Sunday, August 29, 2010

10 malam terakhir ramadhan

Lama tak post blog. Sedar2 dah nak sampai ke penghujung ramadhan. 10 malam terakhir. Masa ni lah, saye diberi cuti tidak dapat menunaikan puasa. pada awalnya agak kecewa memikirkan target yang belum kesampaian nak khatamkan Alquran sebelum habis ramadhan. Tapi bila terfikir balik, tak boleh baca dan sentuh quran, saye masih boleh mendengar dan mengikut bacaan di dalam hati dari website Al-Quran explorer.

Jadi saye baru nak gunakan masa ni untuk menyambung mana yang tertinggal. Alhamdulillah tak banyak, sikit pun jadilah pergerakan bacaan. Banyak ganjaran bagi orang yang buat website ni.

" ya Allah permudahkanlah insan yang membuat kebaikan dijalanmu, yang memberi kemudahan kepada umat islam yang lain untuk memabaca qalammu itu dengan memudahkan jalannya di titian sirat nanti ya ALLAH.berikanlah dia tempat terbaik di syurga mu, aminnn"

Bagi yang nak tau link Quran explorer ni..copy dan paste link ni kat atas..:) http://www.quranexplorer.com/quran/

Nak jadikan cerita, harini saye mengantuk awal sikit dari hari2 biasa. Sekejap je terlelap, kemudian terjaga. tangan kanan saye teramat sangat kebas. Sampaikan tak dapat tidur. Saye bangun dan pergi ke dapur untuk minum segelas air. Kemudian on kan laptop. Saye pasang lah Quran explorer tu mendengarkan sambungan bacaan. Sampai habis surah yasin, badan terasa lebih ringan dan mengantuk.

Terfikir nak post sesuatu di blog. So, dah habis post, skarang nak sambung tidur. Moga, Allah berikan saye tidur yang lena tanpa mimpi2 buruk seperti yg berlaku kelmarin.Nauzubillah...

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-4 puasa. Baru saya teringat nak post sesuatu kat blog saye.Bulan ramadhan tahun ni semangat saye lebih sket dr dlu..nak brubah jadi lebih baik.Semoga Allah beri kekuatan hati dan iman untuk saye terus istiqamah buat semua ni..btw, di Fb banyak orang share perkara2 yang berfaedah utk dilihat dan didengar sepanjang bulan ramadhan ni..Saye akan share satu link http://www.thequranradio.com/ yang memperdengarkan seluruh dunia bacaan ayat2 al-quran selama 24jam tanpa berhenti dari Syeikh Misyari Rasyed Alafasy. Di bawah player tu ada 2 box.Satu kotak dia tulis "keep the video alive". satu lagi "want Quran translation". yang second box tu kalau anda nak dengar bacaan al-quran sambil membaca translation, boleh click kat box tu..

Kepada pembuat website ni, Inilah yang dikatakan pahala yang berterusan yang dibawa ke kubur bila kita dipanggil menghadap Allah nanti..dan ini lah yang akan membelamu di dunia sana..Tahniah kerana membuat website ini..:)

Wednesday, July 28, 2010

Tamat satu semester

Alhamdulillah, Jam 5;15pm hari Rabu, 28 July 2010 tamatlah satu semester saye kat INCEIF ni. Baru 2subjek dah mcm2 penyakit datang menyerang..agak2 dalam 6 subjek semester depan apa lagi lah jadi.hehe..

Btw,Lepas exam tadi sama2 kami tunaikan solat asar lepas tu saye n 3 orang student indonesia dan sorang student dr kazakhstan menuju ke KLCC utk menonton wayang.CIte apa?..despicable me..hehe.sangat best..yang comelnya ada watak kartun2 yang gelak comel..the bila habis je movie tu terdengar satu budak dalam wayang gelak sebijik mcm kartun tu.hehe..comel..

Hurm, masa sampai klcc tu kitorg g makan dlu sbb lapar sangat fokus exam smpai tak ckup makan kami semua.kesiankan.hehehe..then kebetulan ramai plak budak2 inceif pergi layan movie tadi, so ada satu group lelaki yang bertembung ngn kitorg kat foodcourt tu kata nk pergi tgk tiket.so pesan la kat mereka tgkkan movie yang kitorg nak tengok tu kul brapa. Then salah sorang indonesian guy named Adji call kawan saya Shinta.Indonesian jugak. Cakap punya cakap hen Shinta ni katalah tiket kul 830. So saye kata ok kejap lagi leh beli sbb dapat awal leh balik awal. Sebab saya makan lambat sangat saye suruh Sylva(Indo), wanti(indo) dan ayga(kazakh) pergi beli. Bila dah belitu mereka turun tanya.."tiket jam 930, ngak apa2 kan khansa?"..sambil tunjuk tiket yang dah dibeli.wahahaha..dah beli baru tanya tak ape ke..Jadi jawapannya of course la "takpe...(T_T)"....anyway saye tak kisah sangat pun sebab jarang teramat sangat saye nonton wayang or keluar malam dengan kawan. So sekali sekala saye ok. Abeh umi plak asik msg2 tanya bila habis.hehehe.dia risau anak dara dia keluar malam2 balik lewat..Then buat relax je la kata habis jam 11pm. Sampai rumah jam 12am sebab bayar parking, cari kereta, hantar kawan2 balik..

So, skarang nak tidur dan esok planning untuk ke singapura!!...er, Jumaat ni pergi JB dlu cari tempat nginap.Kemudian jalan2 danga bay dlu.Kemudian esoknya baru pergi singapura. Apa lagi, bawa kawan2 indonesia lah..hehehe..mereka sangat suka berjalan..bagus bangett!! :))

Monday, July 19, 2010

Telepati

Eh dah nak seminggu dah tak tulis blog.hehe. Hari ni hampir satu hari kat INCEIF. Habis kelas, budak2 kelas ajak discussion. Then lepas zuhur, kat libry nampak satu group tengah bincang2.makin lama makin ramai. Rupa-rupanya semua tengah bahagi kerja. Ada soalan yang hampir2 dengan soalan final exam nanti yang lecturer kasi. 20 soalan. Jadi semua bahagi sorang buat satu dalam bentuk essay, kumpulkan dan bincang esok. Banyak plak kena buat.Hehe, takpela at least sambil buat tu membaca..

Tadi, sampai rumah je terus mandi. Pastu masa tengah mandi tu dengar mcm umi panggil..."khansa....!!..khansa....!!..."...pastu mcm terfikir kejap apasal umi panggil2..sekali teringat tadi masuk rumah saya kunci pintu pagar. "entah2,umi tak leh masuk kot"..terus keluar pergi bukak pagar, tapi tengok kat luar umi tak ada plak. Hairan..mungkin umi pergi kat blakang kot panggil saye.Tapi tak ada plak..then takpelah..sambung mandi balik..then bila umi balik rumah tanya umi tadi ada panggil saye ke..then umi kata tak ada..dia balik rumah memang pagar dah terbukak..hem memang kuat deria saye ni kan..umi tak sampai rumah lagi saye dah leh rasa yang umi akan masuk dan panggil dr luar sebab pintu terkunci..kalau teringat yang saya kunci pintu tu, lain cerita..Tapi terdengar2 umi panggil tu yang unik.hehehe..hebatkan kami punya telepati..selalu je leh rasa.. :))

Oh lepas solat ni kena terus study.Ada kerja kena buat utk esok..whoop22..

Wednesday, July 14, 2010

Buang Masa

Hari ini hari yang penuh dengan pembaziran masa. Satu hari mengadap Tv and update layout blog ni.Haih, apa nak jadi ni cik Khansa'!!!...Tomorrow should start something for studies.Lagi 2minggu je then cuti sebulan. Then sebulan tu suka hatilah nak buat apa pun..2minggu ni tolonglaa jangan buang masa. Bukan degree dah ni sayang..Master-level!!...Grow up gurl!!!~~

Tukar Template

Tadaaaa!!..lawa tak lawa blog saye kali ni??..hehe..tak kisahlah orang nk kata tak lawa ke apa ke.janji saye puas hati (cewah mcm usaha dia je semua ni)..sebenarnya kat internet ada template for blogger. Jadi, siapa yang nak blog cantik2 tp tak reti edit, dia dah siapkan package dia. Bagi yang baru2 nak berjinak dengan blog(anda tahu siapa anda..hehe), nanti saya ada masa saya buat tutorial mcm mana nk masukkan template ke dalam blog ni. Kalau saya malas buat tutorial, saya akan buatkan terus melalui account blog akak ye.hehehe...

Tuesday, July 13, 2010

The highest benevolent of act



Ya Allah, betapa tingginya akhlak Habib Umar Bin Hafidz disaat belia dibenci oleh sesorang, beliau masih mencium tangan lelaki tersebut hingga menyebabkan lelaki itu menangis. Apakah kita mampu menjadi seperti beliau?..yang mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. dalam setiap perlakuannya. Teringat satu video yang saye tengok semalam tentang hal yang sama..saye quotekan satu ayat dari video tersebut :

"It easy to be kind to those who are doing good to us, but being kind to those who are doing bad to us are indeed the highest benevolent of action."

Betul, bila kita buat baik dengan orang yang buat baik dengan kita..sangat mudah..Tapi bagaimana pula dengan orang yang dah berlaku tidak baik pada kita?..Paling tidak, sama ada kita menyimpan dendam, kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam diri atau paling teruk kita membalas perbuatan tidak baik itu kepada orang tersebut...

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu dari menyimpan hasat dengki kemarahan dan dendam terhadap orang lain. Kekalkanlah sifat husnu zon dalam diriku. Kekalkanlah sifat2 fitrahku di dalam diriku. Sesungguhnya menyimpan perasaan yang tidak baik walaupun sangka buruk adalah sesuatu yang sangat membuatku rasa tidak selesa..Peliharalah hamba-Mu ini ya ALLAH..peliharalah Umat Islam seluruhnya ya ALLAH...

aminnn~~