Thursday, June 10, 2010

Tragedi berulang

fuh, risau je tadi pengsan depan orang~

Hari ini kelas saye jam 2-5pm. Saye tak faham ah nape maid saya tak sediakan makanan utk saya hanya utk abah je dia buat.Akibatnya 2 hari saya tak breakfast dan kelaparan sebelum tengahari.Mcm hari rabu tu saya fahamlah sbb dia tak tahu saya ada rumah.itupun dia nampak saya selongkar dapur dia buat2 tak tahu je..Tapi, pagi tadi, saye bangun dan bual2 dengan abah kat meja,dan dia nampak saya.Sikit pun dia tak tanya saya nk makan ke apa ke mcm selalu.saya plak jenis malas nak suruh2.Dia lebih tua dari saya.Tak reti saya nk minta2 mcm tu.Jadi saya pun pergi lah mandi semua then nampak dia panaskan kuah laksa utk tengahari.Semalam jiran saya masakkan laksa utk kami bila tahu nenek sebelah umi nk datang.Jadi laksa yang masih beku tu dipanaskan.masa tu dalam kul 11 lebih.Saye memang dah tak boleh tunggu.Tak didih lagi kuah tu saya dah amik2 mee dan bahan2 lain dalam pinggan. Then maid saya ckp, "kak,kuahnya belum didih."..dengan kelaparan yang teramat saya ckp.. "takpe, saya dah lapar sangat ni" dengan niat supaya dia tahu dia dah lupakan saya.huk2.umi pun tekejut bila saya ckp maid tak masak breakfast utk saya.Dahlah kalau sapu lantai dia tak sapukan bilik saya.Bayar gaji mahal kot.Bukan saya tanak masak sendiri.Tapi bila dah masuk study saya malas nak masak mcm selalu.

ok ckup cerita pasal maid.Akibatnya saya makan tengahari sikit je sbb angin dah masuk.Masuk kelas ok je. Then dah nak hujung2 tu tangan dan menggigil.Sebab lepas kelas kul 5 tu ada taklimat dr Bank Negara, umi call tanya dekat mana sebab dia ingat nak amik saya kat Lrt alang2 dia kat luar.Jadi saya lupakan niat nk makan skt sebelum balik.Terus naik lrt.

Duh, penuh gila seyh.Tapi dah biasa mcm ni pun dari dlu masuk lrt yg penuh dengan manusia.So saya berdiri lah.Travel kan amik masa 30 minit.Berdiri lah sepanjang2 tu.Makin lama, saya makin pening.Cuba control, tapi lagi 2 stesen nak sampai, badan saya dah naik sejuk.Oksigen tak masuk kat kepala.Minum air pun tak menjadi.kaki menggigil.Dah berzikir2 dah sambil urut kepala.Dah tak leh tahan,masa lrt berhenti kat wangsa maju terus saya keluar, cari kerusi dan duduk. Dah agak ok, lrt lagi satu datang saya masuk n alhamdulillah dapat tempat duduk.Satu stesyen je then umi pun memang dah ada standby kat lrt taman melati.Sebelum naik kereta saya g beli milo dulu.Dah tak fkr boikot ke tak ke.Yang penting isi perut.

Sampai je rumah, bukak stokin n tudung, tidur dengan baju kurung maghrib2. Kul 8 terjaga dan makan.

Kejadian hampir pengsan kat dalam lrt pernah berlaku skali dlu masa dekat matriculation,PJ.Masa tu saya nk balik rumah dengan satu beg besar.Tak cukup bus metro penuh sesak dengan student nk balik kampung dan saya berdiri 30minit dalam bus. Dalam lrt pun saya berdiri.Masa tu system lrt tak ckup upgrade dan aircond dia tak rasa. Panas dengan haba2 manusia yang penuh.Berdiri lagi. Ingat lagi masa tu dah tak tahan sangat2 berdiri, saya terus duduk kat tengah2 orang ramai2 yang berdiri dan terus tunduk tanpa hiraukan orang tengok.Betul2 dah tak tahan. Saya tekan dahi saya dengan jari2 dengan kuat.Sampai je destinasi saya terus keluar dan ambil udara segar. Alhamdulillah tak pernah pengsan lagi setakat ni.

Pengajarannya, lepas ni saya taknak balik dalam kesesakan manusia dalam keadaan lapar atau penat.Baik saya lepak sorang2 kat kedai berjam2 daripada saya balik dan hampir pengsan. Nak pergi kat ofis abah pun jauh utk berjalan kaki.Takdelah jauh sangat.cume berliku2 lah bagi pejalan kaki yang comel mcm saya ni.haha..ape2 pun saya dah recover but still pening2 lalat.Kejap lagi nak goreng telur dan melantak dengan nasik. :P mandi pun tak lagi neh..adios amigos alta lavista sayonara bebeh!~

No comments:

Post a Comment