Saturday, October 9, 2010

Apa yang telah berlaku dengan hidupku??

Setelah sebulan syawal habis, kelas bermula, dan konvokesyen berakhir, waktu untuk aku melangkah dan membuka lembaran baru dalam hidupku..semakin panjang langkahku, semakin aku hampir dengan dunia realiti yang penuh dengan dugaan dan penuh pancaroba.segala persoalan2ku sejak dibangku sekolah hampir terjawab semuanya.Benar kata orang2 yang sudah berpengalaman, hidup tidak semudah yang kita sangka. Tidak selancar yang kita mahukan. Hanya yang mampu bersabar akan bertahan mengharungi kehidupan ini.

Saat ini aku sedar, aku tidak boleh seperti dulu. Sampai bila masih mahu melakukan sesuatu dengan 'tenang' dan usaha yang ala kadar?. Saat ini juga aku sedar bahawa suatu masa nanti barulah aku boleh mengatakan itu waktu aku berehat..iaitu di kehidupan yang lain.Andai aku dihadiahkan syurga, itulah waktunya aku berehat. Tapi bukan sekarang. Tidak sekarang.."Bekerjalah ibarat kamu akan hidup selamanya, dan beribadahlah ibarat kamu akan mati keesokan harinya"..Dunia bukan tempat untukku istirehat dan menikmati keindahan dunia yang diperkatakan orang. Kenikmatan dunia ini hanyalah ujian buatku. Sehebat manapun kata2ku ini, aku sedar kadangkalah aku lemah dan lelah. Hampir putus asa dengan setiap langkahku.

Entah dari mana aku peroleh rasa putus asa ini sedangkan aku bukan sebegitu. Entah kemana hilang semangatku. Sehingga semalam aku merasakan aku harus melakukan sesuatu. Hari ini, aku sedar aku telah menyia2kan sebulanku dengan entah apa. Titik kesedaranku datang apabila pagi tadi, aku melakukan kesilapan kedua di dalam "group presentation" ku. Kesilapan yang takpernah ku lakukan semasa aku bergelar pelajar sarjana. Dua kali aku dan kumpulanku ditugaskan membuat "tutorial presentation" dan kedua2 kali itulah aku telah merosakkan segalanya. Terasa bodoh dihadapan kelas.Dihadapan teman2ku. Dihadapan pensyarah yang juga pensyarah UIAM. Pasti dia kecewa denganku. Didikan di UIAM yang kuterima dengan baik, tetapi bukan itu yang ku tayangkan dihadapan teman2 seperjuangan Chartered Islamic Finance Professional. Hari ini adalah hari yang paling mengecewakanku..paling mengecewakan dan memalukan..rasa ingin rebah dihadapan semua orang.apa yang telah aku lakukan dengan hidupku???

Tindakan pertama telah kumulakan semalam. "deactivate FB".Kerana pelajaran dan tidak mahu membuat sesuatu yang melemahkanku, aku nekad untuk menutup sementara FB ku sehingga aku selesai semua kerjaku.Sehingga aku merasa kuat. Biarlah keluarga dan sahabat seperjuangan yang mengambil berat tentangku menjadi teman dan pemulih semangat selain doa. Akan ku kembali setelah semangat ku pulih....


Kerana aku ingin berjaya dan semuanya harus bermula dengan diriku sendiri....Ya ALLAH, peliharah hatiku..tetapkan hati ku dan beri kekuatan padaku...

No comments:

Post a Comment