauh atr satu sama lain, boleh di tampal kayu lain sebelah dalamnya. Kalau bumbung yang melindungi bahagian dalam rumah yang bocor, mungkin akan makan masa sikit utk dibaiki terutamanya bila menyentuh tentang harga nak ganti bumbung tersebut kan..So, kalau nak baiki bumbung bocor, kene kumpul duit, cari orang yang bagus utk baiki bumbung tu dan buatkan dia jadi kukuh utk melindungi bahagian dalam rumah tu lebih lama...


apa kaitan dengan diri kita?

bayangkan kita sebuah rumah yang siap cantik dan complete(masa kita baru lahir)..bila dah makin besar dan expose pada mcm2 perkara diluar, segala didikan dan pegangan yang diberi oleh ibu bapa pasti akan goyah sedikit ( mcm rumah yang dah mula lubang sana sini).. Tapi bagi yang sedar dirinya terpesong sikit, dia akan segera betulkan diri dia dan baiki kesalahan dia (tampal lubang kat dinding rumah dengan plaster)..tapi, mungkin ada yang lambat sedar kesalah dia dan suatu hari terjadi satu perkara yang menyebabkan diri melakukan kesalahan besar. kemudian kita nak perbaiki diri kita bila kita sedar..Ia pasti memerlukan masa, tenaga, dan kesabaran. Kita yang nak berubah ni kena cari orang yang betul untuk bantu kita berubah.(sama mcm bumbung rumah yang perlukan kos yang tinggi nk dibaiki.perlu kumpul duit, dan cari orang yang baik utk baiki).

Dalam situasi rumah, kadang2 orang membebel dan merungut rumahnya buruk, tak cantik dan berlubang sana sini....Tapi kita perlu ingat..andai kata terputus bekalan elektrik di rumah..lubang-lubang itulah yang menyalurkan cahaya melaluinya utk kita jadikan panduan berjalan di setiap sudut rumah kita yang gelap tu...dan masa tu, bagi orang yang lupa diri, dia tidak akan nampak kebaikan pada lubang2 tersebut di masa dia kesusahan utk melihat..Tapi bagi orang yang cepat sedar, dia akan cuba memperbaiki elektrik yang rosak dalam rumah tu, dengan segenap cahaya yang disalurkan melalui lubang2 tersebut...

sama mcm kita, kadangkala bila kita dah tersasar jauhhh dari fitrah sebenar kita, kita rasa dunia kita gelap tak ada harapan dan terus berjalan mengikut arah yang salah dan tidak menghiraukan cahaya yang cuba membantu dikala kita dlam kegelapan..Sedangkan kalau kita cuba berjalan ke arah cahaya dalam rumah tersebut, kita mungkin akan menemui "alat-alat" yang mampu membantu kita keluar dari kegelapan tersebut..well, saye tak tahu orang faham ke tak dengan apa yang saya cuba sampaikan ni...cuma apa yang saya boleh simpulkan disini..

sebesar mana pun kesalaha dan kesilapan yang telah atau pernah kita lakukan, itu bukan pengakhiran dalam kehidupan kita. Allah s.w.t sentiasa membuka jalan utk kita kembali pada-NYA dengan apa cara sekali pun.. cuma kita, yang harus pilih, nak membutakan mata dan hati utk melihat cahaya, atau terus pergi kepada cahaya tersebut...

kebetulan masa cari ayat Quran pasal taubat, terjumpa blog ni..ada ayat quran and some part of explanations.. :))

And others have confessed their faults, they have mingled a good deed and an evil one; perhaps Allah will turn to them (mercifully); surely Allah is Forgiving, Merciful." (Qur'an 9:102)


This verse indicates that, by contrast, there are those who mix good and bad - but that which is evil in their actions emerges from a temporary succumbing to their lower nature rather than a wholesale immersion in it. When clarity returns to them, they see this temporary slipping as a fault and stuggle to correct it wheras the hypocrite's egos will not allow such a correction and in fact will drive them to further hostility.

Retrieved from : http://www.islamfrominside.com/Pages/Tafsir/Tafsir(9_102_to_106).html

fikir-fikirkan dan selamat beramal~~

Wednesday, July 7, 2010

Germany kalahhhh!!!

Aduhai...sudahlah Brazil pilihanku tahun ni kalah, siap masuk gol sendiri. Germany juga kalah. 1st tym bersengkang mata tgk match world cup pagi td.hehe. Germany Vs Spain.walaupun tatau sangat bola, tapi bila tgk2 dasat gak Spain nye defense. Tgk Germany mcm struggle gile nk sampai gol. Apa-apa pun permainan mereka sangat baik. tak ada Kad kuning langsung dikenakan kan terhadap kedua2 team. Macam manalahh nanti spain lawan Netherlands. Ingat nk support spain, tapi dah terjebak ke Netherlands.Muahahaha..saya pemakai jersey ke 18. Saya pilih nombor tu sebab pemain no 18 adalah penjaring pertama game yg melayakkan mereka ke final. Apa tah nama dia tak ingat.Panjang kemain..

Nasib baikla match final nnt sehari lepas due date assignment. Leh layan tengok dan lepas tu leh fokus utk final exam plak. Kemudian ada lah rencana skt nak ke Singapore sementara sebelum puasa ni. Nak jalan kat universal studio lah. Tgh fikir nak ajak sapa pergi.Jeles nengok orang lain pergi. Nak tau gak apa yang best kat situ. Salu g spore masa nak dekat krismas, cuma tgk hiasan2 di orchid rd s'pore je..Hopefully ada somethig yang best kalau pergi sana.. Harap dapat bawak adik saya sebab dia dah ada passport, dan first tym dia pergi pun sekejap je.. Dapat pergi 3-4 hari jadilah. Hujung tahun pergi lagi sana sbb ada wedding sedara..hehe...uih planning baik punye..
study nye plan tunggang langgang.hehehe..


Kagum plak hrni bangun awal,ingat nak siapkan assignmen tp badan letih. Nk tidur kejap then sambung balik.Kelas petang karang.Sebab tu bantai tengok bola smlm.hehehe...

K lah, nak tidorrszzzzZZzzz

wsalam

Tuesday, July 6, 2010

Blackout & Dentist

Malam semalam blackout.Rasanya pasal kabel rosak kot.Sbb dia tak terus blackout mcm tu je.Lampu kelip2 dlu then slow2 blackout.jiran2 ada la dalam 3-4 rumah takde letrik.yg tak tahan tu jiran rumah ke-4 sebelah kanan ada plak lampu..hahaha, panas hati je tengok rumah dia terang benderang disebalik kepanasan yang kami rasa tanpa kipas.hehehe..takpe sabar je..Sekali sekala rasa hidup mcm orang susah. Setiap kali blackout kan, mesti cepat rasa ngantuk..or tidur awal. Umi cakap, orang dulu2 tak ada lampu mcm tu lah suasananya.sunyi sambil ditemani bunyi2 cengkerik dan serangga2. Sebab tu lah mereka tidur awal dan bangun awal. Macam zaman sekarang ni, serba canggih, apa saja boleh dicapai dengan satu sentuhan.cewah...sebab tu lah masa tidur makin kurang dari orang zaman dlu..

hurm, ape2 pun smlm sampai pukul 3 pagi baru letrik ada. Alhamdulillah rumah tak panas malam2.rumah papan lah katakan.cengkerik dan serangga ibarat mengerti ketiadaan lampu dirumah saya. Jadi mereka pun turut senyap. Bukan nk teman tidur!! :P Yang bestnya masa tak ada lampu adalah "candle light dinner" & "candle light study". hehehe..

Harini plak mcm biasa kelas, then petang ada appointment dengan dentist,tukar warna lagi..MERAH.harini doctor yang pilih kaler sbb tgh blur kaler ape yg tak pakai lagi.hehehe...paper pun meh sy share gambar masa malam takde lampu.hehe




Sunday, July 4, 2010

Assignment

Khansa!!..sila bertabah siapkan assignment..sikit je lagi..jangan malasss!!!!...

zzzzZZzzzzz..krooOOOoohh...KroooOOOhhhh....~~

Friday, July 2, 2010

Tenang..

To someone that i can call as a sister, thank you for ur concern and care that you have given to me. Bila saya baca this verse, it makes me feel great and calm..

"Then when you have take the decision, put your trust in Allah, certainly Allah loves to those who put their trust in him"(Al-Imran)

kadang2 kita terlupa meletakkan pengharapan pada ALLAH..sedangkan ALLAh itu ada sentiasa utk kita...Allah tuhan yang menciptakan kita, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH..Dia lah yang memberi ujian dan dugaan terhadap hamba-Nya untuk menguji sejauh mana pengharapan hamba terhadap-Nya..

sebagai contoh..seorang guru..bila dia mengajar, dia akan mengharapkan feedback dari pelajarnya, mengharapkan pelajar datang dan bertanya sekiranya ada sebarag permasalahan..dan sampai satu masa, dia akan memberi ujian kepada semua pelajarnya utk menguji sejauh mana mereka faham dengan apa yang di ajar..Bagi murid yang komited, pastinya dia pergi kepada guru nya dan meminta bantuan bagaimana nak menghadapi ujian..dan waktu ujian dan sesi menanda kertas ujian tiba, guru tersebut pastinya akan mencari kertas ujian muridnya yang sentiasa datang kepadanya dan menanda dengan senang hati...

Begitu juga hubungan kita dengan ALLAH...Allah akan memberi ujian kepada hamba-nya dan melihat mana satu hamba-Nya yang akan datang dan mengadu pada-NYA utk menghadapi ujian yang diberikan..bagi yang selalu mengadu pada-NYA, Pasti Allah akan berikan hint utk mereka bagaimana menghadapi ujian-NYA.. :)

Bertabahlah!!~~

Monday, June 28, 2010

!!!!!!!!!!!!

Seriously tired..Jauh gak le jalan dr inceif ke bank negara.Dengan botol air gedabak yang masih ada air dalamnye.waduh, dari kenyang udah jadi laparr dong!!...sampai2 semput mcm baru lepas lari.haha.Kagum ah tgk bank negara,fuh..dasat..almaklumlah they can print money je nk maintain apa2 kat bangunan tu.hehe..BUT..bila tang library...teraburr!!..apa ade je kat libry tu..yg kitorg cari tak jumpa pongs..penat pusing2 tak jumpa.dengan buku2 dia tunggang langgang..foreigner yang datang lebih awak dr kitorg pn dah give up n balik.

Nanti nak cari resources kat libry UIA plak.ramai gak nk join..hehe..penat berjalan kaki n bawak beg berat plus kasut tumit..balik nk tidur tak dapat plak..hurm.mcm2 khansa ni..so skarang dah kemas2 n nk tidur.hopefully kelas Dr. Hassan tak ngantuk lah kan..hehehe

Btw, kelas Dr Magda harini.Mcm biasa..ternganga dengan perbincangan tentang re-distribution of wealth mainly on zakah harini..hahaha...bukan terbuka minda je..terbuka tempurung kepala ni sekali dengar..haiz..dasatlah Muslim country skarang ni..Astaghfirullah...

Saturday, June 26, 2010

Not a Girl.Not Yet a Women :)

Ape kejadian

hehe..Dah lama tak g kenduri..banyak kenduri kawan2 saya miss..harini kena pergi gak sebab jirannye anak kenduri kawin.Dah makan balik rehat sekejappp then pergi ngajar swimming..semua makcik2.hehe.Dahlah air kolam tu sejuk..saya yang tak ckup lemak ni pun menggigil sambil mengajar...

Thursday, June 24, 2010

Happy dalam tidak sihat :))

Alhamdulillah..walaupun tak tahu cerita detail, tapi nampak dia letak icon tersenyum2 di status fb dapat rasa major test yang dia hadapi harini dilalui dengan jayanya dan saya rasa dia lulus!!..Alhamdulillah, berkat usaha dia, doa dia dan keluarga serta rakan2 serta keizinan dari Allah..dia berjaya..lega hati..

Malam semalam, tidur awal, then bangun satu pertiga malam buat solat hajat utk jodoh...alang2 doakan sekali untuk ujian dia harini..Satu harini saye tenang je sbb rasa yakin dia boleh buat..Well, apa saje yang white ranger tak boleh buat kan..1st class honor holder plak tu...Biiznillah, Allah gave him everything that he wants in his life...Alhamdulillah...


Walaupun tak brapa sihat harini...penyakit biasa datang balik..lepas makan, muntah..harini teruk jugak la..kosong habis perut..since kelas petang, jadi tak sempat nk g klinik..esok kena pergi jugak..sebab dah selalu sangat jadi mcm ni..dari ramadhan yang lepas.sampai berat turun..cuma lately ni makin kerap..tu lah sampai masuk angin..nak kene check jugak2..semoga sihat dan dijauhkan dari apa2 penyakit berbahaya..aminn....



To awak,
Mabruk, Kudos and congratulations!! :)

Monday, June 21, 2010

Never say Never

hey hey hey, Khansa kembali dengan semangat baru. Im gonna end this semester very well.yes, i will and i will never say never!!..While typing this blog im actually resting.Agak baru pulang dari kuliyyah, terus bukak lappie n listen to all the songs that can motivate me to get through this day and of course lagu baru justin bieber ft jaden salah satu nya.Tak tahu kenapa saya suka sangat lagu tu. Ia buatkan saya rasa mcm semangat, siap nyanyi2 and goyang2 kepala, rap2.hehe. Yeah, its not good if kita terlalu leka mendengar lagu. Tetapi kalau lagu tu boleh naikkan semangat, tak salah.

Hurm sebelum tulis blog ni saya ada gak scanning balik apa saya tulis sebelum ni.Just lalu2 je kat blog post tu. haha apa saje lah yang aku merepek.jiwang habis. Alah, nobody read my blog pun and for sure im not gonna promote my blog to public. Just with people close to me except umi n abah. Malu seyh jiwang2 then umi abah baca. Sah geleng kepala mereka.hehehe..Anyway, semua benda kat blog ni sekarang luahan benda2 yang nak dicerita aje.Kadang2 tak ada orang nk jadi pendengar cerita-cerita merepekku macam masa kat kolej dlu.Jadi letaklah kat sini walaupun tak ada orang baca but its fun!..sebab something yang kita tulis ada kat internet.hahaha..

Beberapa hari ni saya tak berapa sihat, Selesema dan bersin2 sampai buat bising kat kelas(ceh exaggerate ayat kemain) ..takdela bising sangat but it disturbs me.Selesema buat kita cepat mengantuk.Penatle menahan mata. Kunyah gula-gula, minum air masak, makan coklat.minum air coklat. Masih gak kepala melayang. Habis je kelas terus balik. nak rest jap ni, solat, makan, tidur jap n bangun buat assignment.Sikit je lagi utk subjek Islamic economic tu. Then nk sambung Shariah Aspects.Aduh, 20 pages alone!!..masa kat uia, 20-25 pages satu group buat..itupun 5/6 orang..satu orang 4 pages..tu pun nk buat berminggu2.err..cerita mcm susah sangat subjek tu.padahal malas dia yang lebih.hehehe..



ok lah.tu je utk harini.Lapar la pulokkk..


wassalam~

Saturday, June 19, 2010

Redha

Redha...Redha...Redha....Ikhlaskan, Maafkan, Senyum, Berserah....Hidup akan tenang~~

Friday, June 18, 2010

HAKUNA MATATA

This song really brighten up my day.. (^_^)


Thursday, June 17, 2010

Today

Blur, mengantuk, Penat, Rasa nk demam, dan..................


R.I.N.D.U

Wednesday, June 16, 2010

Jantungku berhenti

Amacam terkejut?..tak adalah berhenti betul2..Jantungku berhenti untuk menge'pam' darah ku ke seluruh tubuh dengan gembira..Setiap saat,pergerakan dalam tubuhku adalah diiringi zikir kepada Allah.Tapi aku?..ruhku?..mana zikirnya?..mana janji-ku untuk hidup mati kerana Allah? dalam setiap solatku.

Sungguh perlakuan dan tindakanku tidak seperti kata-kata ku.Sungguh perlakuan dan tindakanku semuanya akibat kelalaian terhadap-Mu. Apakah yg terjadi pd diriku ini ya ALLAH..kerana lalai, sedikit ilmu pun tidak dapat masuk ke dalam benak minda dan ingatanku. Kerana leka dengan dunia..ilmu yang ku baca hanya di mata. Langsung tidak ke hati dan minda. Mana ruh ku yang mencari-cari Mu?...jantungku semakin ku rasakan lemah.TUbuhku semakin tidak bermaya. Nafasku semakin sesak kerna lalai terhadapmu. Kerna leka dengan duniawi. Mana niatku untuk berjuang di jalan mu atas nama Kalamullah. berjuang mencari ilmu. Mana????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


We are given the freedom of choice but every choices that we've made will give us two impact. Happiness or Sorrow..Light or darkness..if we choose something that lead us to sorrow and darkness. Don't complain.Don't regret because it is YOUR OWN choice.then, once u realize ur mistakes..stop regretting, but find your way out if the darkness and sorrow..Dont just cry and blaming people.

Tuesday, June 15, 2010

Install husnuzzon...Eliminate su'uzzon...

apa itu husnuzzon dan su'uzzon?

husnuzzon= bersangka baik
su'uzzon=bersangka buruk

contoh sangka baik..lihat perbualan saya dan kawan di wall status saya :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KhaNsa' SnEezer Back to basics: Mari muhasabah diri sebelum 'muhasabah' orang lain.


Syafiq Izwan Ramlan: ulasan ustazah..

KhaNsa' SnEezer: eh ustaz kesayangan Dr.Magda comment ah.haha

Shakir Tahir: Tak semestinya jugak, apa yang baik even pelacur cakap sekali pun, kalau mendatangkan faedah. Bagus la utk kita. Kita terlampau duduk didalam bulatan sebegini, sikap kau tak solat nak cakap org ni harus dibuang jauh-jauh. Pengisian yg baik harus sentiasa dikongsi
·
KhaNsa' SnEezer: shakir, ko refer kat aku ke syafiq =P

Shakir Tahir: Dkat status??

KhaNsa' SnEezer: but tak faham apa related dengan status tu?
·
Shakir Tahir: Mcm blantant je

KhaNsa' SnEezer: betullah tu apa ko ckp...muhasabah diri termasuklah melalui teguran orang lain walaupun yg menegur tu pelacur..

Sebelum "muhasabah" orang lain tu aku maksudkan mcm apa ko ckp tu lah dah orang dah tegur kita benda baik..alih2 kita g sound dia balik "kau tu tak solat nk ckp orang".....aku salah faham comment ko (sikap kau tak solat nak cakap org ni harus dibuang jauh-jauh. ) sebab ko tak ada --> "......."<----- jadi aku salah faham ingat ko refer kat aku.blur la sekejap tadi" bila plak aku tak solat"....maaf le aku ni slow..huhu

Syafiq Izwan Ramlan: haiz...khansa'2

Shakir Tahir: Oo hehe maaf le ·

KhaNsa' SnEezer:haha... :P

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ok kalau orang yg tengok gini je memang tak nampak ada mana2 husnuzzon or suuzon kan..sbb semua berakhir dengan elok

mula2 masa shakir ckp the first comment..my mind automatically ckp " pehal dia ni ckp merepek.komen kat sini pun tak penah.status gini nk pulak komen.terasa ke pe"

Then, what i did was..asking him properly mcm kat atas tu kata dia refer to whom.dan bila dia ckp kat status.still tak faham apa dia nak.dan dia dengan su'uzzon nya ckp.."mcm blantant je"...

Tibe2 je sy naik marah..panjang sy type.Then sy delete. Saye type lain..Then tgh panas2 ni umi panggil solat sama..geram masa tu umi ajak solat sedangkan saya tgh hangin nk type status ni.but stop n pergi solat..Lepas solat, baca balik apa dia tulis, n saya jawab semula dengan elok seperti di atas..beritahu saya salah faham..masa tu masih dalam mood su'uzzon..saya fikir diamesti nk hentam balik nyer ah komen saye. TAPI, tengoklah dia pun mintak maaf sama.. :)

Nampak kesimpulannya?
Kalau tengah marah, or salah faham kita tend to say bukan2 atau bercakap ikut hati. jAdi masa tengah marah, baik diam or pergi jauh2 dr "api" yang bakar kita tu..kemudian datang semula bawak "air" utk padam api tu..Makan segalanya akan berakhir dengan baik :)

Thursday, June 10, 2010

Tragedi berulang

fuh, risau je tadi pengsan depan orang~

Hari ini kelas saye jam 2-5pm. Saye tak faham ah nape maid saya tak sediakan makanan utk saya hanya utk abah je dia buat.Akibatnya 2 hari saya tak breakfast dan kelaparan sebelum tengahari.Mcm hari rabu tu saya fahamlah sbb dia tak tahu saya ada rumah.itupun dia nampak saya selongkar dapur dia buat2 tak tahu je..Tapi, pagi tadi, saye bangun dan bual2 dengan abah kat meja,dan dia nampak saya.Sikit pun dia tak tanya saya nk makan ke apa ke mcm selalu.saya plak jenis malas nak suruh2.Dia lebih tua dari saya.Tak reti saya nk minta2 mcm tu.Jadi saya pun pergi lah mandi semua then nampak dia panaskan kuah laksa utk tengahari.Semalam jiran saya masakkan laksa utk kami bila tahu nenek sebelah umi nk datang.Jadi laksa yang masih beku tu dipanaskan.masa tu dalam kul 11 lebih.Saye memang dah tak boleh tunggu.Tak didih lagi kuah tu saya dah amik2 mee dan bahan2 lain dalam pinggan. Then maid saya ckp, "kak,kuahnya belum didih."..dengan kelaparan yang teramat saya ckp.. "takpe, saya dah lapar sangat ni" dengan niat supaya dia tahu dia dah lupakan saya.huk2.umi pun tekejut bila saya ckp maid tak masak breakfast utk saya.Dahlah kalau sapu lantai dia tak sapukan bilik saya.Bayar gaji mahal kot.Bukan saya tanak masak sendiri.Tapi bila dah masuk study saya malas nak masak mcm selalu.

ok ckup cerita pasal maid.Akibatnya saya makan tengahari sikit je sbb angin dah masuk.Masuk kelas ok je. Then dah nak hujung2 tu tangan dan menggigil.Sebab lepas kelas kul 5 tu ada taklimat dr Bank Negara, umi call tanya dekat mana sebab dia ingat nak amik saya kat Lrt alang2 dia kat luar.Jadi saya lupakan niat nk makan skt sebelum balik.Terus naik lrt.

Duh, penuh gila seyh.Tapi dah biasa mcm ni pun dari dlu masuk lrt yg penuh dengan manusia.So saya berdiri lah.Travel kan amik masa 30 minit.Berdiri lah sepanjang2 tu.Makin lama, saya makin pening.Cuba control, tapi lagi 2 stesen nak sampai, badan saya dah naik sejuk.Oksigen tak masuk kat kepala.Minum air pun tak menjadi.kaki menggigil.Dah berzikir2 dah sambil urut kepala.Dah tak leh tahan,masa lrt berhenti kat wangsa maju terus saya keluar, cari kerusi dan duduk. Dah agak ok, lrt lagi satu datang saya masuk n alhamdulillah dapat tempat duduk.Satu stesyen je then umi pun memang dah ada standby kat lrt taman melati.Sebelum naik kereta saya g beli milo dulu.Dah tak fkr boikot ke tak ke.Yang penting isi perut.

Sampai je rumah, bukak stokin n tudung, tidur dengan baju kurung maghrib2. Kul 8 terjaga dan makan.

Kejadian hampir pengsan kat dalam lrt pernah berlaku skali dlu masa dekat matriculation,PJ.Masa tu saya nk balik rumah dengan satu beg besar.Tak cukup bus metro penuh sesak dengan student nk balik kampung dan saya berdiri 30minit dalam bus. Dalam lrt pun saya berdiri.Masa tu system lrt tak ckup upgrade dan aircond dia tak rasa. Panas dengan haba2 manusia yang penuh.Berdiri lagi. Ingat lagi masa tu dah tak tahan sangat2 berdiri, saya terus duduk kat tengah2 orang ramai2 yang berdiri dan terus tunduk tanpa hiraukan orang tengok.Betul2 dah tak tahan. Saya tekan dahi saya dengan jari2 dengan kuat.Sampai je destinasi saya terus keluar dan ambil udara segar. Alhamdulillah tak pernah pengsan lagi setakat ni.

Pengajarannya, lepas ni saya taknak balik dalam kesesakan manusia dalam keadaan lapar atau penat.Baik saya lepak sorang2 kat kedai berjam2 daripada saya balik dan hampir pengsan. Nak pergi kat ofis abah pun jauh utk berjalan kaki.Takdelah jauh sangat.cume berliku2 lah bagi pejalan kaki yang comel mcm saya ni.haha..ape2 pun saya dah recover but still pening2 lalat.Kejap lagi nak goreng telur dan melantak dengan nasik. :P mandi pun tak lagi neh..adios amigos alta lavista sayonara bebeh!~

Wednesday, June 9, 2010

Homo economicus Vs Homo islamicus

hah apa benda tu?..benda ni lah tgh study skarang ni.actually it just a terms in Islamic economic which explains the role of a Man/khalifah as an economic agent. Homo economicus refer to secular economic agent in which they are separating the religion with their practices in life.how?they trying to get everything that they need by any means to maximize their satisfaction regardless if it's harming themselves, family or society. In compared to homo islamicus, an economic agent will not separate themselves with religion in striving their needs in this world. Meaning..........Whatever they do to attain their needs should be followed by the objective of gaining plessure of Allah and at the same time maximizing their satisfaction without going astray from the syariah.

setakat ni tu je lah kefahamanku bile baca berpuluh2 pages notes dalam satu article.Takdelah banyak ni je yang faham.cume banyak ni je yang mampu nk explain.faham tu faham,tapi nk sampaikan kepada orang banyak ni jela dlu.Bahasa yang digunakan oleh scholars sungguh tinggi sampai nk faham kene baca 2 3 kali.tu baru satu article.hehe.tomorrow akan sambung baca article lain pulak.kene faham betul2 before buat assignment..khansa boleh!!..yeahh~~

Tuesday, June 8, 2010

student card

hah lupa plak dah janji nk tunjuk student card saye.nah ni dia..muka cam terrorist pun ada~




Sakit~

Rasa nk demam..huhu..pagi2 ke kelas was a not a good day to start..sebelum naik lrt ok je.once dah naik, saya dapat sit betul2 bawah aircond.Lrt yg saye naik ni yang baru nye tu.yang lebih panjang..aduh,aircond dia tu sejuk..sampai tudung terbang2 nk gambarkan betapa kuatnya angin aircond.perubahan suhu dari panas ke sejuk yg teramat buat badan tekejut.baju kot yang ada pun tak mampu nk ilangkan sejuk.i wonder how one of the old chinese lady who wear a skirt and short sleeves 'kemeja' can stand in front of me tanpa nampak apa2 riak wajah dia yg menunjukkan kesejukan sedangkan boleh nampak baju dia tu terbang2..30 minit dalam lrt menggigil.turun2, cuaca luar agak warm.berjalan jauh dan mengeluarkan peluh buatkan badan rasa sedikit ok.sampai kat satu tempat nk kene lintas jalan..berduyun2 bas lalu + asap hitam.saya tutup mulut dan hidung dengan kot yang saya tanggalkan masa nk berjalan.Malangnyeeee...sebelum tutup dah tersedut asap busuk tu..

FYI, saya agak sensitif dengan apa-apa bau yang menjadi perosak paru-paru sebab saya ada semput..effects dari asma masa kecil.So bermula lintas jalan, sampai lah masuk kelas..saya dah alami kesukaran bernafas..kalau anda nk bayangkan..cuba tutup hidung dan ambil nafas guna mulut..tarik dalam2222222 sampai hujung..anda tak rasa apa-apa kan?..tapi macam tu lah cara saya bernafas setiap kali.kalau tarik nafas mcm biasa, boleh rasa mcm orang tengah tekup mulut kita dengan kain.Mcm da hujung nyawa. Jadi bersyukurlah anda semua sebab boleh bernafas dengan baik tak mcm saya.

Then masuk je kelas,suhu aircond agak sederhana tapi saya terpaksa pakai kot sebab kesukaran bernafas buat seluruh badan saya sejuk dan menggigil.habis 1 litre air yang saya bawak di minum dalam kelas utk memudahkan pernafasan saya.duduk pun tak tentu arah.kejap sandar kat kerusi, kejap kendurkan badan ke depan(kat meja).kejap senget ke kanan.kejap ke kiri.kejap goyang2 kaki. Tapi bagi seorang kawan saya, dia dah boleh tau yang saya semput bila dia tengok saya banyak kali menguap.Name dia Siti Khadijah.Kakak saya kat UIA selama 5 tahun. :) Masa awal2 dulu, dia selalu marah saya bila saya asik menguap masa dia tengah mengajar.ingat lagi masa tu dekat matriculation.kejap2 menguap..menguap bukan sebarang menguap..tarik napas baik punya..tensyen dia.ye lah mana suka kan orang mengajar, anak muridnye menguap terang2 macam bosan sangat dia mengajar. Tapi lama2 dia tahu sebenarnya saya semput teramat. hehe..tpi kita dah terpisah kerana cita-cita dan hala tuju yang berbeza..u'll always in my heart kakak..ur a so 'sweat'..hahahahaha...


Berbalik pd kisah tadi,Masa rehat pulak saya on facebook.Tiba-tiba ada inner force yang minta saya bukak fb.Rupanya ada orang tengah down. Bila dah tau dia tengah down di saat saye sedang semput..makin tak bernafas lah saye.wahaha..terus amik angin dekat luar..n relax + cool down...bila kelas mula alhamdulillah boleh fokus.Habis kelas je terus balik rumah, cari tuan punya badan yang tengah down ni..hehehe..apatah saye merepek kat dia.bajet mcm beri semangatlah.tatau lah dia makin bersemangat ke..tak rasa apa2 ke masa baca msg saya tu.kekeke..Biasalah,saye sendiri tahu saya suka membebel tak berenti.Kawan2 pun dah malas nk layan.Dan saya sendiri tau bila kawan saya malas nk layan, saya perlu berenti.wahahaha..dah biasa jadi tak terasa apa pun.. ;)

hurm, saya ada ckp pasal dai'e n etc dengan dia..he's strong enough to be a dai'e to someone else.Not like me, im still being a dai'e to myself.to improve my self yg masih lemah.betapa sukarnya nk ubah diri ni.bertahun2 juga ambil masa utk kuatkan dalaman.Untuk jadi seperti sekarang.Semua perlukan kekuatan dalaman. No more khansa yang bad temper, no more khansa yang cepat mengamuk dan rebellious, No more khansa yang tak dengar kata umi n abah, No more khansa yang sentiasa rasa diri sendiri betul dan boleh buat keputusan sendiri...Saya tau masih ada sedikit sebanyak sifat2 tu.Tapi dah berkurang alhamdulillah.Im a jovial person, who can motivate my ownself to be better..but still my inner self is weak..im a dai'e to my self and i must change myself to be a good example to my family and friends.Walaupun kawan2 cakap saya contoh yang baik buat kawan2.but i never think that way.im not good enough to be an example..work harder khansa!!!~~..dah2.penat merepek..


now 8.08pm but dah ngantuk...zzzzzZZzzzZZZzZzzzzzzzzzz................

Monday, June 7, 2010

Tiring Day~

Hari ni first day school @ INCEIF. Duration class 3 jam.So far ok lah sbb the basics dah pernah belajar masa kat UIA kan.so apa dia explain leh dapat direct understanding.Dapat assignment terus tuh.Malam ni nk start buat.Pms buat diri ni Xtra letih lagi2 dah lama tak jalan kaki jauh2 plus berdiri lama2 nk ke kelas.Lama-lama ok lah tu.cume biasalah.nak get used to something new kan mesti rasa penat sikit. Nanti dah buat research and study pasal chapter yg belajar tadi, boleh la saya explain sedikit sebanyak pasal Islamic economics and its importance in current situation..

Esowk kene pergi lebih awal.datang dah cukup awal pun still xdpt tempat depan2.dasyat lah budak2 foreigner ni.Alhamdulillah still boleh dengar lecture dan tengok slides sbb ada banyak screen kat lecture hall.Lagipun abah bagi dia punya touch & go.Jadi tak payah beratur nk beli tiket lrt.Boleh la fast & furious.Nak lebih fast & furious, nanti nak beli kasut crocs yang design macam kasut kulit tu tumit rendah sikit.Jadi leh berlari je pergi kelas.hahaha.Rindu pulak nk berlari naik tangga pergi kelas mcm dekat UIA. INCEIF ada lif.so tak dapat bersenam naik tangga.Bersenam jalan kaki je.

Kalau nak ingat balik masa kat uia dulu.Sebab kelas dekat je dengan rumah, relax je keluar rumah lambat.sampai uia je lagi 3 minit kelas nak mula.Turun kereta, jalan laju2, naik tangga langkau2 sampai tingkat 4.Tapi sebelum langkau2 tu tengok kiri kanan depan belakang dulu lah kalau takde orang.hahaha..then,sampai kelas hilang napas.Tapi itu yang saye suke sebenarnye.mula kelas terbukak je mata darah berjalan lancar terus ke otak.Tapi tak ada lah beza sangat dengan INCEIF.Sebab nk travel pergi kelas je 30 minit.berdiri dalam lrt,jalan kaki laju2 dan potong2 orang yg menjadi penghalang lalu lintas(jalan lambat lenggang kangkung).Almaklumlah saye seorang pejalan kaki yang pantas walaupun kaki pendek.

Ha cerita pasal LRT, ada satu yang best utk di kongsi. Actually ramai juga classmate yang dari UIA.but mostly lelaki.5 orang je perempuan dan mereka tak tinggal di gombak.Jadi bila pagi2, tak dirancang..sampai je stesen lrt taman melati(umi hantar), nampa dua member uia tengah beratur beli tiket.since tadi tak ada tiket lrt lagi so potong line ah suruh diorang belikan.hahaha.syiok.tu lah penting ada member tengah beratur. Then gerak sekali lah.Masuk dalam lrt, nampak dua lelaki foreigner pakai student card Inceif.so kawan2 ni tegur & berbual lah.Penuh seyh lrt tu.masuk stesyen berikutnya, makin ramai masuk, saye ditolak2 lebih jauh dari pintu.Kebetulan ada sit kosong, boleh pulak diorang tolak saye sampai terduduk kat kerusi tu(alasan je sebenarnye nk duduk =P).Jadi selesa sikitlah sebab berdiri ramai2 dengan diorang semua pun lelaki tak selesa.Nasib baik ada sit.

Kemudian, bila turun dari lrt, masa naik escalator, kami beramai lalu laluan yg laju iaitu sebelah kanan..then nampak jugak lagi 3 orang budak lelaki pakai tag inceif tgh jalan laju2 gak kat depan kitorg..so mereka pun bertegur sapa lalu saye terbiar sorang2.bagus lah malas nk bebual pun..sambil berjalan2, melepasi satu lorong..eh ada 2 perempuan indonesia tengah jalan laju2 gak sambil pegang buku islamic economic lah. Tapi mereka dah jauh di depan lah.Bajet nak kejar diorang siap potong brader2 yg jalan skali tadi..fuh tak terkejar, besar betul langkah..nampaknya esok saye kene pakai kasut sport supaye boleh marathon dengan 2 perempuan tu.nasib baik masuk lif sama2.so kami bersalaman..sorang nama silfa,dan sorang lagi nama saye lupe tp mula dari S juga.Rupanya mereka pun duduk kat gombak buat sementara waktu.jadi, boleh la kalau nak balik sama2 bila ada kelas malam.Oleh kerana, semalam naik lrt bajet timing utk nak ke kelas sahaja, jadi tak sempat lah nak makan..sebab sampai sedang elok je nak cari tempat, duduk, relax dan mula kelas.Esok kene keluar lebih awal supaya dapat sarapan kat kedai.(leh gemuk aku asik makan kat kedai)

Kelas berjalan dengan lancar..dan balik tu terus cari kedai paling dekat.Kedai mamakla ape lagi.Terus makan dengan kawan baru kenal semalam.Fresh Graduate from UPM.Intan.So, balik jalan kaki dengan dia pulak lepas tu tapi berpisan kat stesyen sbb dia naik star, saya naik lrt putra.Sorang2 lah saya mengantuk dalam lrt.sampai rumah relaks kan diri dengan fesbuk,print assignment dari e-university, kemudian mandi..fuh, mandi air panas adalah satu nikmat yang tak terkata.hilang semua sakit2 badan..terus tidur sampai mimpi merepek2 tak bangun2.saya tak suka mimpi yg saya lalui tadi.tak best langsung.Tu lah akibat tidur petang.Tapi bukan sengaja.letih teramat.Masa 1st week praktikal dekat bank dulu pun mcm ni jugak.balik rumah terus collapse.Tau-tau lah kerja kat bank macam mana kan.balik pun malam...Ni kat inceif ni alhamdulillah mula dengan 2 subjek masa summer sem.Kalau masuk masa long semester 6 subjek, dah tak tahu jadi apa dah.Takziah je lah ucapkan kat saya nanti.haha~

ok lah, masa membuat research.panjang puleee bebelan..yelah nk cerita kat siapa je pun.balik rumah cerita kat umi n abah je.Nak cerita dengan member pun semua busy.yang dah kawin, busy dengan suami.yang tak kawin, busy apa tatau.Nak share dengan tersayang..tak pernah sempat, saya faham dia busy dengan anak2, keluarga & kerja..Jadi saya ketepikan perasaan saya sikit yang mengada-ngada tak agak2 ni..Ada jodoh dengan dia, saya kan boleh cerita macam2 kat dia puas2 sampai tua.Tapi saye rindu dia... (T_T)

Sunday, June 6, 2010

mari kembali ke skola..

salam sume..hee hari ni agak pnat ah.registration utk further stdy pg tadi.dgr taklimat n mcm2 lg.yg wat pnat sikit tu sbb naik lrt berdiri sepanjang masa.bukan xbiase.tp dah lama xnaik lrt.dgn kasut bertumit pulak tu.dari lrt nak ke kuliyah kene jalan lagi jauh.hem,xapalah,pahala setiap langkah tu sbb nk tuntut ilmu kan.byk gk cabaran yang kene lalui utk dapatkan CIFP ni.haih. Bertabahlah khansa oi..lately ni rasa sunyi je bila ada org 2 busy.xdpt nk happy sgt.alhmdulillah dah mula kelas ni boleh la hilangkan sunyi dan sabar merindu.adakah dia merasa yang same?...huks~ btw,kalau perasan,language n cara post saya kali ni mcm lain skt. Sebabnya saya guna mobile web kt hp ni.jd xbelajar lagi function2 yg best...harap2 post kali ni dapatlah melegakan sedikit perasaan gundah gulana dihati.nanti sempat saya scan student card saya.cun seyh!bangga je nak gantung kat leher dari lrt melati smpai masjid jamek.wahahahaha-xcukup berjakun kat libry ptg td.kt rumah pun nak jakun.hehe.oklah.nak study skt 4 tomoro.till then~ ;)

Wednesday, June 2, 2010

Sedang cube update blog ni dengan gadget2 yg best.Tapi stakat ni takde yg best.Dah pasang MP3 lagu best2 pun rupenye kene beli..lagu yang ada semua suku je dia pasang.hampeh.browsing through google right now....

oh ckp pasal lagu..someone gave me this meaningful song.Saye sangat terharu sebab lagu ni betul2 diberikan pd saye kerane sesuatu yg dia rasakan dalam hati..Saye sangat hargai apa yang dia buat..

Tuesday, June 1, 2010

Mati Syahid Atau Hidup Mulia

Allahuakbar..hampir mengalir air mataku bila terbaca status salah seorang sahabat yang pernah sama2 seangkatan usrah denganku semasa tahun kedua dulu.Entah kenapa gelojak hati ini membuatkan ku meninggalkan kumpulan usrah hanya kerana isu-isu yang naqibah tampilkan tidak menarik perhatianku utk meneruskannya.Sehingga hari ini, aku masih tersentuh kerana sikap istiqamah sahabatku serta suaminya meneruskan matlamat mereka dalam menegakkan Islam serta membantu umat2 islam di bumi palestin.TIdak pernah tidak, mereka pasti akan berada di setiap perarakan dan aktiviti2 yang membantah kekejaman Israel terhadap bumi palestin.Selemah2 iman membantu mereka adalah doa,tapi dalam usia sebegini, iaitu 23 tahun.semangat sebegitu adalah sangat dikagumi.Lemahkah aku untuk berdiam diri dan hanya membenci di dalam hati?.

Pernah satu ketika dahulu aku menyuarakan pendapat pada abah ku untuk menyertai mana2 misi bantuan kenegara2 luar,sekurang2nya ke kemboja.Tetapi kerana faktor umur dan sikap ku yang masih degil utk diberi kepercayaan supaya berdikari, aku tidak dibenarkan pergi mengikuti rombongan tersebut.Pernah juga terlintas difikiranku untuk menyumbangkan tenaga ke misi keamanan yg sering dilakukan.Tetapi aku tahu aku pasti tidak akan mendapat kebenaran untuk melakukan sedemikian.Aku mengerti betapa dalamnya kasih sayang abah utk merelakan kehilanganku pada usia yg sebegini.Biarlah aku berkorban berbakti terhadap kedua2 orang tuaku kerana itu juga adalah satu jihad dan pstinya aku akan dikira mati syahid jika kematianku kerana sedang berbakti kepada orang tuaku.

Namun jauh di sudut hati, aku ingin menjadi seperti Al-Khansa a.k.a Tumaadar bint Amr bin al-Harith bin al-Sharid bin Rabah bin Yaqzah bin Usayya bin Khaffaf bin Imr-il-qais bin Behta.Tidak cukup anaknya syahid di medan perang, beliau menawarkan dirinya untuk berjihad bersama2 Rasulullah. Walaupun tidak dibenarkan berperang, beliau masih juga berjihad dengan memberi bantuan perubatan kepada mujahid2 yang cedera.Allahuakbar, bilakah aku akan menjadi sekuat itu?Imanku sendiri masih belum utuh untuk mendapat keperibadian seperti Al-khansa.Lemanya aku Ya ALLAH.......


Biarlah aku disini melakukan selemah2 iman dengan berdoa dan memohon supaya Allah melindungi mereka2 yang berhati mulia, berjiwa perkasa yang sedang menghadapi kesukaran berhadapan dengan Yahudi Laknatullah.Kemenangan Islam itu pasti.Tidak mungkin tidak kerana Allah itu Maha Benar dan Maha berkuasa.Dialah yang mengetahui apa yang terjadi sebelum, semasa dan akan datang.Kesakitan dan penderitaan yang dialami umat Islam Palestine selama berdekad2 akan terbayar..Darah para syahid dan syuhada yang dibunuh kejam tentera laknatullah sudah terbayar dengan syurga.Ya Allah..syurgakah tempatku?atau neraka?Air mata ku mengalir lagi mengenangkan dosa2 yg banyak.

Biarpun Rakyat Palestin menderita, namun kematian mereka dijanjikan Jannah.Tapi aku?..aku disini selesa, makan yang cukup, rehat yg cukup, mendapat apa yg aku mahukan..tapi ganjaranku di akhirat tidak pernah pasti.Semakin bertambah usiaku,semakin tidak pasti nasibku di akhirat.

Ya ALLAH,kuatkanlah imanku.tetapkanlah hatiku dengan setiap janjiku dalam setiap solatku.Sesungguhnya hidup,dan matiku hanyalah untuk-MU.tetapkan lah hatiku dengan janji ku tersebut Ya ALLAH.Janganlah Engkau palingkan aku dari-MU.Janganlah engkau putuskan hidayah-Mu dariku.Jangalah Engkau membiarkan aku dibelenggu dosa2 Ya Allah.Jauhkan lah aku dari fitnah Dajjal.Benarkanlah aku hidup dengan mulia dan hadiakanlah aku syahidmu ya ALLAH..Engkau lah yang Maha Menentukan& Maha Mengetahui..


La ilaha Illallah Muhammadan Rasulullah...Semoga setiap kali aku memperbaharui syahadahku di hadapan-Mu..aku tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu.Terima Kasih Ya ALLAH kerana telah melembutkan hatiku yang selama ini sekeras batu..Biarlah air mata ini mudah mengalir dalam apa jua keadaan....kerana itu tandanya aku masih lagi mempunyai hati.....

Sunday, May 30, 2010

Mr. Ted yg fun

Sambungan semalam..

hari ni aktiviti banyak dalam air.haih fenat habis.Pagi2 sampai kitorg paling awal(saye,umi n ina). So bajet nk makan la kat tempat kitorg lunch kat golf tu kan.ada restoran murah sket.skali tak bukak lagi.punah harapan.

Tp harapan tu kembali mekar bile nampak satu restoran berhawa dingin masa nk naik tangga ke tempat kursus.terus je g duduk situ.Datangla satu waiter bawak menunya.Tanpe segan dan fikir panjang terus amik dan ckp.."nk order apa?............gulp!!!"..hujung2 tertelan air liur tgk harga makanan(pura2 lupe plak kan tgh duduk kat golf club..haha).Pernah tak makan sekeping roti canai yang saiz nye lebih kecik dr yg kat mapley nyeroti canai + teh tarik dengan harga mencecah RM 11.10??masa bayar tu tiba2 rasa mcm saye anak dato'."saye banyak duit dan saye leh bayar roti ni berape pun hargenye".hahaha..tak de lah merepek je.Nasib baik la rasa kuah kari n dalca dia sangat2 sedap.roti dia pun bagus.teh dia pun sedap rasa nk pengsan.Jadi, boleh lah dengan harga dia tu.nk bayar sewa tempat tu lagi.bayar bil air, bil letrik.ingat senang ke.

Lepas makan, terus mula kelas dan Mr. Ted ajar lebih detail sikit tentang teaching plan.apa yg kita plan nk ajar bila ada satu group student.So basically ok lah but ngantuk.Lepas lunch, solat, mula kelas dalam air.woh2..syiok.terbukak je mata.Mr Ted ajar cara nk ajar budak2.jadi kami ni mcm budak2.dia tunjuk la cara.then dia bahagi group of 3 people.setiap sorang kene cuba jadi teacher.jadi banyak lah belajar harini.Mr Ted impress dengan saye sbb ada certain thing that not many people do that i did just now.Dia beri pujian sebab i can do all stroke properly,smoothly, and cantik.Alhamdulillah.With this muslimah suit yang gedabak(bukan saye punye) + tudung hitam saye pakai tadi tu.masih mampu buat semua dengan baik.walaupun berat.mengah2 pakai baju tu.hehe..

So tu jelah harini.dan tu jela kursus kami.Kami akan buat test nanti.ingat kan test susah ke apa ke.Open book rupanya.online lagi.so boleh buat soalan tu kat rumah..dan save n sambung lagi kemudian hari.Kalau dapat buat cepat, cepatlah dapat sijil instructor.InshaALLAh akan ada orang2 yg share gambar dengan saye.tp buat masa ni, ni je lah gambar yg leh share..3 gambar je.hehe

Saturday, May 29, 2010

Mr Ted yang kelakar

Baru balik dari makan dengan family kat seafood tomyam area2 rumah ni.sebelum tu saye & umi pergi kursus utk dapatkan certificate jadi professional intructor.Wow agak impress gak la dengan kad yang dia akan beri pada kitorg nanti once dah habis kursus ni.It looks like a business card.Tapi keras n water resistance.Plus, ada tulis kami austswim intructor which qualified us tp train people anywhere in the world especiallu australia.Alhamdulillah.Mungkin Allah nk beri semua nk pade saye.sbb tu lah baru2 ni kelas ramai student.Allah nk beri rezeki lebih spy saye mampu bayar fees utk course tu.Mahal woo..nk menangis keluarkan duit.tp tak apa.knowledge that must be earn by everyone.Nabi Muhammad s.a.w pun suruh kita mahir dalam 3 jenis sukan.memanah, berkuda, dan berenang.

Yang saye sangat banggekan.Dalam semua2 yg amik course tu.3 orang je Muslim.Dan 3-3 perempuan.Saye, Umi, dan kak Lina.Masa baru nk start tu.ada satu lelaki india toleh, dan tiba2 tegur tanya.."All of u are instructors??"..so kami jawab ya la kan..then dia dengan muka kagum dan senyum..cakap.."wow,good2.very rare to see..u know..Malay women, being instructors"...FYI, Malay women instructors yg dia maksudkan..instructor perempuan melayu + bertudung litup dan tutup aurat..Amacam, bangga tak bangga sbb dapat buat non-muslim kagum dengan perempuan muslimah.Bukan apa, yg pandai berenang memang ramai.tapi yng nk go further and ambil higher certificate utk benda2 mcm ni susah nk jmpa.apa lagi nk mengajar.Saye dengan umi pun kalau kat uia mengajar weekend dah tak ckup tangan.smpai satu tahap letih yg teramat.Tapi alhamdulillah dah ada instructor tambahan lagi 2 orang.jadi saye dah beri mereka satu kumpulan.Rezeki mereka lah.saye nk rehat sementara..sementara kee..mcm dah 3 minggu je tak berenang.hehe..

woh saye dah lari jauh dr topik.berbalik kepade cerita Mr.Ted.lepas ditegur oleh Mr.apa tah yg indian tu.Mr Ted pun memulakan kursus dia..Bermula dari perkataan pertama dia ckp..hati saye terus berkata2..."humang aiiihhh...ape dia ckp ni..pekatnyaa ascent dia.."....satu benda pun tak faham..sebab Mr Ted orang Australia. dan ascent dia sangat pekat.Ala mcm bahasa melayu lah.melayu KL sedap je dengar leh faham.Kalau kelantan?leh ke semua faham.haha..tapi tu masa mula2 la.lama2 tu cuba jadi peka yg teramat.makin lama makin faham.tapi lepas lunch..fokus sudah mula beralih kepade mengantuk..jadi ape Mr Ted ckp tak brape faham.Tapi nampak la ada beberapa kali dia mcm excited cerita pengalaman dia sambil buat lawak..i know its funny but i dont get it.ngantuk.so sebab usaha dia bercerita dengan penuh semangat kesukanan..saye gelak je lah wlupun tak faham.tindakan sebegini dinamakan, menjaga hati guru.orang lain hanye tengok dan buat muka blur.baik kan saye?..hahaha

ok.Setelah beberape lame.Mr Ted suruh kitorg tukar2 tempat.duduk dengan orang lain2 plak.Semua orang baik2.Sangat beruntung saye ambil course pd haritu.dan yang pasti.saye rase saye plg mude.rasenye lah.Tapi...STILLLLL...ada orang tanyyyyyyyaaaa.."do u have children??"...fuh, bukan tanya dah kawin ke belum.terus tanya ada anak ke tak.keh33.

Apa2 pun.saye dan umi dan prove pada semua orang masa kursus dalam air petag2 tu.perempuan2 semua pakai bikinis and tight.khansa n umi pakai baju muslimah.semua tgk mcm pelik je.MEmang lah pelik sbb nya baju swimming muslimah tak praktikal utk competition or swimming sbb water resistance tinggi.Lagi2 Mr Ted ada ckp masa dalam kelas sebelum tu.Baju yg dipakai akan effect pergerakan dalam renang.TAPI...masa disuruh buat ikut arahan, saye leh buat semuanya.Malah Mr.Ted beri pujian kata "i dont have any problem with ur stroke at all.You have done great"..dengan ascent dia tu. Yang lain suddenly buat muka tercabar.hahaha..yeah, alhamdulillah.Muslimah wins. ;)

apa yg nk conclude kat sini ada lah...don't be shame of who we are..jangan malu nk tunjukkan kita ISLAM..biarlah orang nk gelakkan pakaian kita.berenang baju besor.tapi kita leh buat sama even lebih dari mereka.Jadilah contoh pd diri sendiri..dan pada semua orang..tunjukkan diri kita adalah ISLAM...amalkan ajaran ISLAM...Luar dan dalam.Biar agama lain tengok, apa yang Al-Quran ckp tentang Islam...ada dalam diri setiap Muslim.tu la huraiannya.Esok ada lagi kursus.sambungan.esok akan lebih banyak dalam air.jadi tak lah mengantuk sangat.Im happy anyway..


that's it for today..to be bersambung...

Friday, May 28, 2010

Nothing feels right lately.

Tak sedap hati.semua rasa ada.apa saje yg saye buat rasa tak betul.cuma yg bagusnya saye sentiasa mampu buatkan keluarga saye ketawa.Terutama harini.tapi hati saye tak tenteram.Rasa demotivate.rasa rendah diri dan mcm2 rasa lagi.Sesuatu yg saye susah nk luahkan pd sesiapa sebab saye selalu nasihat kan orang.beri motivasi dan semangat pd orang.Tapi sekarang saye rasa apa yg orang lain rasa.Saye perlukan motivasi,kekuatan dan keyakinan saye balik.Mana pergi semua tu??..Mana pergi ketawa saye yang paling ikhlas.Senyuman saye yg ikhlas.Mata saye yang bersinar2 tanda gembira?.Mane semua tu pergi..Please come back to me..

Saye harus paksa diri saye tidur.Esok kene keluar awal.Jadi driver lagi.Ikhlaskan diri untuk buat semua perkara kerana Allah khansa'!!

Why Heartbeat?


Salam all. Thanx sudi baca blog saye yg baru ni.Sebenarnye saye bukan baru pun berblog2 ni.Sebab dulu masa aktif dengan friendster,ada function untuk buat blog. So saye buat blog dan tanpa disedari rupanya ada followers.My own schoolmate.Sedar pun sebab mereka tanya kenapa tak update blog.They r eager to read my funny+merepek blog.hehe. Tiba-tiba rasa nk tulis semula blog.nape heh?

Ape2 pun kan.Mesti korang tertanya2 nape saye pilih HEARTBEAT jadi nama blog saye.Ha, mesti tatau kan...kan...kan.Sebabnye, masa nk buat blog ni.Hati saye berdegup kencang.Tatau ah kenape tapi setiap kali saye buat benda yang saye suka.saye jadi nervous.hehe.Jadi sebab masa tgh buat blog ni hati tgh dup dap dup dap..terus letak heartbeat.ape2 je lah kan. Nak kena tidur awal harini.Esok ada 2 hari kursus from 9am-6pm.

To my safety net,get well soon.

To be continued....