Thursday, June 10, 2010

Tragedi berulang

fuh, risau je tadi pengsan depan orang~

Hari ini kelas saye jam 2-5pm. Saye tak faham ah nape maid saya tak sediakan makanan utk saya hanya utk abah je dia buat.Akibatnya 2 hari saya tak breakfast dan kelaparan sebelum tengahari.Mcm hari rabu tu saya fahamlah sbb dia tak tahu saya ada rumah.itupun dia nampak saya selongkar dapur dia buat2 tak tahu je..Tapi, pagi tadi, saye bangun dan bual2 dengan abah kat meja,dan dia nampak saya.Sikit pun dia tak tanya saya nk makan ke apa ke mcm selalu.saya plak jenis malas nak suruh2.Dia lebih tua dari saya.Tak reti saya nk minta2 mcm tu.Jadi saya pun pergi lah mandi semua then nampak dia panaskan kuah laksa utk tengahari.Semalam jiran saya masakkan laksa utk kami bila tahu nenek sebelah umi nk datang.Jadi laksa yang masih beku tu dipanaskan.masa tu dalam kul 11 lebih.Saye memang dah tak boleh tunggu.Tak didih lagi kuah tu saya dah amik2 mee dan bahan2 lain dalam pinggan. Then maid saya ckp, "kak,kuahnya belum didih."..dengan kelaparan yang teramat saya ckp.. "takpe, saya dah lapar sangat ni" dengan niat supaya dia tahu dia dah lupakan saya.huk2.umi pun tekejut bila saya ckp maid tak masak breakfast utk saya.Dahlah kalau sapu lantai dia tak sapukan bilik saya.Bayar gaji mahal kot.Bukan saya tanak masak sendiri.Tapi bila dah masuk study saya malas nak masak mcm selalu.

ok ckup cerita pasal maid.Akibatnya saya makan tengahari sikit je sbb angin dah masuk.Masuk kelas ok je. Then dah nak hujung2 tu tangan dan menggigil.Sebab lepas kelas kul 5 tu ada taklimat dr Bank Negara, umi call tanya dekat mana sebab dia ingat nak amik saya kat Lrt alang2 dia kat luar.Jadi saya lupakan niat nk makan skt sebelum balik.Terus naik lrt.

Duh, penuh gila seyh.Tapi dah biasa mcm ni pun dari dlu masuk lrt yg penuh dengan manusia.So saya berdiri lah.Travel kan amik masa 30 minit.Berdiri lah sepanjang2 tu.Makin lama, saya makin pening.Cuba control, tapi lagi 2 stesen nak sampai, badan saya dah naik sejuk.Oksigen tak masuk kat kepala.Minum air pun tak menjadi.kaki menggigil.Dah berzikir2 dah sambil urut kepala.Dah tak leh tahan,masa lrt berhenti kat wangsa maju terus saya keluar, cari kerusi dan duduk. Dah agak ok, lrt lagi satu datang saya masuk n alhamdulillah dapat tempat duduk.Satu stesyen je then umi pun memang dah ada standby kat lrt taman melati.Sebelum naik kereta saya g beli milo dulu.Dah tak fkr boikot ke tak ke.Yang penting isi perut.

Sampai je rumah, bukak stokin n tudung, tidur dengan baju kurung maghrib2. Kul 8 terjaga dan makan.

Kejadian hampir pengsan kat dalam lrt pernah berlaku skali dlu masa dekat matriculation,PJ.Masa tu saya nk balik rumah dengan satu beg besar.Tak cukup bus metro penuh sesak dengan student nk balik kampung dan saya berdiri 30minit dalam bus. Dalam lrt pun saya berdiri.Masa tu system lrt tak ckup upgrade dan aircond dia tak rasa. Panas dengan haba2 manusia yang penuh.Berdiri lagi. Ingat lagi masa tu dah tak tahan sangat2 berdiri, saya terus duduk kat tengah2 orang ramai2 yang berdiri dan terus tunduk tanpa hiraukan orang tengok.Betul2 dah tak tahan. Saya tekan dahi saya dengan jari2 dengan kuat.Sampai je destinasi saya terus keluar dan ambil udara segar. Alhamdulillah tak pernah pengsan lagi setakat ni.

Pengajarannya, lepas ni saya taknak balik dalam kesesakan manusia dalam keadaan lapar atau penat.Baik saya lepak sorang2 kat kedai berjam2 daripada saya balik dan hampir pengsan. Nak pergi kat ofis abah pun jauh utk berjalan kaki.Takdelah jauh sangat.cume berliku2 lah bagi pejalan kaki yang comel mcm saya ni.haha..ape2 pun saya dah recover but still pening2 lalat.Kejap lagi nak goreng telur dan melantak dengan nasik. :P mandi pun tak lagi neh..adios amigos alta lavista sayonara bebeh!~

Wednesday, June 9, 2010

Homo economicus Vs Homo islamicus

hah apa benda tu?..benda ni lah tgh study skarang ni.actually it just a terms in Islamic economic which explains the role of a Man/khalifah as an economic agent. Homo economicus refer to secular economic agent in which they are separating the religion with their practices in life.how?they trying to get everything that they need by any means to maximize their satisfaction regardless if it's harming themselves, family or society. In compared to homo islamicus, an economic agent will not separate themselves with religion in striving their needs in this world. Meaning..........Whatever they do to attain their needs should be followed by the objective of gaining plessure of Allah and at the same time maximizing their satisfaction without going astray from the syariah.

setakat ni tu je lah kefahamanku bile baca berpuluh2 pages notes dalam satu article.Takdelah banyak ni je yang faham.cume banyak ni je yang mampu nk explain.faham tu faham,tapi nk sampaikan kepada orang banyak ni jela dlu.Bahasa yang digunakan oleh scholars sungguh tinggi sampai nk faham kene baca 2 3 kali.tu baru satu article.hehe.tomorrow akan sambung baca article lain pulak.kene faham betul2 before buat assignment..khansa boleh!!..yeahh~~

Tuesday, June 8, 2010

student card

hah lupa plak dah janji nk tunjuk student card saye.nah ni dia..muka cam terrorist pun ada~




Sakit~

Rasa nk demam..huhu..pagi2 ke kelas was a not a good day to start..sebelum naik lrt ok je.once dah naik, saya dapat sit betul2 bawah aircond.Lrt yg saye naik ni yang baru nye tu.yang lebih panjang..aduh,aircond dia tu sejuk..sampai tudung terbang2 nk gambarkan betapa kuatnya angin aircond.perubahan suhu dari panas ke sejuk yg teramat buat badan tekejut.baju kot yang ada pun tak mampu nk ilangkan sejuk.i wonder how one of the old chinese lady who wear a skirt and short sleeves 'kemeja' can stand in front of me tanpa nampak apa2 riak wajah dia yg menunjukkan kesejukan sedangkan boleh nampak baju dia tu terbang2..30 minit dalam lrt menggigil.turun2, cuaca luar agak warm.berjalan jauh dan mengeluarkan peluh buatkan badan rasa sedikit ok.sampai kat satu tempat nk kene lintas jalan..berduyun2 bas lalu + asap hitam.saya tutup mulut dan hidung dengan kot yang saya tanggalkan masa nk berjalan.Malangnyeeee...sebelum tutup dah tersedut asap busuk tu..

FYI, saya agak sensitif dengan apa-apa bau yang menjadi perosak paru-paru sebab saya ada semput..effects dari asma masa kecil.So bermula lintas jalan, sampai lah masuk kelas..saya dah alami kesukaran bernafas..kalau anda nk bayangkan..cuba tutup hidung dan ambil nafas guna mulut..tarik dalam2222222 sampai hujung..anda tak rasa apa-apa kan?..tapi macam tu lah cara saya bernafas setiap kali.kalau tarik nafas mcm biasa, boleh rasa mcm orang tengah tekup mulut kita dengan kain.Mcm da hujung nyawa. Jadi bersyukurlah anda semua sebab boleh bernafas dengan baik tak mcm saya.

Then masuk je kelas,suhu aircond agak sederhana tapi saya terpaksa pakai kot sebab kesukaran bernafas buat seluruh badan saya sejuk dan menggigil.habis 1 litre air yang saya bawak di minum dalam kelas utk memudahkan pernafasan saya.duduk pun tak tentu arah.kejap sandar kat kerusi, kejap kendurkan badan ke depan(kat meja).kejap senget ke kanan.kejap ke kiri.kejap goyang2 kaki. Tapi bagi seorang kawan saya, dia dah boleh tau yang saya semput bila dia tengok saya banyak kali menguap.Name dia Siti Khadijah.Kakak saya kat UIA selama 5 tahun. :) Masa awal2 dulu, dia selalu marah saya bila saya asik menguap masa dia tengah mengajar.ingat lagi masa tu dekat matriculation.kejap2 menguap..menguap bukan sebarang menguap..tarik napas baik punya..tensyen dia.ye lah mana suka kan orang mengajar, anak muridnye menguap terang2 macam bosan sangat dia mengajar. Tapi lama2 dia tahu sebenarnya saya semput teramat. hehe..tpi kita dah terpisah kerana cita-cita dan hala tuju yang berbeza..u'll always in my heart kakak..ur a so 'sweat'..hahahahaha...


Berbalik pd kisah tadi,Masa rehat pulak saya on facebook.Tiba-tiba ada inner force yang minta saya bukak fb.Rupanya ada orang tengah down. Bila dah tau dia tengah down di saat saye sedang semput..makin tak bernafas lah saye.wahaha..terus amik angin dekat luar..n relax + cool down...bila kelas mula alhamdulillah boleh fokus.Habis kelas je terus balik rumah, cari tuan punya badan yang tengah down ni..hehehe..apatah saye merepek kat dia.bajet mcm beri semangatlah.tatau lah dia makin bersemangat ke..tak rasa apa2 ke masa baca msg saya tu.kekeke..Biasalah,saye sendiri tahu saya suka membebel tak berenti.Kawan2 pun dah malas nk layan.Dan saya sendiri tau bila kawan saya malas nk layan, saya perlu berenti.wahahaha..dah biasa jadi tak terasa apa pun.. ;)

hurm, saya ada ckp pasal dai'e n etc dengan dia..he's strong enough to be a dai'e to someone else.Not like me, im still being a dai'e to myself.to improve my self yg masih lemah.betapa sukarnya nk ubah diri ni.bertahun2 juga ambil masa utk kuatkan dalaman.Untuk jadi seperti sekarang.Semua perlukan kekuatan dalaman. No more khansa yang bad temper, no more khansa yang cepat mengamuk dan rebellious, No more khansa yang tak dengar kata umi n abah, No more khansa yang sentiasa rasa diri sendiri betul dan boleh buat keputusan sendiri...Saya tau masih ada sedikit sebanyak sifat2 tu.Tapi dah berkurang alhamdulillah.Im a jovial person, who can motivate my ownself to be better..but still my inner self is weak..im a dai'e to my self and i must change myself to be a good example to my family and friends.Walaupun kawan2 cakap saya contoh yang baik buat kawan2.but i never think that way.im not good enough to be an example..work harder khansa!!!~~..dah2.penat merepek..


now 8.08pm but dah ngantuk...zzzzzZZzzzZZZzZzzzzzzzzzz................

Monday, June 7, 2010

Tiring Day~

Hari ni first day school @ INCEIF. Duration class 3 jam.So far ok lah sbb the basics dah pernah belajar masa kat UIA kan.so apa dia explain leh dapat direct understanding.Dapat assignment terus tuh.Malam ni nk start buat.Pms buat diri ni Xtra letih lagi2 dah lama tak jalan kaki jauh2 plus berdiri lama2 nk ke kelas.Lama-lama ok lah tu.cume biasalah.nak get used to something new kan mesti rasa penat sikit. Nanti dah buat research and study pasal chapter yg belajar tadi, boleh la saya explain sedikit sebanyak pasal Islamic economics and its importance in current situation..

Esowk kene pergi lebih awal.datang dah cukup awal pun still xdpt tempat depan2.dasyat lah budak2 foreigner ni.Alhamdulillah still boleh dengar lecture dan tengok slides sbb ada banyak screen kat lecture hall.Lagipun abah bagi dia punya touch & go.Jadi tak payah beratur nk beli tiket lrt.Boleh la fast & furious.Nak lebih fast & furious, nanti nak beli kasut crocs yang design macam kasut kulit tu tumit rendah sikit.Jadi leh berlari je pergi kelas.hahaha.Rindu pulak nk berlari naik tangga pergi kelas mcm dekat UIA. INCEIF ada lif.so tak dapat bersenam naik tangga.Bersenam jalan kaki je.

Kalau nak ingat balik masa kat uia dulu.Sebab kelas dekat je dengan rumah, relax je keluar rumah lambat.sampai uia je lagi 3 minit kelas nak mula.Turun kereta, jalan laju2, naik tangga langkau2 sampai tingkat 4.Tapi sebelum langkau2 tu tengok kiri kanan depan belakang dulu lah kalau takde orang.hahaha..then,sampai kelas hilang napas.Tapi itu yang saye suke sebenarnye.mula kelas terbukak je mata darah berjalan lancar terus ke otak.Tapi tak ada lah beza sangat dengan INCEIF.Sebab nk travel pergi kelas je 30 minit.berdiri dalam lrt,jalan kaki laju2 dan potong2 orang yg menjadi penghalang lalu lintas(jalan lambat lenggang kangkung).Almaklumlah saye seorang pejalan kaki yang pantas walaupun kaki pendek.

Ha cerita pasal LRT, ada satu yang best utk di kongsi. Actually ramai juga classmate yang dari UIA.but mostly lelaki.5 orang je perempuan dan mereka tak tinggal di gombak.Jadi bila pagi2, tak dirancang..sampai je stesen lrt taman melati(umi hantar), nampa dua member uia tengah beratur beli tiket.since tadi tak ada tiket lrt lagi so potong line ah suruh diorang belikan.hahaha.syiok.tu lah penting ada member tengah beratur. Then gerak sekali lah.Masuk dalam lrt, nampak dua lelaki foreigner pakai student card Inceif.so kawan2 ni tegur & berbual lah.Penuh seyh lrt tu.masuk stesyen berikutnya, makin ramai masuk, saye ditolak2 lebih jauh dari pintu.Kebetulan ada sit kosong, boleh pulak diorang tolak saye sampai terduduk kat kerusi tu(alasan je sebenarnye nk duduk =P).Jadi selesa sikitlah sebab berdiri ramai2 dengan diorang semua pun lelaki tak selesa.Nasib baik ada sit.

Kemudian, bila turun dari lrt, masa naik escalator, kami beramai lalu laluan yg laju iaitu sebelah kanan..then nampak jugak lagi 3 orang budak lelaki pakai tag inceif tgh jalan laju2 gak kat depan kitorg..so mereka pun bertegur sapa lalu saye terbiar sorang2.bagus lah malas nk bebual pun..sambil berjalan2, melepasi satu lorong..eh ada 2 perempuan indonesia tengah jalan laju2 gak sambil pegang buku islamic economic lah. Tapi mereka dah jauh di depan lah.Bajet nak kejar diorang siap potong brader2 yg jalan skali tadi..fuh tak terkejar, besar betul langkah..nampaknya esok saye kene pakai kasut sport supaye boleh marathon dengan 2 perempuan tu.nasib baik masuk lif sama2.so kami bersalaman..sorang nama silfa,dan sorang lagi nama saye lupe tp mula dari S juga.Rupanya mereka pun duduk kat gombak buat sementara waktu.jadi, boleh la kalau nak balik sama2 bila ada kelas malam.Oleh kerana, semalam naik lrt bajet timing utk nak ke kelas sahaja, jadi tak sempat lah nak makan..sebab sampai sedang elok je nak cari tempat, duduk, relax dan mula kelas.Esok kene keluar lebih awal supaya dapat sarapan kat kedai.(leh gemuk aku asik makan kat kedai)

Kelas berjalan dengan lancar..dan balik tu terus cari kedai paling dekat.Kedai mamakla ape lagi.Terus makan dengan kawan baru kenal semalam.Fresh Graduate from UPM.Intan.So, balik jalan kaki dengan dia pulak lepas tu tapi berpisan kat stesyen sbb dia naik star, saya naik lrt putra.Sorang2 lah saya mengantuk dalam lrt.sampai rumah relaks kan diri dengan fesbuk,print assignment dari e-university, kemudian mandi..fuh, mandi air panas adalah satu nikmat yang tak terkata.hilang semua sakit2 badan..terus tidur sampai mimpi merepek2 tak bangun2.saya tak suka mimpi yg saya lalui tadi.tak best langsung.Tu lah akibat tidur petang.Tapi bukan sengaja.letih teramat.Masa 1st week praktikal dekat bank dulu pun mcm ni jugak.balik rumah terus collapse.Tau-tau lah kerja kat bank macam mana kan.balik pun malam...Ni kat inceif ni alhamdulillah mula dengan 2 subjek masa summer sem.Kalau masuk masa long semester 6 subjek, dah tak tahu jadi apa dah.Takziah je lah ucapkan kat saya nanti.haha~

ok lah, masa membuat research.panjang puleee bebelan..yelah nk cerita kat siapa je pun.balik rumah cerita kat umi n abah je.Nak cerita dengan member pun semua busy.yang dah kawin, busy dengan suami.yang tak kawin, busy apa tatau.Nak share dengan tersayang..tak pernah sempat, saya faham dia busy dengan anak2, keluarga & kerja..Jadi saya ketepikan perasaan saya sikit yang mengada-ngada tak agak2 ni..Ada jodoh dengan dia, saya kan boleh cerita macam2 kat dia puas2 sampai tua.Tapi saye rindu dia... (T_T)

Sunday, June 6, 2010

mari kembali ke skola..

salam sume..hee hari ni agak pnat ah.registration utk further stdy pg tadi.dgr taklimat n mcm2 lg.yg wat pnat sikit tu sbb naik lrt berdiri sepanjang masa.bukan xbiase.tp dah lama xnaik lrt.dgn kasut bertumit pulak tu.dari lrt nak ke kuliyah kene jalan lagi jauh.hem,xapalah,pahala setiap langkah tu sbb nk tuntut ilmu kan.byk gk cabaran yang kene lalui utk dapatkan CIFP ni.haih. Bertabahlah khansa oi..lately ni rasa sunyi je bila ada org 2 busy.xdpt nk happy sgt.alhmdulillah dah mula kelas ni boleh la hilangkan sunyi dan sabar merindu.adakah dia merasa yang same?...huks~ btw,kalau perasan,language n cara post saya kali ni mcm lain skt. Sebabnya saya guna mobile web kt hp ni.jd xbelajar lagi function2 yg best...harap2 post kali ni dapatlah melegakan sedikit perasaan gundah gulana dihati.nanti sempat saya scan student card saya.cun seyh!bangga je nak gantung kat leher dari lrt melati smpai masjid jamek.wahahahaha-xcukup berjakun kat libry ptg td.kt rumah pun nak jakun.hehe.oklah.nak study skt 4 tomoro.till then~ ;)