Wednesday, July 14, 2010

Buang Masa

Hari ini hari yang penuh dengan pembaziran masa. Satu hari mengadap Tv and update layout blog ni.Haih, apa nak jadi ni cik Khansa'!!!...Tomorrow should start something for studies.Lagi 2minggu je then cuti sebulan. Then sebulan tu suka hatilah nak buat apa pun..2minggu ni tolonglaa jangan buang masa. Bukan degree dah ni sayang..Master-level!!...Grow up gurl!!!~~

Tukar Template

Tadaaaa!!..lawa tak lawa blog saye kali ni??..hehe..tak kisahlah orang nk kata tak lawa ke apa ke.janji saye puas hati (cewah mcm usaha dia je semua ni)..sebenarnya kat internet ada template for blogger. Jadi, siapa yang nak blog cantik2 tp tak reti edit, dia dah siapkan package dia. Bagi yang baru2 nak berjinak dengan blog(anda tahu siapa anda..hehe), nanti saya ada masa saya buat tutorial mcm mana nk masukkan template ke dalam blog ni. Kalau saya malas buat tutorial, saya akan buatkan terus melalui account blog akak ye.hehehe...

Tuesday, July 13, 2010

The highest benevolent of act



Ya Allah, betapa tingginya akhlak Habib Umar Bin Hafidz disaat belia dibenci oleh sesorang, beliau masih mencium tangan lelaki tersebut hingga menyebabkan lelaki itu menangis. Apakah kita mampu menjadi seperti beliau?..yang mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. dalam setiap perlakuannya. Teringat satu video yang saye tengok semalam tentang hal yang sama..saye quotekan satu ayat dari video tersebut :

"It easy to be kind to those who are doing good to us, but being kind to those who are doing bad to us are indeed the highest benevolent of action."

Betul, bila kita buat baik dengan orang yang buat baik dengan kita..sangat mudah..Tapi bagaimana pula dengan orang yang dah berlaku tidak baik pada kita?..Paling tidak, sama ada kita menyimpan dendam, kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam diri atau paling teruk kita membalas perbuatan tidak baik itu kepada orang tersebut...

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu dari menyimpan hasat dengki kemarahan dan dendam terhadap orang lain. Kekalkanlah sifat husnu zon dalam diriku. Kekalkanlah sifat2 fitrahku di dalam diriku. Sesungguhnya menyimpan perasaan yang tidak baik walaupun sangka buruk adalah sesuatu yang sangat membuatku rasa tidak selesa..Peliharalah hamba-Mu ini ya ALLAH..peliharalah Umat Islam seluruhnya ya ALLAH...

aminnn~~

Exam n Ramadhan

Exam lagi another 2 weeks. saye dan budak2 kelas tatau nak study apa.masalahnya buku manual yang kita pakai tu, adalah compilation of journal and papers. So, bukan semua yang dalam tu masuk dalam exam. dan nak tunggu tips from lecturer hujung minggu ni. Jadi kami semua yang dah siap assignment ni dah tatau nk baca apa.articles and books banyak dah baca.tp tak tahu mana yang masuk exam..nk concentrate mana pun tak tahu. Dah lah nanti exam dekat UKM bangi. 1jam dari rumah!!..sabar jelah.

Lupekan pasal exam sekejap dan kita fokus pada apa yang akan berlaku lepas exam..Its Ramadhan!!..dan selama 5tahun ni 1st time satu bulan ramadhan duduk di rumah. Takde aktiviti belajar. Masa kat uia dlu 3rd year & 4th year, duduk rumah tp ulang alik ke kelas. Kali ni cuti sebulan ramadhan dan raya.fuhh..layannn~~ Harapnya tahun ni dapat pergi iktikaf kat masjid. Dah bertahun2 tak pergi. Sebab tak ada teman. Nak pergi tidur masjid dengan kawan2 perempuan je tak berani nk drive.sebab tempat yang best utk iktikaf adalah dekat masjid shah alam atau masjid putrajaya atau masjid besi. Kebetulan hrtu abg saye ada cakap nak ajak kakak ipar g iktikaf. Terus je ckp nk ikut. Rindu nk beribadah dalam masjid..Boleh ajak umi pergi skali.Kalau pergi masa weekdays umi sah tak nak ikut sbb abah kerja. Takpe pergi masa weekend je pun best. ajak abah n bawak khaulah..

Masa weekdays yang cuti tu....Boleh la saye asah balik skill memasak saye..dalam setahun, sebulan bulan ramadhan je lah saye rajin masak. Sebabnya bulan2 lain ada pembantu yang masa. Dia datang half day je sampai tengahari siap2 masak skali utk malam terus. Jadi saye balik kelas tengahari tu tinggal makan je. Masa bulan ramadhan, maid saya kerja mcm biasa, cuma tak masak lah. Jadi masa berbuka saya dan umi yang masak. Masa bulan puasa ni la segala menu special keluarga kami keluar..Macam-macam menu dah saya fikir nak masak.lagipun saya berdua je dengan umi. Abah sejak kena buat kerja2 admin selain mengajar ni abah selalu busy dan balik lewat. Jadi weekdays kami berbuka berdua je. Tapi mcm tahun lepas, ada2 masa saya ajak bekas2 roommate hostel saya datang buka kat rumah. Mereka semua abah dan umi dah kenal. Jadi mereka datang berbuka..lepas tu mimpi2 makanan kat sini.hehehehe...jgn main2, khansa walaupun setahun sebulan je masak...tapi sekali masak...penangan sampai bawak ke mimpi..hehehe...

k lah, masa utk fikir nak study apa utk final exam ni..hantam sajalahhh~~~

Monday, July 12, 2010

Ibarat sebuah rumah

Tak tahu kenapa dah lewat2 mcm ni boleh tergerak nak blogging. Ada sesuatu yang terlintas difikran masa tgh siap2 nak tidur. sambil gosok gigi terfikir kalau2 diri ini boleh diibaratkan seperti sebuah rumah papan mcm rumah saya tu..

Satu situasi pasal rumah papan..
Rumah papan yang baru dibina akan kelihatan unik, kemas dan elok. dengan kayu2 yang digunakan sangat berkualiti. Namun bila hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..kecantikan rumah tu makin pudar walaupun kalau di lihat dari fikiran yang kreatif, ia akan menampakkan rumah tu lebih unik dan nostalgik. Tapi bagi penginap rumah tersebut, dia akan nampak kekurangan terhadap rumah tu. Contohnya, ada bahagian yang dah berlubang dimakan anai2..atau jika kayu tersebut kuat mcm kayu kat rumah saya..mungkin gabungan antara kayu2 tersebut dah mula regang mungkin akibat dr pergerakan tanah yang memegang tiang2 rumah ni. Tapi semua tu boleh dibaiki. Kalau lubang2 biasa, boleh pakai satu barang yang mcm plaster. Nama dia filler. Kalau antara kayu2 tersebut dah bergerak dan menjauh atr satu sama lain, boleh di tampal kayu lain sebelah dalamnya. Kalau bumbung yang melindungi bahagian dalam rumah yang bocor, mungkin akan makan masa sikit utk dibaiki terutamanya bila menyentuh tentang harga nak ganti bumbung tersebut kan..So, kalau nak baiki bumbung bocor, kene kumpul duit, cari orang yang bagus utk baiki bumbung tu dan buatkan dia jadi kukuh utk melindungi bahagian dalam rumah tu lebih lama...


apa kaitan dengan diri kita?

bayangkan kita sebuah rumah yang siap cantik dan complete(masa kita baru lahir)..bila dah makin besar dan expose pada mcm2 perkara diluar, segala didikan dan pegangan yang diberi oleh ibu bapa pasti akan goyah sedikit ( mcm rumah yang dah mula lubang sana sini).. Tapi bagi yang sedar dirinya terpesong sikit, dia akan segera betulkan diri dia dan baiki kesalahan dia (tampal lubang kat dinding rumah dengan plaster)..tapi, mungkin ada yang lambat sedar kesalah dia dan suatu hari terjadi satu perkara yang menyebabkan diri melakukan kesalahan besar. kemudian kita nak perbaiki diri kita bila kita sedar..Ia pasti memerlukan masa, tenaga, dan kesabaran. Kita yang nak berubah ni kena cari orang yang betul untuk bantu kita berubah.(sama mcm bumbung rumah yang perlukan kos yang tinggi nk dibaiki.perlu kumpul duit, dan cari orang yang baik utk baiki).

Dalam situasi rumah, kadang2 orang membebel dan merungut rumahnya buruk, tak cantik dan berlubang sana sini....Tapi kita perlu ingat..andai kata terputus bekalan elektrik di rumah..lubang-lubang itulah yang menyalurkan cahaya melaluinya utk kita jadikan panduan berjalan di setiap sudut rumah kita yang gelap tu...dan masa tu, bagi orang yang lupa diri, dia tidak akan nampak kebaikan pada lubang2 tersebut di masa dia kesusahan utk melihat..Tapi bagi orang yang cepat sedar, dia akan cuba memperbaiki elektrik yang rosak dalam rumah tu, dengan segenap cahaya yang disalurkan melalui lubang2 tersebut...

sama mcm kita, kadangkala bila kita dah tersasar jauhhh dari fitrah sebenar kita, kita rasa dunia kita gelap tak ada harapan dan terus berjalan mengikut arah yang salah dan tidak menghiraukan cahaya yang cuba membantu dikala kita dlam kegelapan..Sedangkan kalau kita cuba berjalan ke arah cahaya dalam rumah tersebut, kita mungkin akan menemui "alat-alat" yang mampu membantu kita keluar dari kegelapan tersebut..well, saye tak tahu orang faham ke tak dengan apa yang saya cuba sampaikan ni...cuma apa yang saya boleh simpulkan disini..

sebesar mana pun kesalaha dan kesilapan yang telah atau pernah kita lakukan, itu bukan pengakhiran dalam kehidupan kita. Allah s.w.t sentiasa membuka jalan utk kita kembali pada-NYA dengan apa cara sekali pun.. cuma kita, yang harus pilih, nak membutakan mata dan hati utk melihat cahaya, atau terus pergi kepada cahaya tersebut...

kebetulan masa cari ayat Quran pasal taubat, terjumpa blog ni..ada ayat quran and some part of explanations.. :))

And others have confessed their faults, they have mingled a good deed and an evil one; perhaps Allah will turn to them (mercifully); surely Allah is Forgiving, Merciful." (Qur'an 9:102)


This verse indicates that, by contrast, there are those who mix good and bad - but that which is evil in their actions emerges from a temporary succumbing to their lower nature rather than a wholesale immersion in it. When clarity returns to them, they see this temporary slipping as a fault and stuggle to correct it wheras the hypocrite's egos will not allow such a correction and in fact will drive them to further hostility.

Retrieved from : http://www.islamfrominside.com/Pages/Tafsir/Tafsir(9_102_to_106).html

fikir-fikirkan dan selamat beramal~~