Tuesday, June 1, 2010

Mati Syahid Atau Hidup Mulia

Allahuakbar..hampir mengalir air mataku bila terbaca status salah seorang sahabat yang pernah sama2 seangkatan usrah denganku semasa tahun kedua dulu.Entah kenapa gelojak hati ini membuatkan ku meninggalkan kumpulan usrah hanya kerana isu-isu yang naqibah tampilkan tidak menarik perhatianku utk meneruskannya.Sehingga hari ini, aku masih tersentuh kerana sikap istiqamah sahabatku serta suaminya meneruskan matlamat mereka dalam menegakkan Islam serta membantu umat2 islam di bumi palestin.TIdak pernah tidak, mereka pasti akan berada di setiap perarakan dan aktiviti2 yang membantah kekejaman Israel terhadap bumi palestin.Selemah2 iman membantu mereka adalah doa,tapi dalam usia sebegini, iaitu 23 tahun.semangat sebegitu adalah sangat dikagumi.Lemahkah aku untuk berdiam diri dan hanya membenci di dalam hati?.

Pernah satu ketika dahulu aku menyuarakan pendapat pada abah ku untuk menyertai mana2 misi bantuan kenegara2 luar,sekurang2nya ke kemboja.Tetapi kerana faktor umur dan sikap ku yang masih degil utk diberi kepercayaan supaya berdikari, aku tidak dibenarkan pergi mengikuti rombongan tersebut.Pernah juga terlintas difikiranku untuk menyumbangkan tenaga ke misi keamanan yg sering dilakukan.Tetapi aku tahu aku pasti tidak akan mendapat kebenaran untuk melakukan sedemikian.Aku mengerti betapa dalamnya kasih sayang abah utk merelakan kehilanganku pada usia yg sebegini.Biarlah aku berkorban berbakti terhadap kedua2 orang tuaku kerana itu juga adalah satu jihad dan pstinya aku akan dikira mati syahid jika kematianku kerana sedang berbakti kepada orang tuaku.

Namun jauh di sudut hati, aku ingin menjadi seperti Al-Khansa a.k.a Tumaadar bint Amr bin al-Harith bin al-Sharid bin Rabah bin Yaqzah bin Usayya bin Khaffaf bin Imr-il-qais bin Behta.Tidak cukup anaknya syahid di medan perang, beliau menawarkan dirinya untuk berjihad bersama2 Rasulullah. Walaupun tidak dibenarkan berperang, beliau masih juga berjihad dengan memberi bantuan perubatan kepada mujahid2 yang cedera.Allahuakbar, bilakah aku akan menjadi sekuat itu?Imanku sendiri masih belum utuh untuk mendapat keperibadian seperti Al-khansa.Lemanya aku Ya ALLAH.......


Biarlah aku disini melakukan selemah2 iman dengan berdoa dan memohon supaya Allah melindungi mereka2 yang berhati mulia, berjiwa perkasa yang sedang menghadapi kesukaran berhadapan dengan Yahudi Laknatullah.Kemenangan Islam itu pasti.Tidak mungkin tidak kerana Allah itu Maha Benar dan Maha berkuasa.Dialah yang mengetahui apa yang terjadi sebelum, semasa dan akan datang.Kesakitan dan penderitaan yang dialami umat Islam Palestine selama berdekad2 akan terbayar..Darah para syahid dan syuhada yang dibunuh kejam tentera laknatullah sudah terbayar dengan syurga.Ya Allah..syurgakah tempatku?atau neraka?Air mata ku mengalir lagi mengenangkan dosa2 yg banyak.

Biarpun Rakyat Palestin menderita, namun kematian mereka dijanjikan Jannah.Tapi aku?..aku disini selesa, makan yang cukup, rehat yg cukup, mendapat apa yg aku mahukan..tapi ganjaranku di akhirat tidak pernah pasti.Semakin bertambah usiaku,semakin tidak pasti nasibku di akhirat.

Ya ALLAH,kuatkanlah imanku.tetapkanlah hatiku dengan setiap janjiku dalam setiap solatku.Sesungguhnya hidup,dan matiku hanyalah untuk-MU.tetapkan lah hatiku dengan janji ku tersebut Ya ALLAH.Janganlah Engkau palingkan aku dari-MU.Janganlah engkau putuskan hidayah-Mu dariku.Jangalah Engkau membiarkan aku dibelenggu dosa2 Ya Allah.Jauhkan lah aku dari fitnah Dajjal.Benarkanlah aku hidup dengan mulia dan hadiakanlah aku syahidmu ya ALLAH..Engkau lah yang Maha Menentukan& Maha Mengetahui..


La ilaha Illallah Muhammadan Rasulullah...Semoga setiap kali aku memperbaharui syahadahku di hadapan-Mu..aku tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu.Terima Kasih Ya ALLAH kerana telah melembutkan hatiku yang selama ini sekeras batu..Biarlah air mata ini mudah mengalir dalam apa jua keadaan....kerana itu tandanya aku masih lagi mempunyai hati.....

No comments:

Post a Comment