Wednesday, June 2, 2010

Sedang cube update blog ni dengan gadget2 yg best.Tapi stakat ni takde yg best.Dah pasang MP3 lagu best2 pun rupenye kene beli..lagu yang ada semua suku je dia pasang.hampeh.browsing through google right now....

oh ckp pasal lagu..someone gave me this meaningful song.Saye sangat terharu sebab lagu ni betul2 diberikan pd saye kerane sesuatu yg dia rasakan dalam hati..Saye sangat hargai apa yang dia buat..

Tuesday, June 1, 2010

Mati Syahid Atau Hidup Mulia

Allahuakbar..hampir mengalir air mataku bila terbaca status salah seorang sahabat yang pernah sama2 seangkatan usrah denganku semasa tahun kedua dulu.Entah kenapa gelojak hati ini membuatkan ku meninggalkan kumpulan usrah hanya kerana isu-isu yang naqibah tampilkan tidak menarik perhatianku utk meneruskannya.Sehingga hari ini, aku masih tersentuh kerana sikap istiqamah sahabatku serta suaminya meneruskan matlamat mereka dalam menegakkan Islam serta membantu umat2 islam di bumi palestin.TIdak pernah tidak, mereka pasti akan berada di setiap perarakan dan aktiviti2 yang membantah kekejaman Israel terhadap bumi palestin.Selemah2 iman membantu mereka adalah doa,tapi dalam usia sebegini, iaitu 23 tahun.semangat sebegitu adalah sangat dikagumi.Lemahkah aku untuk berdiam diri dan hanya membenci di dalam hati?.

Pernah satu ketika dahulu aku menyuarakan pendapat pada abah ku untuk menyertai mana2 misi bantuan kenegara2 luar,sekurang2nya ke kemboja.Tetapi kerana faktor umur dan sikap ku yang masih degil utk diberi kepercayaan supaya berdikari, aku tidak dibenarkan pergi mengikuti rombongan tersebut.Pernah juga terlintas difikiranku untuk menyumbangkan tenaga ke misi keamanan yg sering dilakukan.Tetapi aku tahu aku pasti tidak akan mendapat kebenaran untuk melakukan sedemikian.Aku mengerti betapa dalamnya kasih sayang abah utk merelakan kehilanganku pada usia yg sebegini.Biarlah aku berkorban berbakti terhadap kedua2 orang tuaku kerana itu juga adalah satu jihad dan pstinya aku akan dikira mati syahid jika kematianku kerana sedang berbakti kepada orang tuaku.

Namun jauh di sudut hati, aku ingin menjadi seperti Al-Khansa a.k.a Tumaadar bint Amr bin al-Harith bin al-Sharid bin Rabah bin Yaqzah bin Usayya bin Khaffaf bin Imr-il-qais bin Behta.Tidak cukup anaknya syahid di medan perang, beliau menawarkan dirinya untuk berjihad bersama2 Rasulullah. Walaupun tidak dibenarkan berperang, beliau masih juga berjihad dengan memberi bantuan perubatan kepada mujahid2 yang cedera.Allahuakbar, bilakah aku akan menjadi sekuat itu?Imanku sendiri masih belum utuh untuk mendapat keperibadian seperti Al-khansa.Lemanya aku Ya ALLAH.......


Biarlah aku disini melakukan selemah2 iman dengan berdoa dan memohon supaya Allah melindungi mereka2 yang berhati mulia, berjiwa perkasa yang sedang menghadapi kesukaran berhadapan dengan Yahudi Laknatullah.Kemenangan Islam itu pasti.Tidak mungkin tidak kerana Allah itu Maha Benar dan Maha berkuasa.Dialah yang mengetahui apa yang terjadi sebelum, semasa dan akan datang.Kesakitan dan penderitaan yang dialami umat Islam Palestine selama berdekad2 akan terbayar..Darah para syahid dan syuhada yang dibunuh kejam tentera laknatullah sudah terbayar dengan syurga.Ya Allah..syurgakah tempatku?atau neraka?Air mata ku mengalir lagi mengenangkan dosa2 yg banyak.

Biarpun Rakyat Palestin menderita, namun kematian mereka dijanjikan Jannah.Tapi aku?..aku disini selesa, makan yang cukup, rehat yg cukup, mendapat apa yg aku mahukan..tapi ganjaranku di akhirat tidak pernah pasti.Semakin bertambah usiaku,semakin tidak pasti nasibku di akhirat.

Ya ALLAH,kuatkanlah imanku.tetapkanlah hatiku dengan setiap janjiku dalam setiap solatku.Sesungguhnya hidup,dan matiku hanyalah untuk-MU.tetapkan lah hatiku dengan janji ku tersebut Ya ALLAH.Janganlah Engkau palingkan aku dari-MU.Janganlah engkau putuskan hidayah-Mu dariku.Jangalah Engkau membiarkan aku dibelenggu dosa2 Ya Allah.Jauhkan lah aku dari fitnah Dajjal.Benarkanlah aku hidup dengan mulia dan hadiakanlah aku syahidmu ya ALLAH..Engkau lah yang Maha Menentukan& Maha Mengetahui..


La ilaha Illallah Muhammadan Rasulullah...Semoga setiap kali aku memperbaharui syahadahku di hadapan-Mu..aku tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu.Terima Kasih Ya ALLAH kerana telah melembutkan hatiku yang selama ini sekeras batu..Biarlah air mata ini mudah mengalir dalam apa jua keadaan....kerana itu tandanya aku masih lagi mempunyai hati.....

Sunday, May 30, 2010

Mr. Ted yg fun

Sambungan semalam..

hari ni aktiviti banyak dalam air.haih fenat habis.Pagi2 sampai kitorg paling awal(saye,umi n ina). So bajet nk makan la kat tempat kitorg lunch kat golf tu kan.ada restoran murah sket.skali tak bukak lagi.punah harapan.

Tp harapan tu kembali mekar bile nampak satu restoran berhawa dingin masa nk naik tangga ke tempat kursus.terus je g duduk situ.Datangla satu waiter bawak menunya.Tanpe segan dan fikir panjang terus amik dan ckp.."nk order apa?............gulp!!!"..hujung2 tertelan air liur tgk harga makanan(pura2 lupe plak kan tgh duduk kat golf club..haha).Pernah tak makan sekeping roti canai yang saiz nye lebih kecik dr yg kat mapley nyeroti canai + teh tarik dengan harga mencecah RM 11.10??masa bayar tu tiba2 rasa mcm saye anak dato'."saye banyak duit dan saye leh bayar roti ni berape pun hargenye".hahaha..tak de lah merepek je.Nasib baik la rasa kuah kari n dalca dia sangat2 sedap.roti dia pun bagus.teh dia pun sedap rasa nk pengsan.Jadi, boleh lah dengan harga dia tu.nk bayar sewa tempat tu lagi.bayar bil air, bil letrik.ingat senang ke.

Lepas makan, terus mula kelas dan Mr. Ted ajar lebih detail sikit tentang teaching plan.apa yg kita plan nk ajar bila ada satu group student.So basically ok lah but ngantuk.Lepas lunch, solat, mula kelas dalam air.woh2..syiok.terbukak je mata.Mr Ted ajar cara nk ajar budak2.jadi kami ni mcm budak2.dia tunjuk la cara.then dia bahagi group of 3 people.setiap sorang kene cuba jadi teacher.jadi banyak lah belajar harini.Mr Ted impress dengan saye sbb ada certain thing that not many people do that i did just now.Dia beri pujian sebab i can do all stroke properly,smoothly, and cantik.Alhamdulillah.With this muslimah suit yang gedabak(bukan saye punye) + tudung hitam saye pakai tadi tu.masih mampu buat semua dengan baik.walaupun berat.mengah2 pakai baju tu.hehe..

So tu jelah harini.dan tu jela kursus kami.Kami akan buat test nanti.ingat kan test susah ke apa ke.Open book rupanya.online lagi.so boleh buat soalan tu kat rumah..dan save n sambung lagi kemudian hari.Kalau dapat buat cepat, cepatlah dapat sijil instructor.InshaALLAh akan ada orang2 yg share gambar dengan saye.tp buat masa ni, ni je lah gambar yg leh share..3 gambar je.hehe