Friday, March 4, 2011

Jom belajar dari musibah..

Saye suke setiap kali datang hari Jumaat. Sebab TV3 banyak rancangan2 agama yg selalunye isu2 yang diketengahkan mesti rase mcm kena kat diri sendiri. Hari ni ada dua rancangan yang tersemat dalam minda saye. Satu, drama tentang rasukan jin dan syaitan dalam tubuh manusia. Sebab2 jin bersarang dalam tubuh manusia. Tapi cara drama disampaikan tu sgt best. Kalau nk ce cite kat sini tak best.kene tengok sendiri. Lagi satu rancangan ni mcm tazkirah dr ustaz Harun Din tentang Musibah.

Beliau jelaskan tentang Musibah dengan sangat jelas dan bagus membuatkan saye rase bersyukur dengan setiap ape yang berlaku pd diri ni sama ada baik atau buruk. Sebab saye tau semua tu sebab Allah sayangkan saye. Sila Alhamdulillah sekarang cepat! :D

Kebetulan mase search tentang musibah sebab tak berapa ingat point2 penting apa Ustaz Harun Din ckp, saye terjumpa satu blog yang berbincang tentang hal yang same. So saye copy paste sket2 dan selit2 sket ulasan saye...(biasela student suke copy paste.hahaha)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Selalu je kite persoalkan nape Allah uji smpai begini sekali..Allah dah tak sayang saye ke?...Jangan jangan jangan...jangan jadi manusie tak bersyukur ye wahai hadirin2 yang dimuliekan Allah..sebab ape?..
Sebab.....

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, “Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.”

Mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji.

Firman Allah s.w.t.: “Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)

Musibah ni basically adalah sesuatu yan menimpa kita melalui perkara2 yang kite tak suka. Contohnye, kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Biasenye Allah datangkan ujian nk tengok iman kita. Kalau sakit, berapa banyak kite mengeluh kenapa sakit ni datang. Kalau tiba2 ada peperangan, baru tau kita ni tergolong dalam orang2 yg berani ke tak.


Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap“… it’s not what happens to you, but it’s what you do about it.”


kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Tiga jenis musibah yang diterangkan oleh Ustaz Harun Din siang tadi pun ada dalam blog ni.Antaranya :

Kifarah.
Kifarah ni adalah musibah yang kena pada orang baik, tapi terlanjur buat jahat sebab lalai dan tak mampu lawan hawa nafsu. So, Allah kasi musibah ni pada org2 baik ni utk mereka tebus dan hapuskan dosa2 dan salah mereka. So, Nanti kat akhirat inshaALLAH terlepas dari azab sebab Allah dan beri di dunia dengan musibah yang boleh kate lebih ringan dari balasan di akhirat nanti.

Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”. Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)

Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Al A’raf 168

2. Bala.
Bala ni kena kat orang2 jahat yang tengah buat jahat. Allah kasi ni sebagai hukuman kat dunia sebelum dapat hukuman lebih berat kat akhirat. So orang2 ni kena seksa dua kali, kat dunia dan kat akhirat.

Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi:
“maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Al Ankabut: 40

3. Ibtila’

Ibtila' ni kena kat orang2 yang baik, mase tengah buat kebaikan. Ha pelik kan?..tapi mesti ramai yang pernah rasa," nape aku buat baik, tapi orang balas buruk?". "Aku kasi pinjam barang, leh plak dia maki hamun aku. Ape salah aku ni??"
Tapi, yang bestnye, orang2 begini akan dapat pahala berganda2 dan Allah tinggikan darjat disisi Allah. So kalau kite dapat musibah mcm ni, inshaALLAH dapat pahala syahid, sabar, redha dan qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainyee..

Cube fikir, kalau kite buat baik n Allah tak uji kite, mane nak dapat semua pahala tu..mase bile nye nk sabar kalau Allah tak uji?..ha kan?..nampak tak?...nampak tak??..nampak tak????????? best kan Allah? :)

Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran.

Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Musibah yang berlaku ke atas umat Islam di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran.

Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Ye, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah diuji.

Kata bijak pandai: “It is not how low you fall but how high you bounce back!” Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?

Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan.

Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud

Sebahagian dr Artikel adalah dari : Pahrol Mohd Juoi ditambah skit ulasan saye berdasarkan pemahaman dari article tersebut.

Mungkin terlalu panjang article ni tapi harap tak membosankan bile nk bace.. sebab saye tak bosan bace..

source of reference: http://www.one-ummah.net/kuliah/motivasi/555-belajarlah-dari-musibah.html

2 comments:

  1. Majority apa yg soklan dia tnya and nk kfh ni apa different dgn other retails bank

    ReplyDelete