Tuesday, February 1, 2011

[Egypt]Ujian bagi hamba yang terpilih

Protest atau rusuhan di egypt sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia di negara ini apatah diprcayai lebih kurang 11 000 rakyat Malaysia berada di Egypt sama ada bekerja, atau menyambung pelajaran di sana. Amaran jingga yang diberikan menandakan betapa bahayanya keadaan di sesetangah kawan di egypt. saye sendiri tak tahu kawasan mane paling bahaye setakat ni sebab banyak sangat angin sana sini smpai tak tahu mane satu betul dan salah. Tp yang membuatkan saye rasa bersyukur sebab bebebrapa kumpulan pelajar dan rakyat Malaysia telah berjaya keluar dr Egypt dengan kapal terbang manakala yang lain sedang mananti bantuan dr Malaysia. Dengar kate, Malaysia akan menghantar bantuan melalui jalan darat dan udara. InshaALLAH semua akan selamat.

ye, memang benar perkara tersebut kalau berlaku pada sape2 pun akan menjadi satu pengalaman yang menakutkan buat mereka. Tetapi itulah kenangan dan pelajaran paling berharga dalam perjalanan setiap orang. Rakyat Malaysia yang berada disana diuji dengan kesusahan mendapatkan bekalan makanan, terputus hubungan dengan dunia luar dan berada dalam ketakutan sepanjang masa. Ujian2 sebegini tidak akan dapat di Malaysia, sebuah negara yang aman jika dibandingkan dengan negara2 lain. Beruntung mereka menjadi hamba Allah yang terpilih merasai semua itu. Adapun semua ujian ini akan mendekatkan diri mereka dengan Allah..menguatkan hati mereka dan menjadikan mereka manusia2 yang paling bersyukur setiap kali ujian lain mendatang. Ingatlah, hanye orang terpilih akan merasai ujian2 Allah.tahap ujian itu tak boleh dibandingkan antara sesiape sebab Allah memberikan berdasarkan kemampuan setiap orang.

Nampak hikmahnya?..bukan sekadar rakyat malaysia di egypt teruji malah rakyat di malaysia juga. Keluarga, pihak berwajib dan bertanggungjawab terhadap rakyat malaysia di luar negara, dan orang lain. adakah dikala ini semua bersatu atau menuding sesama sendiri tanpa melakukan apa2?

well, cukupla berceramah sbb saye tak berapa arif tentang perkara2 sebegini. Cuma, bagi yang bersedih dan kerisauan mengenai orang yang tersayang iaitu ahli keluarga masing2 yg berada disana, bertahanlah. Peganglah pada janji Allah bahawa Allah itu Maha Adil. Allah Maha Melindungi. Semoga mereka semua berada di bawah lindungan Allah. Kun Fayakun; jadilah, maka jadilah...seandainya Allah menghendaki sesuatu, pasti ada hikmah disebalik nya..


Ya ALLAH, lindungilah saudara2 muslim ku di seluruh dunia ya ALLAH. di tengah kekalutan, kebanyakan negara yang kucar kacir akibat kepimpinan yang tidak adil..kau tunjukkanlah kekuasaanMu. Semoga rusuhan berakhir dengan kejatuhan kerajaan2 yang zalim ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang berlaku dulu, sekarang dan masa hadapan. ameenn"