Monday, June 7, 2010

Tiring Day~

Hari ni first day school @ INCEIF. Duration class 3 jam.So far ok lah sbb the basics dah pernah belajar masa kat UIA kan.so apa dia explain leh dapat direct understanding.Dapat assignment terus tuh.Malam ni nk start buat.Pms buat diri ni Xtra letih lagi2 dah lama tak jalan kaki jauh2 plus berdiri lama2 nk ke kelas.Lama-lama ok lah tu.cume biasalah.nak get used to something new kan mesti rasa penat sikit. Nanti dah buat research and study pasal chapter yg belajar tadi, boleh la saya explain sedikit sebanyak pasal Islamic economics and its importance in current situation..

Esowk kene pergi lebih awal.datang dah cukup awal pun still xdpt tempat depan2.dasyat lah budak2 foreigner ni.Alhamdulillah still boleh dengar lecture dan tengok slides sbb ada banyak screen kat lecture hall.Lagipun abah bagi dia punya touch & go.Jadi tak payah beratur nk beli tiket lrt.Boleh la fast & furious.Nak lebih fast & furious, nanti nak beli kasut crocs yang design macam kasut kulit tu tumit rendah sikit.Jadi leh berlari je pergi kelas.hahaha.Rindu pulak nk berlari naik tangga pergi kelas mcm dekat UIA. INCEIF ada lif.so tak dapat bersenam naik tangga.Bersenam jalan kaki je.

Kalau nak ingat balik masa kat uia dulu.Sebab kelas dekat je dengan rumah, relax je keluar rumah lambat.sampai uia je lagi 3 minit kelas nak mula.Turun kereta, jalan laju2, naik tangga langkau2 sampai tingkat 4.Tapi sebelum langkau2 tu tengok kiri kanan depan belakang dulu lah kalau takde orang.hahaha..then,sampai kelas hilang napas.Tapi itu yang saye suke sebenarnye.mula kelas terbukak je mata darah berjalan lancar terus ke otak.Tapi tak ada lah beza sangat dengan INCEIF.Sebab nk travel pergi kelas je 30 minit.berdiri dalam lrt,jalan kaki laju2 dan potong2 orang yg menjadi penghalang lalu lintas(jalan lambat lenggang kangkung).Almaklumlah saye seorang pejalan kaki yang pantas walaupun kaki pendek.

Ha cerita pasal LRT, ada satu yang best utk di kongsi. Actually ramai juga classmate yang dari UIA.but mostly lelaki.5 orang je perempuan dan mereka tak tinggal di gombak.Jadi bila pagi2, tak dirancang..sampai je stesen lrt taman melati(umi hantar), nampa dua member uia tengah beratur beli tiket.since tadi tak ada tiket lrt lagi so potong line ah suruh diorang belikan.hahaha.syiok.tu lah penting ada member tengah beratur. Then gerak sekali lah.Masuk dalam lrt, nampak dua lelaki foreigner pakai student card Inceif.so kawan2 ni tegur & berbual lah.Penuh seyh lrt tu.masuk stesyen berikutnya, makin ramai masuk, saye ditolak2 lebih jauh dari pintu.Kebetulan ada sit kosong, boleh pulak diorang tolak saye sampai terduduk kat kerusi tu(alasan je sebenarnye nk duduk =P).Jadi selesa sikitlah sebab berdiri ramai2 dengan diorang semua pun lelaki tak selesa.Nasib baik ada sit.

Kemudian, bila turun dari lrt, masa naik escalator, kami beramai lalu laluan yg laju iaitu sebelah kanan..then nampak jugak lagi 3 orang budak lelaki pakai tag inceif tgh jalan laju2 gak kat depan kitorg..so mereka pun bertegur sapa lalu saye terbiar sorang2.bagus lah malas nk bebual pun..sambil berjalan2, melepasi satu lorong..eh ada 2 perempuan indonesia tengah jalan laju2 gak sambil pegang buku islamic economic lah. Tapi mereka dah jauh di depan lah.Bajet nak kejar diorang siap potong brader2 yg jalan skali tadi..fuh tak terkejar, besar betul langkah..nampaknya esok saye kene pakai kasut sport supaye boleh marathon dengan 2 perempuan tu.nasib baik masuk lif sama2.so kami bersalaman..sorang nama silfa,dan sorang lagi nama saye lupe tp mula dari S juga.Rupanya mereka pun duduk kat gombak buat sementara waktu.jadi, boleh la kalau nak balik sama2 bila ada kelas malam.Oleh kerana, semalam naik lrt bajet timing utk nak ke kelas sahaja, jadi tak sempat lah nak makan..sebab sampai sedang elok je nak cari tempat, duduk, relax dan mula kelas.Esok kene keluar lebih awal supaya dapat sarapan kat kedai.(leh gemuk aku asik makan kat kedai)

Kelas berjalan dengan lancar..dan balik tu terus cari kedai paling dekat.Kedai mamakla ape lagi.Terus makan dengan kawan baru kenal semalam.Fresh Graduate from UPM.Intan.So, balik jalan kaki dengan dia pulak lepas tu tapi berpisan kat stesyen sbb dia naik star, saya naik lrt putra.Sorang2 lah saya mengantuk dalam lrt.sampai rumah relaks kan diri dengan fesbuk,print assignment dari e-university, kemudian mandi..fuh, mandi air panas adalah satu nikmat yang tak terkata.hilang semua sakit2 badan..terus tidur sampai mimpi merepek2 tak bangun2.saya tak suka mimpi yg saya lalui tadi.tak best langsung.Tu lah akibat tidur petang.Tapi bukan sengaja.letih teramat.Masa 1st week praktikal dekat bank dulu pun mcm ni jugak.balik rumah terus collapse.Tau-tau lah kerja kat bank macam mana kan.balik pun malam...Ni kat inceif ni alhamdulillah mula dengan 2 subjek masa summer sem.Kalau masuk masa long semester 6 subjek, dah tak tahu jadi apa dah.Takziah je lah ucapkan kat saya nanti.haha~

ok lah, masa membuat research.panjang puleee bebelan..yelah nk cerita kat siapa je pun.balik rumah cerita kat umi n abah je.Nak cerita dengan member pun semua busy.yang dah kawin, busy dengan suami.yang tak kawin, busy apa tatau.Nak share dengan tersayang..tak pernah sempat, saya faham dia busy dengan anak2, keluarga & kerja..Jadi saya ketepikan perasaan saya sikit yang mengada-ngada tak agak2 ni..Ada jodoh dengan dia, saya kan boleh cerita macam2 kat dia puas2 sampai tua.Tapi saye rindu dia... (T_T)

No comments:

Post a Comment